Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Posts Tagged “syurga”

Selamat Hari Raya 1430 Hijrah

Selamat Hari Raya 1430 Hijrah

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh…

Kepada muslimin dan muslimat di blog Visi Sufi Enterprise… Saya Sophy Sufian pemilik kepada Visi Sufi Enterprise dan blog “Catatan Visi Sufi…’ ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon beribu ampun dan maaf kepada semua sahabat handai serta taulan, tak kira di mana jua mereka berada sama ada online atau offline… di Facebook, di Twitter, di MySpace, di Friendster dan juga beberapa forum-forum online seperti CariGold, NoGold dan juga rakan-rakan di IM Yahoo Messenger

Hari ini Khamis – 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan 1430 Hijrah, tinggal beberapa hari sahaja lagi kita melangkah meninggalkan Ramadhan dan menuju Syawal… Sepanjang Ramadhan kita telah berusaha untuk meningkatkan amalan untuk menjadi insan dan hamba-Nya yang lebih sempurna… Rahmat Mu kami mohon sentiasa dan semoga berpanjangan walau pun Ramadhan tiada lagi nanti… Sememangnya kita manusia hanya mampu berusaha dan bertawakal kepada Allah… kerana hanya Dia sahaja lah yang memberi taufik dan hidayah… dan Dia jua mampu untuk menarik kembali rahmat dan keberkatan daripada kita semua… Ya Allah… ampunilah kami… rahmatilah kami… berkatilah kami di dunia dan di akhirat… Semoga Kau tempatkan kami di kalangan ahli syurga Mu Ya Allah…

Visi Sufi juga mengambil kesempatan ini berpesan kepada mereka yang pulang ke kampung halaman supaya memandu dengan berhati-hati… memandu jangan ikut perasaan… tetapi pandu lah dengan kesedaran dan sabar… lebih-lebih lagi semasa kita sedang berpuasa… jangan lupa baca doa naik kenderaan… baca Bismillah dan baca ayatul Qursi sebelum memulakan perjalanan…

Sebelum melangkah keluar rumah juga pastikan rumah dalam keadaan selamat… tutup gas dapur… tutup suis peralatan elektrik dan elektronik  khuatir nanti disambar petir atau berlaku litar pintas secara tiba-tiba… jangan tutup semua lampu… pastikan lampu ‘porch’ dan lampu tembok dibuka untuk mengelirukan pencuri / perompak yang berniat untuk menceroboh rumah kita… pastikan juga kita memberitahu kepada pihak berkuasa tempatan / polis tempoh kita keluar rumah supaya mereka dapat membuat rondaan di rumah kita dan kawasan persekitaran…

Di kesempatan ini juga, saya berpesan kepada rakan-rakan sekalian agar dalam bergembira menyambut hari raya, jangan lupa di sekeliling kita masih ada lagi manusia yang nasib mereka tidak sebaik kita… masih ada yang tidak dapat merasai kenikmatan hari raya sebagaimana yang kita rasa… mungkin ada yang baru kematian ayah atau ibu mereka… ada juga yang sedang menahan kelaparan kerana baru ditimpa musibah seperti rumah terbakar… kecurian… kemalangan dan sebagainya… bagaimana pula mereka yang sedang mempertahankan maruah agama dan negara mereka… Palestin contohnya… hulurkanlah sedikit bantuan atau derma kepada mereka yang memerlukan… zakat fitrah hanya lah sebahagian daripada hak-hak mereka yang ada pada kita… menjadi kewajiban bagi kita untuk melepaskan hak mereka yang ada pada kita… kelak mereka akan tuntut di akhirat… sempurnakanlah Ramadhan kita sebelum kita bersuka ria menyambut Syawal… mungkin hari ini kita bahagia… mungkin hari ini kita bersuka ria… syukurlah di atas pemberian-Nya… nyatakan kesyukuran kita dengan berkongsi sedikit kegembiraan kita dengan mereka yang kurang bernasib baik seperti kita… Insya Allah Allah akan sayang kita jika kita memberikan kasih sayang kita kepada mereka yang memerlukan…

[hana-code-insert name='Palestine Raya' /]

Akhir sekali… Visi Sufi mengucapkan…

“Selamat Berpuasa dan Selamat Berhari Raya…. Maaf Zahir & Batin…”

Blog Widget by LinkWithin

Comments No Comments »

Ping blog