Posts Tagged “pas”
Membangun Bersama Islam
Begini lah sekiranya politik berasaskan Islam
Bukan mempolitikkan Islam seperti banyak yang dilakukan oleh kebanyakkan pemimpin di Malaysia….
    

- Persembahan Pentomen
 
Semoga lebih ramai pemimpin yang mempunyai roh dan semangat perjuangan Islam seperti Tuan Guru Nik Aziz…
Insya Allah sekiranya ramai pemimpin yang macam ni, bukan setakat Islam yang akan dimartabatkan malah yang bukan Islam juga akan hidup sejahtera, aman dan tenteram begitu juga dengan seluruh penduduk dunia… Insya Allah… Aminnn….
Tags: Islam, Kelantan, Nik Aziz, pas, solat
No Comments »
Tahniah Warga FELDA! Teruskan perjuangan memartabatkan ketuanan rakyat!
Ini menunjukkan kita rakyat boleh berdiri sendiri kalau kita sama2 sepakat untuk memperjuangkan hak kita sebagai rakyat!
Teruskan Perjuangan!
Mahkamah Persekutuan arah Felda bayar RM11 juta kepada peneroka – Harakahdaily

PUTRAJAYA, 26 Ogos: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan mahkamah sebelum ini yang mengarahkan Felda membayar pampasan lebih RM11 juta kepada 354 peneroka sebuah rancangan Felda di Kelantan.
Keputusan ini dipercayai akan membuka ruang kepada lebih tindakan saman terhadap Felda dalam isu manipulasi pengredan kelapa sawit oleh Felda terhadap penerokanya.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.
Panel hakim selain Alauddin adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya.
Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.
Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkan Felda membayar RM7.8 juta bersama faedah kepada peneroka-peneroka itu setelah peguam agensi itu gagal hadir di mahkamah semasa saman itu didengar.
Selepas mendengar keterangan saksi-saksi mereka, mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka.
(Gambar: Para peneroka Felda bersama peguam mereka di perkarangan Mahkamah Persekutuan hari ini…gambar Malaysiakini)
Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada RM11 juta bersama faedah terkumpul. Setiap peneroka dianggarkan akan menerima RM30,000 sebagai ganti rugi.
Mereka menyaman Felda bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu telah memberikan nilai yang rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga menyebabkan kerugian kepada mereka.
Mereka menamakan Felda, pengurus Felda Kemahang 3 Ibrahim Ismail (yang telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan. Seramai 100 peneroka hadir di mahkamah hari ini.
Mereka diwakili sepasukan peguam diketuai Wan Rohimi Wan Daud manakala Felda diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.
Tahniah dari PAS

Sementara itu, PAS merakamkan ucapan tahniah kepada 354 peneroka Felda Kemahang 1 yang berjuang bagi menegakkan hak dan keadilan lebih sepuluh tahun.
Kesabaran menanti keputusan mahkamah membuahkan hasil bilamana mahkamah memutuskan Felda membayar sebanyak RM11 juta sebagai gantirugi kerana menipu gred kelapa sawit mereka.
Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
“Dengan keputusan hari ini bermakna apa yang didakwa oleh persatuan ANAK adalah tepat dan ia akan membuka mata pihak berkenaan agar membayar kepada seluruh peneroka gred perahan yang sebenar,” kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
PAS, kata Tuan Ibrahim, menyelar kenyataan dari Pengerusi Felda Datuk Dr Yusuf Nor baru-baru ini bahawa parti pembangkang memasuki Felda untuk memecahbelahkan peneroka felda.
“Kami hanya inginkan keadilan kepada peneroka Felda yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Tidak timbul soal memecahbelah felda; kerana sebahagian penyokong dan ahli PR adalah peneroka dan generasi kedua Felda,” kata beliau.
Katanya lagi, mereka menuntut keadilan agare diberi ke atas mereka, dan kerajaan seharusnya tidak mengula-gulakan mereka dengan memberi duit raya sedangkan di waktu yang sama merampas hak gred perahan sawit jauh lebih besar dari apa yang diberi sebagai saguhati tersebut.
“Bagi PAS Felda mesti berterus terang dalam segala urusan dengan peneroka, bukan hanya mengenakan pelbagai potongan dalam keadaan peneroka dipaksa menerima harga dan kos yang ditentukan oleh felda.
“Kos seperti baja, meracun, jalan ladang, loding dan sebagainya sehingga hutang peneroka Felda mencecah angka yang tidak munasabah; namun oleh kerana mereka terikat dengan perjanjian yang tidak adil menyebabkan hasil mereka terus dipotong oleh Felda,” katanya.
Cepatkan geran peneroka
Sehubungan itu, PAS juga, katanya, mengesa pihak Felda menyegerakan geran hak milik kepada semua peneroka yang telah selesai melunaskan bayaran kembali, bahkan ada di antara peneroka telah melunaskan hutang lebih dari 5 tahun, namun masih belum mendapat geran hak milik lagi.
“Semoga kejayaan hari ini membuktikan bahawa PAS dan PR benar-benar berjuang demi membela nasib peneroka Felda yang telah ditindas bertahun-tahun lama oleh sistem yang tidak adil kepada mereka,” katanya.
Sumber:http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28355:mahkamah-persekutuan-arah-felda-bayar-rm11-juta-kepada-peneroka&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
Pakcik Kayo! Hehehe bestnya orang Felda beraya tahun ni…
Tags: FELDA, Felda Palm Industries Sdn Bhd, Harakahdaily, Kelantan, Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Kota Bharu, pas, Putrajaya, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif
No Comments »
Mentari Merah Di Ufuk Timur
Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali
Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi
Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku
Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada…
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal…
Aku….
Tags: Amy, amy search, Dewan Pemuda PAS, enterprise, Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan 2009, Kelantan, lagu, lirik lagu, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Nik Aziz, pas, Search, Sufi, tuan guru nik aziz, Ustaz, Ustaz Asri, Visi, Visi Sufi Enterprise, visi-sufi
No Comments »
Maulidur Rasul: Rendahnya mentaliti Umno
http://misabah.blogspot.com
Apabila Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Pulau Pinang batalkan perarakan sempena Maulidul Rasul saw. tanpa usul periksa Timbalan Perdana Menteri terus buat kenyataan menyanggah kerajaan Pulau Pinang, Pak Lah Badawi yang sudah tidak ada kepentingan politik pun tumpang komen sekali. Yang sangat dikesalkan, Mufti Perak Harussani juga komen sama tanpa tahu hujung pangkal.
Kalau pemimpin UMNO buat kenyataan seumpama itu saya tidak sangat hairan, sebab mereka sentiasa memutarkan isu untuk kepentingan politik mereka, perkara yang tidak wujud pun direka supaya wujud. Tujuannya nak bagi orang Islam dan orang Melayu marah dan sensitif terhadap isu ini. Lim Guan Eng akan dilabel anti Melayu dan anti Islam. Inilah kerja UMNO, mereka porak perandakan Selangor, sebelum tu Perak sampai tumbang, Kedah juga cuba diusiknya, sekarang giliran Pulau Pinang pula. Apa punya UMNO, dengki, jahat, busuh hati, celaka.
Persoalannya buat ke tak buat perarakan, itu hak kerajaan negeri, tak timbul soal batal ke tak batal. Penganjur sambutan Maulidur Rasul ialah Kerajaan Negeri, terpulanglah pada kerajaan nak buat perarakan ataupun tidak sempena sambutan maulid nabi peringkat negeri. Yang penting sambutan diadakan, difahamkan kerajaan negeri menganjurkan selama tiga hari tiga malam. Perak sejak lepas-lepas sehari sahaja iaitu perhimpunan sebelah pagi sahaja, kalau ada malam pun forum atau ceramah.
Di Pulau Pinang, kerajaan PR yang dipimpin DAP boleh anjur sehingga tiga hari tiga malam. Semua dipenuhi dengan program-program islamik yang ada beberapa acara Ketua Menterinya hadir sama. Tahun lepas, Lim Guan Eng turut serta dalam perarakan dan berada di atas pentas. KM BN yang lepas-lepas ada ke turut serta ?
Lain lah kalau sebelum ini, kerajaan tak pernah buat perarakan, kemudian ada permohonan dari Ngo Islam atau UMNO nak berarak sempena sambutan maulid nabi, tetapi permohonan ditolak oleh Kerajaan Negeri, barulah UMNO nak melalak ke, demontrasi ke, atau jajalah merata kampung seluruh negara konon Lim Guang Eng anti Islam dan sebagainya, barulah ada munasabahnya.
Ini, kerajaan Negeri tak katapun nak batal, tiba-tiba Utusan melapor batal, Timbalan PM boleh melalak tak tentu pasal, apa punya mentaliti pemimpin UMNO macam ini. Pak Lah pun serupa je. Perarakan maulid nabi dulu-dulu memang menjadi acara tahunan sambutan maulid nabi, entah tahun bila saya pun tak ingat, perarakan tidak lagi diadakan, ada ke UMNO sensitif dengan pembatalan ini, PAS pun kisah dengan pembatalan perarakan ini.
PAS tak nampak pentingnya perarakan, buat pun tak kisah, tak buat pun tak kisah, pada PAS yang penting penghayatan sunnah junjungan besar Rasulullah saw. Perarakan maulid nabi dibuatnya, tapi aurat tak ditutupnya, hukum hudud ditolaknya, solat berjamaah ditinggalkannya, solatpun tidak kadang tu, dan macam-macam lagi yang mereka tak buat amal Islam pun. Bila perarakan kononnya batal, bukan main marah Muhyiddin, tapi apa usaha beliau untuk menghalang sambutan hari kekasih, orang Melayu ramai terlibat pulak tu.
Mufti Perak, satu-satunya mufti yang disegani kerana tegas terhadap isu-isu umat Islam pun sama rupanya, melatah buat kenyataan tanpa usul periksa. Di Perak, apabila perarakan maulid rasul ditiadakan sejak zaman Ramli Ngah Talib, ada ke UMNO dan mufti Perak buat kenyataan menyanggah kerajaan negeri. Ada ke umat Islam dan orang Melayu terasa tersinggung ketika itu ?
Sejak tulah, perarakan tidak pernah dibuat di Perak, PAS pun tak kisah, sebab itu, bila PR ambil alih, kita pun tak buat perarakan sama. Tetapi sambutannya cukup luar biasa, tak cukup tempat untuk ramai. Yang lepas-lepas, kerusi tak penuh pun. Ini kata pegawai-pegawai kerajaan yang setiap tahun terlibat dengan maulid nabi.
Lim Guan Eng yang dilabel anti Melayu dan Islam oleh UMNO memberi peruntukan yang agak besar untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, zaman BN ini lebih kurang 12 juta setahun, Guan Eng umum 24.3 juta untuk tahun 2010. Kontraktor Bumiputra yang dapat projek dan tender kerajaan adalah 70 % berbanding kontarktor bukan bumi.
Menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola dan suri teladan dalam amalan keadilan di Pulau Pinang. Pemimpin UMNO siapa para sahabat dan ulama yang jadi suri teladan dalam amalan pentadbiran di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka.
Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB Datuk Seri Nizar.
Sumber:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24982:-maulidur-rasul-rendahnya-mentaliti-umno&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136
Tags: Badawi, BN, Bumiputra, DAP, datuk seri, Harussani, Islam, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Kedah, kerajaan, khalifah, Khalifah Umar Abdul Aziz, Lim Guan Eng, Maulidur Rasul, melayu, Misbahul Munir Masduki, mufti, Mufti Perak Harussani, NGO, nizar, Pak Lah, pas, perak, politik, PR, Pulau Pinang, Ramli Ngah Talib, Selangor, setiausaha, Setiausaha Politik YAB Datuk Seri Nizar, Timbalan Perdana Menteri, umno, Utusan Malaysia, YAB Datuk Seri Nizar
No Comments »
Siaran TV Khas Untuk Rakyat Selangor dari Pemerintah Kerajaan Negeri Selangor
Rakyat Selangor seharusnya berbangga kerana kini mereka telah mempunyai siaran TV sendiri yang disiarkan terus menerus 24 jam dari semasa ke semasa.
Siaran TV ini adalah dari pemerintah kerajaan negeri Selangor khas untuk rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia umumnya.
Sila ke http://www.tvselangor.com/live/channel1/ untuk mengikuti video streaming TVS (TV Selangor)
 TV Selangor Streaming Video
Untuk mengetahui aturcara atau intisari siaran TV Selangor boleh layari http://intisaritvs.wordpress.com/
 Intiasari Siaran TV Selangor
Untuk koleksi video-video TV Selangor yang lain termasuk animasi, berita, perbincangan, majalah dan banyak lagi boleh layari
http://tvselangor.com/v2/video-section
 Koleksi video TV Selangor
Sekarang rakyat Selangor tak perlu mengikuti siaran TV3suku atau RoTi-M atau Asterok untuk mengetahui perkembangan mutakhir negeri mereka termasuk lah dalam bidang sukan, hiburan, ekonomi dan animasi selain politik.
Selangor Maju dan Terus Maju di bawah pemerintahan kerajaan berkebajikan Pakatan Rakyat
p/s: seperkara yang harus saya ingatkan di sini ialah anda mungkin akan mengalami kesulitan dari semasa ke semasa sekiranya anda mengakses website ini menggunakan kelajuan kurang dari 1Mbps. Oleh itu sekiranya anda tidak ingin terlepas cerita-cerita menarik TV Selangor anda dinasihatkan untuk melanggan Streamyx 1Mbps atau sekiranya anda telah pun melanggan Streamyx tapi bawah 1Mbs, maka anda boleh lah mohon untuk upgrade sekarang.
Hubungi 0173367678 atau 0193355399 (Sufian) untuk berbincang tentang kelajuan broadband anda.
 Tags: Anwar Ibrahim, DAP, Nik Aziz, Pakatan Rakyat, pas, pkr, rakyat, Selangor, siaran tv, talivisyen, television, tuan guru nik aziz, TV, TV Selangor, TVS, TVSelangor, vdo, video, Visi Sufi Enterprise, visi-sufi
No Comments »
|