Catatan Visi Sufi...

| Visi-Sufi.Com | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Iklan Kerja Kosong |

Posts Tagged “Ramadhan”

Selamat Hari Raya 1430 Hijrah

Selamat Hari Raya 1430 Hijrah

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh…

Kepada muslimin dan muslimat di blog Visi Sufi Enterprise… Saya Sophy Sufian pemilik kepada Visi Sufi Enterprise dan blog “Catatan Visi Sufi…’ ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon beribu ampun dan maaf kepada semua sahabat handai serta taulan, tak kira di mana jua mereka berada sama ada online atau offline… di Facebook, di Twitter, di MySpace, di Friendster dan juga beberapa forum-forum online seperti CariGold, NoGold dan juga rakan-rakan di IM Yahoo Messenger

Hari ini Khamis – 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan 1430 Hijrah, tinggal beberapa hari sahaja lagi kita melangkah meninggalkan Ramadhan dan menuju Syawal… Sepanjang Ramadhan kita telah berusaha untuk meningkatkan amalan untuk menjadi insan dan hamba-Nya yang lebih sempurna… Rahmat Mu kami mohon sentiasa dan semoga berpanjangan walau pun Ramadhan tiada lagi nanti… Sememangnya kita manusia hanya mampu berusaha dan bertawakal kepada Allah… kerana hanya Dia sahaja lah yang memberi taufik dan hidayah… dan Dia jua mampu untuk menarik kembali rahmat dan keberkatan daripada kita semua… Ya Allah… ampunilah kami… rahmatilah kami… berkatilah kami di dunia dan di akhirat… Semoga Kau tempatkan kami di kalangan ahli syurga Mu Ya Allah…

Visi Sufi juga mengambil kesempatan ini berpesan kepada mereka yang pulang ke kampung halaman supaya memandu dengan berhati-hati… memandu jangan ikut perasaan… tetapi pandu lah dengan kesedaran dan sabar… lebih-lebih lagi semasa kita sedang berpuasa… jangan lupa baca doa naik kenderaan… baca Bismillah dan baca ayatul Qursi sebelum memulakan perjalanan…

Sebelum melangkah keluar rumah juga pastikan rumah dalam keadaan selamat… tutup gas dapur… tutup suis peralatan elektrik dan elektronik  khuatir nanti disambar petir atau berlaku litar pintas secara tiba-tiba… jangan tutup semua lampu… pastikan lampu ‘porch’ dan lampu tembok dibuka untuk mengelirukan pencuri / perompak yang berniat untuk menceroboh rumah kita… pastikan juga kita memberitahu kepada pihak berkuasa tempatan / polis tempoh kita keluar rumah supaya mereka dapat membuat rondaan di rumah kita dan kawasan persekitaran…

Di kesempatan ini juga, saya berpesan kepada rakan-rakan sekalian agar dalam bergembira menyambut hari raya, jangan lupa di sekeliling kita masih ada lagi manusia yang nasib mereka tidak sebaik kita… masih ada yang tidak dapat merasai kenikmatan hari raya sebagaimana yang kita rasa… mungkin ada yang baru kematian ayah atau ibu mereka… ada juga yang sedang menahan kelaparan kerana baru ditimpa musibah seperti rumah terbakar… kecurian… kemalangan dan sebagainya… bagaimana pula mereka yang sedang mempertahankan maruah agama dan negara mereka… Palestin contohnya… hulurkanlah sedikit bantuan atau derma kepada mereka yang memerlukan… zakat fitrah hanya lah sebahagian daripada hak-hak mereka yang ada pada kita… menjadi kewajiban bagi kita untuk melepaskan hak mereka yang ada pada kita… kelak mereka akan tuntut di akhirat… sempurnakanlah Ramadhan kita sebelum kita bersuka ria menyambut Syawal… mungkin hari ini kita bahagia… mungkin hari ini kita bersuka ria… syukurlah di atas pemberian-Nya… nyatakan kesyukuran kita dengan berkongsi sedikit kegembiraan kita dengan mereka yang kurang bernasib baik seperti kita… Insya Allah Allah akan sayang kita jika kita memberikan kasih sayang kita kepada mereka yang memerlukan…

[hana-code-insert name='Palestine Raya' /]

Akhir sekali… Visi Sufi mengucapkan…

“Selamat Berpuasa dan Selamat Berhari Raya…. Maaf Zahir & Batin…”

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments No Comments »

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah… kita masih hidup… masih bernafas dengan penuh nikmat… nikmat pemberian-Nya yang paling paling mahal dan tiada suatu apa pun di dalam alam ini yang dapat membayar harga setiap kali kita dapat bernafas… lebih-lebih lagi nafas yang disertai dengan kalimah La Ila Ha Ilallah Muhammad Rasulullah… malah jika dihimpun emas seluruh alam ini pun masih belum dapat lagi membayar harga setiap pernafasan kita… itu lah hikmat kebesaran Allah Hu Akhbar… Sesungguhnya Dia lah Allah yang Maha Besar…

Beberapa hari yang lepas saya ada mendengar di dalam radio IKIM dari seorang alim tentang hakikat kehidupan… rupa2nya dalam diri kita ni ada 2… dan bukan 1… yang satu tu hanya Allah… Dia lah yang Maha Esa… yang dimaksudkan dengan 2 kat sini ialah setiap dari kita yang bernama manusia ni terdiri daripada roh dan jasad… so kita kena jaga dua2 roh dan jasad… jika selama ini kita hanya menjaga jasad semata-mata… sekarang tiba lah masanya untuk kita menjaga roh kita masing-masing pulak… solat, baca Al-Quran, bersedekah termasuk lah berpuasa di bulan Ramadhan adalah antara cara-cara kita menjaga dan membelai roh kita agar sama-sama sihat dengan jasad… terbayangkah kita jika nyawa kita dicabut oleh Allah dan pada ketika itu diri kita dipenuhi oleh noda dan dosa… roh kita diangkat ke langit dalam keadaan yang cukup hina… baunya busuk malah lebih busuk dari anjing dan babi… sedangkan ketika kita hidup kita tak pernah ambil peduli tentang roh kita… sihat atau sakit ke roh kita… gembira atau sedih roh kita… tidak siapa pun ambil peduli termasuk lah diri kita sendiri…

Jadi sekarang ni… Alhamdulillah… tinggal beberapa jam je lagi kita nak berpuasa di bulan Ramadhan ni… Insya Allah… kita sama2 lah ambil peluang yang Allah berikan ni… gunakan sebaik mungkin… bukan selalu pun kita berpeluang berpuasa di bulan Ramadhan ni… maklum lah… setahun hanya sekali…

Sebelum kita sama2 berpuasa… elok lah kita sama2 bersihkan hati kita dulu… Insya Allah di kesempatan ni saya Sophy Sufian dari Visi Sufi Enterprise mengambil kesempatan yang cuma ada beberapa jam sahaja lagi ni untuk memohon beribu ampun dan maaf dari sekalian rakan-rakan online mahu pun offline dan juga sedare mare yang dekat mahu pun yang jauh… minta juga dihalalkan makan dan minum dan segala apa jua keterlanjuran yang ada… Semoga kita sama2 dapat menikmati kehadiran Ramadhan kali ini untuk sebahagian lagi dari diri kita iaini roh kita sendiri… Insya Allah….

Tags: , , , ,

Comments No Comments »

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang malam pada bulan Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Blog Widget by LinkWithinTags: , , ,

Comments No Comments »

Ping blog