Catatan Visi Sufi...

| Visi-Sufi.Com | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Iklan Kerja Kosong |

Posts Tagged “Mekanikal”

Technician / Technician Operator Diperlukan Segera

Emerson – sebuah kilang bertaraf antarabangsa yang berpangkalan di United Kingdom kini membuka kilang pembuatan injap di kawasan Nilai dan memerlukan seberapa ramai technician operator yang bertanggungjawab untuk membuat injap untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Kerja adalah kontrak 3 bulan (boleh diperbaharui setiap 3 bulan) dan mereka yang menunjukkan kesungguhan dan komitmen serta bersungguh-sungguh di dalam pekerjaan mempunyai peluang untuk diserap masuk sebagai pekerja tetap.

Kelayakan adalah lebih kepada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya sijil atau diploma di dalam bidang pengajian mekanikal atau mekatronik, bidang elektrik juga boleh dipertimbangkan. Sijil / Diploma terbuka dari mana-mana pusat pengajian awam (IPTA) atau pun swasta (IPTS)

Lokasi ialah di kawasan Nilai. Kediaman dan pengangkutan tidak disediakan.

Anda boleh memilih sama ada ingin bekerja pada waktu normal atau ikut ‘shift’.

Antara kelebihan/keistimewaan yang disediakan:

  • Gaji harian di antara RM45 – RM53 sehari
  • SOCSO
  • KWSP
  • Peluang kerja tetap
  • Elaun ‘responsibility’ (kehadiran): RM5 sehari
  • Elaun ‘Over Time’
  • Peluang kerjaya menambah pengalaman bekerja di syarikat bertaraf antarabangsa

*Kami masih memerlukan wakil-wakil kami untuk memperluaskan perkhidmatan kami ke kawasan-kawasan anda. Sekiranya anda berminat untuk menjadi wakil agensi pekerjaan kami sila hubungi 0173367678 atau 0193355399 atau YM: visisufi
Anda dibayar untuk setiap rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang sedang mencari pekerjaan kepada kami

Sekiranya peluang ini bukan untuk anda, harap dapat disampaikan kepada rakan-rakan atau saudara mara atau sesiapa sahaja yang lebih memerlukan. Semoga Allah memberkati dan merahmati usaha anda untuk membantu saudara-saudara yang lain yang sedang mencari kerja halal. Insya Allah… Aminnn…

Blog Widget by LinkWithinTags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments 4 Comments »

Ping blog