Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Posts Tagged “Kuching”

Masuk hari ke-2 kami di Kuching, Sarawak…

Sebenarnya sekarang ni tengah musim hujan… dan dengar berita… kat Sabah dah banjir dan bah… teruk jugak lah kat Sabah sana… nasib baik lah kat Kuching ni masih ok tak sampai banjir macam tu…

Ya Allah… permudahkanlah perjalanan kami selama kami di Kuching, Sarawak ni…

Alhamdulillah… pagi ni tak hujan… cuaca nampaknya sangat baik…. mungkin Allah kabulkan jugak doa kami agaknya… dapat jugak lah kami berjalan… tengok2 tempat orang….

Kami bercadang nak pegi melawat Kampung Budaya pagi ni… org cakap kalau tak pegi Kg Budaya bila dah sampai Kuching, Sarawak ni macam tak sah… serupa macam tak pegi Kuching, Sarawak…

So pagi tu selepas sarapan pagi di hotel kami pun bertolak lah ke Kampung Budaya…

Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit dari hotel kami… kiri kanan banyak kawasan paya bakau dan boleh nampak Gunung Santubong sebab Kampung Budaya ni letaknya di kaki Gunung Santubong…

Kampung Budaya ni ada 7 rumah kesemuanya yang mewakili 7 kaum terbesar di Sarawak yang kaya dengan adat dan budaya mereka… disebabkan Sarawak ni kaya dengan pelbagai adat dan budaya kaum2 di dalamnya… so diujudkan lah Kampung Budaya ni… tujuannya untuk memudahkan pelancong2 mengenali kaum2 di Sarawak ni dgn lebih mudah dan menjimatkan masa… so kalau ada kesempatan lagi boleh lah lawat kampung diorang yg betul2… yg real… so sementara ni kita ‘browse thru’ aje lah dulu…

Kampung Budaya ni ada 7 rumah kesemuanya…

  1. Rumah Bidayuh
  2. Rumah Iban
  3. Rumah Penan
  4. Rumah Orang-Ulu
  5. Rumah Melayu
  6. Rumah Cina
  7. Rumah Melanau

ada sesetengah rumah ni berpenghuni tetap… yang ada sampai 20 tahun tinggal kat area sini pun ada…. tak tau pulak masa tu Kg Budaya ni dah ada ke belum… mungkin sebab mereka dah ada di sini lebih awal lagi… so pihak pengurusan pun membenarkan mereka tinggal… agaknya lah kot…

maka bermulalah eksplorasi kami di Kampung Budaya…

Mula2 kami ke Rumah Melayu… masa kami sampai… mereka pun tengah bersemangat buat tarian joget… yang perempuan ketuk gendang… yang lelaki berjoget…

di dalam rumah ini juga dipamerkan balai untuk pasangan yang baru berkahwin…

balai kahwin yang berwarna warni...

di dapur pula… org pompuan tgh sibuk buat kuih…

teringat aku kat suasana dalam rumah aruah nenek aku dulu...

Yang ni tukang masak baru... import dari Bandar Baru Bangi...

Kemudian kami ke Rumah Melanau… agak tinggi jugak rumah ni… dan agak gelap suasana kat dalam dia… serta banyak bilik…

Lepas Rumah Melanau kami ke Rumah Orang-Ulu pulak… Rumah Orang-Ulu lebih tinggi dari Rumah Melanau… tengok lah tangganya pun sampai 3 tingkat…

Tinggi betul Rumah Orang-Ulu ni...

dan macam biasa… mummy terpaksa kena tinggal kat bawah lagi… kali ni nasib baik mummy ada kawan yang senasib dgn dia… sama2 pakai kerusi roda…

sama2 pakai kerusi roda... sama2 kena tinggal kat bawah... apa leh buat... rumah semua tinggi2...

yang si ayam ni pulak macam faham2 je kami nak masuk rumah dia… bukan main lagi dia berkokok… macam nak sambut kitorang masuk rumah je…

dan yang pemain sapek ni pulak… driver kami bagitau…. dia dah terkenal sampai ke peringkat antarabangsa sebagai pemain sapek… kalau tak silap siap dah pernah sampai ke Hollywood… mungkin sebab takde org lain yang boleh main sapek sepandai dia agaknya…

dan kami teruskan lagi perjalanan sampai kat Rumah Penan… rasanya cerita2 pasal kaum Penan ni pun dah banyak keluar TV… so mungkin lah boleh bayangkan macam mana diorang ni kot? Kaum Penan dan Rumah Penan ni boleh lah dikatakan sebagai kaum yang paling simple kehidupan dia… rumah pun simple gile… kecik je tepi jeram…

kat Rumah Penan ni juga sempat lah saya mencuba sumpit… maklum lah murah je… 3 kali cuba RM1… bila lagi nak mencuba kan? dah cuba baru tau… bukan mudah rupa2nya nak menyumpit ni…

pukul 11:30 pagi akan ada performance dari wakil2 suku kaum masing2 di theatre atau auditorium tertutup yang disediakan… tapi jam baru pukul 11… masih sempat lagi kalau nak lawat 1 lagi rumah… dan kami pun sampai lah ke Rumah Iban… tapi disebabkan masa yang suntuk… kami tak masuk… cuma tengok dari luar je…

dalam perjalanan kami terserempak dengan satu kumpulan pelancong/pelawat yang ada tourist guide sama2 dgn mereka… so kami pun ambil kesempatan dengar cerita2 dari tourist guide tersebut…

antara yang menarik ialah penerangan tentang patung ni…

Patung ni dipercayai oleh kaum Iban untuk menjaga rumah mereka daripada anasir2 jahat

apa yang menarik tentang patung ni ialah ia dipercayai oleh kaum Iban sebagai ‘penjaga’ rumah mereka dari anasir2 yang tidak baik… dulu sebelum mereka ada agama… mereka mempercayai jika ada sesiapa yang berniat tidak baik untuk masuk ke rumah ini maka mereka akan pengsan betul2 di hadapan patung ini dan kaum Iban akan terus pancung / sembelih sesiapa sahaja yang mereka jumpa jatuh di tempat berdekatan patung ini… cukup mengerikan…

Okay… jam dah pukul 11 lebih… kami pun teruskan perjalanan ke auditorium… nak tengok live performance cultural show…. rumah lain2 boleh tengok lepas cultural show…

(bersambung…)

Comments No Comments »

Pada 15hb, Jumaat lepas, saya bersama isteri serta papa dan mummy… tak lupa si kecil Solehin telah berpeluang bercuti ke Kuching, Sarawak…

Pegi sana sebab dapat voucher percutian dari Cintai Holliday Malaysia…  dan combine dgn tiket government wife… so kitorang merge dua tiket ni dapat tukar jadi apartment…

Kami bertolak 15hb ari tu jam 11 pagi flight ke Kuching dari KLIA (Kuala Lumpur International Airport) naik Malaysia Airline (MAS)…

terima kasih kat Abg Radhi dan Kak Ti sebab tolong hantar kami ke airport

Abg Radhi, Kak Ti hantar ke airport

Check In Sebelum Bertolak ke Kuching

Solehin tunggu flight ke Kuching, Sarawak

Bila lah... aku boleh naiki belon ni? Tak sabar dah nak ke Kuching, Sarawak ni...

Errr... apa kapalterbang ni buat dalam cermin ni?

Kami sampai airport Kuching, Sarawak dalam lebih kurang jam 1 macam tu…

Wahhh! Airplane... Airplane...

Go Papa! Go Papa!

Alhamdulillah… sampai jugak kami ke Merdeka Palace… hotel yang akan kami tinggal selama 4 hari 3 malam selama kami di Kuching, Sarawak ni… hotel ni berkonsepkan ekslusif sesuai dengan namanya Merdeka Palace… taraf 4 bintang… Alhamdulillah… merasa jugak lah duduk hotel mahal macam ni sebab guna voucher… kalau nak belanja sendiri… 4 hari 3 malam pulak tu… ntah bila lah agaknya berpeluang macam ni… syukur Alhamdulillah…

Malam tu… saya sempat call Pian Razak (GlobalTent ialah ID dia dalam forum CariGold) dia ni jugak salah seorang admin/mod dalam forum CariGold… sempat jugak lah mengeteh dgn dia kat salah sebuah hotel di Kuching, Sarawak ni… dan sempat lah jugak dia bawak jalan2… tengok kedai butik mak dia (Anggun)… kedai kek lapis kawan dia (katanya kawan dia ni mmg betul2 buat kek lapis ni secara komersial sampai berjaya mendapatkan sijil halal… dan kek lapisnya juga menggunakan bahan2 yang bersih lagi halal… bukan sembarangan… boleh dikatakan serba serbi terjaga… so harganya pun… faham2 je lah…)… GlobalTent juga sempat tunjuk Satok… Satok ni ialah pasar awam dan tempat famous utk sesape yang minat dgn ikan terubok… aku tak berapa minat sangat… so just lalu dan tengok tempat je lah… lagi pun dah lewat malam dan takde org niaga pun… dan sebelum balik… on the way nak beli makanan ringan semasa kat hotel nanti… GlobalTent sempat jugak tunjukkan TopSpot… TopSpot ni terkenal dgn sea food dia… Insya Allah ada kesempatan mmg nak kami bercadang nak pegi…

Blog Widget by LinkWithin

Comments No Comments »

Ping blog