Posts Tagged “Nik Aziz”
Membangun Bersama Islam
Begini lah sekiranya politik berasaskan Islam
Bukan mempolitikkan Islam seperti banyak yang dilakukan oleh kebanyakkan pemimpin di Malaysia….
    

- Persembahan Pentomen
 
Semoga lebih ramai pemimpin yang mempunyai roh dan semangat perjuangan Islam seperti Tuan Guru Nik Aziz…
Insya Allah sekiranya ramai pemimpin yang macam ni, bukan setakat Islam yang akan dimartabatkan malah yang bukan Islam juga akan hidup sejahtera, aman dan tenteram begitu juga dengan seluruh penduduk dunia… Insya Allah… Aminnn….
Tags: Islam, Kelantan, Nik Aziz, pas, solat
No Comments »
Mentari Merah Di Ufuk Timur
Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali
Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi
Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku
Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada…
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal…
Aku….
Tags: Amy, amy search, Dewan Pemuda PAS, enterprise, Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan 2009, Kelantan, lagu, lirik lagu, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Nik Aziz, pas, Search, Sufi, tuan guru nik aziz, Ustaz, Ustaz Asri, Visi, Visi Sufi Enterprise, visi-sufi
No Comments »
Semalam pagi selamat sampai ke Kota Baru, Kelantan dalam jam 10 macam tu…
Sebelum tu kitorang lepak kat rumah kakak ipar di Kuala Lipis… sampai Lipis dalam jam 6 petang gitu… malam wife yg tgh pregnant ngadu sakit belakang… so hajat nak teruskan perjalanan ke KB malam tu jugak terpaksa ditunda… kitorang bertolak dari Lipis dalam jam 5 pagi macam tu…
Sampai di KB, terus mintak wife hantar ke tempat ceramah/tazkirah pagi yang memang selalu diadakan di Medan Ilmu Kota Baru setiap Jumaat pagi… hajat dihati nak jumpa Tok Guru dengar dia bagi tazkirah tapi rupa2nya beliau tak sihat… tanya pegawai beliau… katanya dalam 3 hari ni Tok Guru uzur… mungkin kebelakangan ni terlalu banyak aktiviti…
Tags: Kelantan, Kota Bahru, Kota Baru, Medan Ilmu, Nik Aziz, tazkirah, TGNA, Tok Guru, Tuan Guru
No Comments »
Siaran TV Khas Untuk Rakyat Selangor dari Pemerintah Kerajaan Negeri Selangor
Rakyat Selangor seharusnya berbangga kerana kini mereka telah mempunyai siaran TV sendiri yang disiarkan terus menerus 24 jam dari semasa ke semasa.
Siaran TV ini adalah dari pemerintah kerajaan negeri Selangor khas untuk rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia umumnya.
Sila ke http://www.tvselangor.com/live/channel1/ untuk mengikuti video streaming TVS (TV Selangor)
 TV Selangor Streaming Video
Untuk mengetahui aturcara atau intisari siaran TV Selangor boleh layari http://intisaritvs.wordpress.com/
 Intiasari Siaran TV Selangor
Untuk koleksi video-video TV Selangor yang lain termasuk animasi, berita, perbincangan, majalah dan banyak lagi boleh layari
http://tvselangor.com/v2/video-section
 Koleksi video TV Selangor
Sekarang rakyat Selangor tak perlu mengikuti siaran TV3suku atau RoTi-M atau Asterok untuk mengetahui perkembangan mutakhir negeri mereka termasuk lah dalam bidang sukan, hiburan, ekonomi dan animasi selain politik.
Selangor Maju dan Terus Maju di bawah pemerintahan kerajaan berkebajikan Pakatan Rakyat
p/s: seperkara yang harus saya ingatkan di sini ialah anda mungkin akan mengalami kesulitan dari semasa ke semasa sekiranya anda mengakses website ini menggunakan kelajuan kurang dari 1Mbps. Oleh itu sekiranya anda tidak ingin terlepas cerita-cerita menarik TV Selangor anda dinasihatkan untuk melanggan Streamyx 1Mbps atau sekiranya anda telah pun melanggan Streamyx tapi bawah 1Mbs, maka anda boleh lah mohon untuk upgrade sekarang.
Hubungi 0173367678 atau 0193355399 (Sufian) untuk berbincang tentang kelajuan broadband anda.
Tags: Anwar Ibrahim, DAP, Nik Aziz, Pakatan Rakyat, pas, pkr, rakyat, Selangor, siaran tv, talivisyen, television, tuan guru nik aziz, TV, TV Selangor, TVS, TVSelangor, vdo, video, Visi Sufi Enterprise, visi-sufi
No Comments »
 Facebook rasmi Tok Guru Nik Aziz...
Klik gambar di atas untuk terus ke Facebook rasmi Tuan Guru Nik Aziz di
http://www.facebook.com/pages/YAB-Tuan-Guru-Dato-Nik-Abdul-Aziz-Nik-Mat/303486519016
Page ini telah dirasmikan sendiri oleh YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz pada 6 Febuari 2010 di Perdana Resort, PCB, Kelantan
Pesan Tok Guru dalam status mesej pertama beliau:
Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam perkenalan.Bersyukur kita,semoga saluran ini memberi kebaikan untuk dakwah dan kemajuan Islam bagi semua pihak.Facebook sebagai laman komunikasi maya hendaklah dimanafaatkan untuk kebaikan dan kebenaran bermaklumat.Sewajarnya kebenaran maklumat menjadi keutamaan sesuai dengan ajaran alQuran yang lengkap dijadikan panduan hidup di dunia sampai akhirat
 Tags: Facebook, Guru, Nik Aziz, Nik Aziz Nik Mat, Tok, Tok Guru, Tuan Guru, tuan guru nik aziz
No Comments »
|