Semalam kami sekeluarga sempat jalan-jalan di pantai Bagan Lalang, Sepang…
Hajat dihati awalnya nak ajak Solehin main2 air dan layang-layang tapi tak berkesempatan sebab kami sampai sana dah pukul 7 lebih dah nak masuk waktu Maghrib…
Kesian Solehin… setiap kali pegi pantai Bagan Lalang ni mesti hari dah nak gelap…. kali ni kami dah cuba keluar awal tapi jem pulak dalam perjalananan… kereta bersusun nak masuk pekan….
Walau bagaimana pun kali ni sempat jugak lah Solehin main2 pasir…
Solehin main pasir pantai (Bagan Lalang, Sepang)
Ramai jugak yang buat khemah tepi pantai bersama-sama keluarga mereka semalam… terasa macam nak join camping sama2 dgn diorang pulak nanti….
Lepas main pasir kami terus solat Maghrib dan makan sea food di restoran berhampiran… sebenarnya semalam hari kelahiran saya… thanx Mama sebab belanja makan seafood on my birthday…
Boleh tengok gambar-gambar yang yang sempat diambil petang semalam…

Bagan Lalang Gold Coast yang berhampiran pantai
Tags:
Bagan Lalang,
bagan lalang gold coast,
birthday,
camping,
gold coast,
hari lahir,
pasir,
Saiful Solehin,
seafood,
Sepang,
solehin
No Comments »
Pada 15hb, Jumaat lepas, saya bersama isteri serta papa dan mummy… tak lupa si kecil Solehin telah berpeluang bercuti ke Kuching, Sarawak…
Pegi sana sebab dapat voucher percutian dari Cintai Holliday Malaysia… dan combine dgn tiket government wife… so kitorang merge dua tiket ni dapat tukar jadi apartment…
Kami bertolak 15hb ari tu jam 11 pagi flight ke Kuching dari KLIA (Kuala Lumpur International Airport) naik Malaysia Airline (MAS)…
terima kasih kat Abg Radhi dan Kak Ti sebab tolong hantar kami ke airport
Check In Sebelum Bertolak ke Kuching

Bila lah... aku boleh naiki belon ni? Tak sabar dah nak ke Kuching, Sarawak ni...

Errr... apa kapalterbang ni buat dalam cermin ni?
Kami sampai airport Kuching, Sarawak dalam lebih kurang jam 1 macam tu…

Wahhh! Airplane... Airplane...

Go Papa! Go Papa!
Alhamdulillah… sampai jugak kami ke Merdeka Palace… hotel yang akan kami tinggal selama 4 hari 3 malam selama kami di Kuching, Sarawak ni… hotel ni berkonsepkan ekslusif sesuai dengan namanya Merdeka Palace… taraf 4 bintang… Alhamdulillah… merasa jugak lah duduk hotel mahal macam ni sebab guna voucher… kalau nak belanja sendiri… 4 hari 3 malam pulak tu… ntah bila lah agaknya berpeluang macam ni… syukur Alhamdulillah…
Malam tu… saya sempat call Pian Razak (GlobalTent ialah ID dia dalam forum CariGold) dia ni jugak salah seorang admin/mod dalam forum CariGold… sempat jugak lah mengeteh dgn dia kat salah sebuah hotel di Kuching, Sarawak ni… dan sempat lah jugak dia bawak jalan2… tengok kedai butik mak dia (Anggun)… kedai kek lapis kawan dia (katanya kawan dia ni mmg betul2 buat kek lapis ni secara komersial sampai berjaya mendapatkan sijil halal… dan kek lapisnya juga menggunakan bahan2 yang bersih lagi halal… bukan sembarangan… boleh dikatakan serba serbi terjaga… so harganya pun… faham2 je lah…)… GlobalTent juga sempat tunjuk Satok… Satok ni ialah pasar awam dan tempat famous utk sesape yang minat dgn ikan terubok… aku tak berapa minat sangat… so just lalu dan tengok tempat je lah… lagi pun dah lewat malam dan takde org niaga pun… dan sebelum balik… on the way nak beli makanan ringan semasa kat hotel nanti… GlobalTent sempat jugak tunjukkan TopSpot… TopSpot ni terkenal dgn sea food dia… Insya Allah ada kesempatan mmg nak kami bercadang nak pegi…
Tags:
Abg Radhi,
Cintai Holliday,
hotel,
Kak Ti,
KLIA,
Kuala Lumpur International Airport,
Kuching,
Malaysia Airline System,
MAS,
Merdeka Palace,
Saiful Solehin,
Sarawak,
solehin
No Comments »
Thanx to Mak Usu sebab hadiahkan Saiful Solehin jaket dari Bandung…
Nampak bergaya betul anak papa ni pakai jaket ni…
Tags:
Bandung,
jaket,
Saiful,
Saiful Solehin,
solehin
No Comments »
Gembira betul Saiful Solehin dapat baju baru hadiah dari Auntie Linda (Hazlinda)…
Thanx Auntie Linda bawa hadiah jauh dari Oman…
(Sila klik pada gambar untuk melihat gambar sebenar dan besar pada slideshow di bawah)

Tags:
hadiah,
Hazlinda,
Linda,
Muscat,
Oman,
Saiful Solehin
No Comments »