Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Posts Tagged “Selamat Hari Raya Aidilfitri”

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010M / 1431H

Assalamualaikum…

Di kesempatan ni Visi Sufi nak ucapkan Salam Aidilfitri serta Maaf Zahir & Batin

kepada semua pelawat-pelawat blog Visi Sufi ni…

Juga tak lupa kepada

Kaum keluarga yang jauh serta dekat dan yang amat dekat…

Rakan-rakan yang pernah sama-sama belajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kluang, Johor (1982 -1985)

Rakan-rakan yang pernah belajar sama-sama di Sekolah Tinggi Kluang, Kluang, Johor (1986-1990)

Rakan-rakan yang sama-sama pernah belajar di Institut Teknologi Kejuruteraan (ITK), Rawang, Selangor

Rakan-rakan yang sama-sama pernah belajar di ITM Kuantan, Pahang dalam kursus Pra-Sains

Rakan-rakan yang sama-sama pernah belajar di Kolej SAL Subang Jaya kursus Diploma in Information Technology

Rakan-rakan yang sama-sama pernah belajar di ITM Shah Alam kursus Diploma in Mechanical Engineering

Rakan-rakan yang sama-sama pernah menetap di Kolej Anggerik, ITM Shah Alam.

tak lupa juga kepada…

Pelanggan-pelanggan Streamyx yang pernah / sedang berdaftar melalui Visi Sufi Enterprise – http://www.malaysia-broadband.com

Pelanggan-pelanggan yang pernah mendapatkan bantuan untuk tolong settlekan hutang kad kredit berlambak di EzPayment2U – http://www.ezpayment2u.com

Pelanggan-pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat ‘online tuition’ Score A melalui Visi Sufi – http://www.scorea.com

dan mereka yang pernah bersama-sama saya dalam program-program networking yg saya pernah join sebelum ni sama ada yang masih aktif atau dah tak aktif

dan tak lupa juga kepada rakan-rakan dalam…

MyJodoh.net

Forum CariGold.Com

Forum NoGold.Com

Facebook

Untuk semua diucapkan…

Selamat Hari Raya Aidilfitri…

Maaf Zahir & Batin…

Comments No Comments »

Selamat Hari Raya 1430 Hijrah

Selamat Hari Raya 1430 Hijrah

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh…

Kepada muslimin dan muslimat di blog Visi Sufi Enterprise… Saya Sophy Sufian pemilik kepada Visi Sufi Enterprise dan blog “Catatan Visi Sufi…’ ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon beribu ampun dan maaf kepada semua sahabat handai serta taulan, tak kira di mana jua mereka berada sama ada online atau offline… di Facebook, di Twitter, di MySpace, di Friendster dan juga beberapa forum-forum online seperti CariGold, NoGold dan juga rakan-rakan di IM Yahoo Messenger

Hari ini Khamis – 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan 1430 Hijrah, tinggal beberapa hari sahaja lagi kita melangkah meninggalkan Ramadhan dan menuju Syawal… Sepanjang Ramadhan kita telah berusaha untuk meningkatkan amalan untuk menjadi insan dan hamba-Nya yang lebih sempurna… Rahmat Mu kami mohon sentiasa dan semoga berpanjangan walau pun Ramadhan tiada lagi nanti… Sememangnya kita manusia hanya mampu berusaha dan bertawakal kepada Allah… kerana hanya Dia sahaja lah yang memberi taufik dan hidayah… dan Dia jua mampu untuk menarik kembali rahmat dan keberkatan daripada kita semua… Ya Allah… ampunilah kami… rahmatilah kami… berkatilah kami di dunia dan di akhirat… Semoga Kau tempatkan kami di kalangan ahli syurga Mu Ya Allah…

Visi Sufi juga mengambil kesempatan ini berpesan kepada mereka yang pulang ke kampung halaman supaya memandu dengan berhati-hati… memandu jangan ikut perasaan… tetapi pandu lah dengan kesedaran dan sabar… lebih-lebih lagi semasa kita sedang berpuasa… jangan lupa baca doa naik kenderaan… baca Bismillah dan baca ayatul Qursi sebelum memulakan perjalanan…

Sebelum melangkah keluar rumah juga pastikan rumah dalam keadaan selamat… tutup gas dapur… tutup suis peralatan elektrik dan elektronik  khuatir nanti disambar petir atau berlaku litar pintas secara tiba-tiba… jangan tutup semua lampu… pastikan lampu ‘porch’ dan lampu tembok dibuka untuk mengelirukan pencuri / perompak yang berniat untuk menceroboh rumah kita… pastikan juga kita memberitahu kepada pihak berkuasa tempatan / polis tempoh kita keluar rumah supaya mereka dapat membuat rondaan di rumah kita dan kawasan persekitaran…

Di kesempatan ini juga, saya berpesan kepada rakan-rakan sekalian agar dalam bergembira menyambut hari raya, jangan lupa di sekeliling kita masih ada lagi manusia yang nasib mereka tidak sebaik kita… masih ada yang tidak dapat merasai kenikmatan hari raya sebagaimana yang kita rasa… mungkin ada yang baru kematian ayah atau ibu mereka… ada juga yang sedang menahan kelaparan kerana baru ditimpa musibah seperti rumah terbakar… kecurian… kemalangan dan sebagainya… bagaimana pula mereka yang sedang mempertahankan maruah agama dan negara mereka… Palestin contohnya… hulurkanlah sedikit bantuan atau derma kepada mereka yang memerlukan… zakat fitrah hanya lah sebahagian daripada hak-hak mereka yang ada pada kita… menjadi kewajiban bagi kita untuk melepaskan hak mereka yang ada pada kita… kelak mereka akan tuntut di akhirat… sempurnakanlah Ramadhan kita sebelum kita bersuka ria menyambut Syawal… mungkin hari ini kita bahagia… mungkin hari ini kita bersuka ria… syukurlah di atas pemberian-Nya… nyatakan kesyukuran kita dengan berkongsi sedikit kegembiraan kita dengan mereka yang kurang bernasib baik seperti kita… Insya Allah Allah akan sayang kita jika kita memberikan kasih sayang kita kepada mereka yang memerlukan…

[hana-code-insert name='Palestine Raya' /]

Akhir sekali… Visi Sufi mengucapkan…

“Selamat Berpuasa dan Selamat Berhari Raya…. Maaf Zahir & Batin…”

Blog Widget by LinkWithin

Comments No Comments »

Ping blog