Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Posts Tagged “Tahun Baru”

Aku baru terima email ni… secara amnya email ni menceritakan kaitan hari Jumaat yang merupakan tarikh keramat 2010 kerana banyak peristiwa2 besar yang telah dan akan berlaku pada hari Jumaat semenjak awal tahun 1431 Hijrah dan tahun Masihi 2010 ni…
Berikut ialah susulan peristiwa hari Jumaat 2010 untuk difikir-fikirkan bersama…

(27-11-2009) Hari raya aidiladha “hari Jumaat”

(18-12-2009) Tahun baru hijrah “hari Jumaat”

(25-12-2009) Hari krismas “hari Jumaat”

(1-1-2010) Tahun baru “hari Jumaat”

(26-2-2010) Maulidur rasul “hari Jumaat”

(2-4-2010) Good friday “hari Jumaat”

(28-5-2010) Hari wesak “hari Jumaat”

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri “hari Jumaat”

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran “hari Jumaat”

(5-11-2010) Depavali “hari Jumaat”

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

  1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).
  2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
  3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
  4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
  5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
  6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
  7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
  8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
  9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
  10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
  11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
  12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
  13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
  14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
  15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
  16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
  17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
  18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
  19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
  20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
  21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
  22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

  1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
    Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
    ‘Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. ‘ – Sahih Bukhari
  2. Zina bermaharajalela.
    ‘Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.’- Sahih Muslim
  3. Bermaharajalela alat muzik.
    ‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
    ‘Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?’Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’- Ibnu Majah
  4. Menghias masjid & membanggakannya.
    ‘Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid’- Riwayat Nasai
  5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
    ‘Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.’- Riwayat Ahmad dan Hakim.
  6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
    ‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’ – Riwayat Ahmad
  7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
    ‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang ***** & hina).
    Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia’- Riwayat Thabrani
  8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
    ‘Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.’- Riwayat Ahmad
  9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
    Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ‘Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang’.
  10. Bulan sabit kelihatan besar.
    ‘Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.’- Riwayat Thabrani
  11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
    ‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ – Sahih Muslim
  12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
    ‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.’-Riwayat Ahmad
  13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
    ‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²’- Sahih Muslim

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin ‘Amir r.a., Rasulullah s.a.w….bersabda:

‘Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat…’

PENGERTIAN MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
BERAMAL DENGAN ANGGOTA

“Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi.”

Comments 2 Comments »

Assalamualaikum rakan-rakan…

Hari ini saya nak berkongsi pendapat yang asyik bermain difikiran semenjak malam Khamis sejurus selepas masuk 1 Muharram 1431 yang lalu…

Pernahkah anda renung dan fikirkan 1 Muharam 1431 yang lepas jatuh pada hari Jumaat… Penghulu bagi segala hari bagi umat Islam… alangkah bagus sekali perancangan Allah… dan kebetulan pula masuk sahaja Awal Muharam 1431 yang lepas air hujan turun mencurah-curah dari langit selama lebih kurang 3 hari dan 3 malam… Alhamdulillah sempat juga saya berpuasa sunat pada hari Khamis sehari sebelum jatuhnya Awal Muharam yang lepas…

Jika sebelum ni mengikut kalendar Hijrah… tahun 1431 bermula pada hari Jumaat… esok… Kalendar Masihi pula akan bermula tahun baru 2010… Juga jatuh pada hari Jumaat… pernahkah anda renungkan kejadian ini?

Tak cukup dengan kedua-dua fenomena awal tahun Hijrah dan Masihi yang kedua-duanya jatuh pada hari Jumaat ini… sebenarnya esok juga adalah permulaan dekad atau era baru iaitu 2010 ( 1 dekad = 10 tahun)

Mungkin ada yang fikir ini hanya lah suatu KEBETULAN… tapi adakah ia hanya lah suatu kebetulan? Sesungguhnya Allah sekali kali tidak akan menjadikan sesuatu itu tanpa makna dan hanya untuk suka-suka… Tidak sekali-kali rakan-rakan…

Jadi kalau begitu, apakah sebenarnya yang Allah nak tunjuk atau nak sampaikan? Apakah yang tersirat disebalik suratan? Pernahkah anda fikir-fikirkan?

Segala kejadian di muka bumi ini adalah penuh hikmah… Subahanallah… Dia lah Allah yang Maha Agung Lagi Maha Bijaksana…

Kita semua juga sedia maklum bahawa kalendar Islam Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Gregorian Masihi adalah mengikut peredaran matahari…

Jadi sekarang ini sebenarnya bulan dan matahari itu adalah amat dekat sekali… dan ini Allah zahirkan dengan berlakunya suatu fenomena yang amat unik sekali malam ini nanti iaitu fenomena yang dinamakan sebagai ‘blue moon’

‘Blue Moon’ mengikut Wikipedia ialah…

A blue moon is a full moon that is not timed to the regular monthly pattern. Most years have twelve full moons which occur approximately monthly, but in addition to those twelve full lunar cycles, each solar calendar year contains an excess of roughly eleven days compared to the lunar year. The extra days accumulate, so that every two or three years (on average about every 2.7154 years[1]), there is an extra full moon. The extra moon is called a “blue moon.” Different definitions place the “extra” moon at different times.

~ http://en.wikipedia.org/wiki/Blue_moon

Jadi saya harap malam ni sama2 lah kita dapat muhasabah diri… janganlah ikutkan sangat hati, nafsu dan perasaan… tapi turutkan iman.. penuhkan dengan amalan…

Orang Islam panggil hari Jumaat sebagai Penghulu Hari… Orang Kristian pula panggil ‘Good Friday’… Sememangnya Jumaat ini adalah sungguh mulia..

Insya Allah… malam ni malam Jumaat… ambil keberkatannya… sebagai muslim… hadiri majlis2 ilmu di surau2 dan di masjid2… kalau uzur dan tak larat keluar rumah.. baca surah Yassin di rumah… atau baca Al-Quran…

Sementara tu saya pula Insya Allah akan menghadiri majlis ilmu – Program Retreat dan Recharge Special bersama MIR Hazil di IQBC Shah Alam

Program Retreat dan Recharge Special IQBC

Retreat & Recharge ini merupakan majlis ilmu TRANSFORMASI HIRAH DIRI yang merangkumi aspek fizikal, minda, emosi dan rohani seperti

  • Reiki Chi Yoga
  • Sesi Tazkirah
  • Meditasi Reiki
  • Self Healing
  • Group Healing
  • Doa akhir tahun & awal tahun
  • Self Charging

Keistimewaan sesi ini adalah kesemua pelajar / pengamal Reiki akan menerima Pengijazahan Semula (Re-Attunement) untuk Reiki Tahap 1 secara PERCUMA & berkumpulan (ramai yang pernah tengok sesi attunement secara ‘grouping’..)

Kalau berminat bagitau saya dan mungkin kita boleh pergi sama-sama dan jumpa di sana… Insya Allah…

Last but not least… Selamat Tahun Baru untuk semua!

Blog Widget by LinkWithin

Comments No Comments »

Ping blog