Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas.
(Muttafaq ‘alaih)
Tags:
hadis,
Muttafaq 'alaih,
Rasulullah
No Comments »
Daripada Aisyah r.a., katanya, “Tidak pernah sama sekali Rasulullah s.a.w. itu diberi pemilihan antara dua macam perkara, melainkan beliau s.a.w. tentu mengambil (memilih) yang termudah di antara keduanya itu, asalkan yang dianggapnya termudah ini bukannya merupakan suatu hal yang dosa.M”
“Jikalau hal itu berupa suatu dosa, maka beliau s.a.w. adalah sejauh-jauh manusia daripadanya. Rasulullah s.a.w. juga tidak pernah sama sekali membalas sesuatu yang ditujukan pada diri peribadinya, melainkan jikalau kehormatan Allah itu dilanggar, maka beliau s.a.w. pasti membalasnya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah belaka.”
(Muttafaq ‘alaih)
Tags:
Aisyah,
dendam,
Muttafaq 'alaih,
pilihan,
Rasulullah
1 Comment »
Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya.”
(Muttafaq ‘alaih)

Tags:
hadis,
Ibnu Umar,
Muttafaq 'alaih,
penggembala,
Rasulullah
No Comments »