Catatan Visi Sufi...

| Visi-Sufi.Com | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Iklan Kerja Kosong |

Posts Tagged “kesihatan”

Rassulullah SAW pernah bersabda :

” Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)” Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ….tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah,

Berusaha dan bertawakal.. …insyallah ,

- Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya…..tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita…..Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : ‘YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. …” (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal : “YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah…….

Tags: , , , , , , , , , ,

Comments No Comments »

Ikuti Temubual Esklusif “live” bersama Adnan Abdul Wahab CEO MAGNETIC AURA petang nanti… di radio BERNAMA24 frekuensi 93.9fm di LEMBAH KLANG .

Juga temubual bersama Penghulu Aziz (stokis negeri melaka) dan En Syam ( Leader Kuala Lumpur).

Topik: Peluang menjana pendapatan dan meningkatkan kesihatan tanpa ubat serta membongkar rahsia aura.

Tarikh : 26hb Oct 2009
Hari:Isnin
Masa : Antara 2.15pm – hingga 2.30pm (PETANG NI)
Tempoh : 40minit
Wawancara Ulangan : 2.15 pagi

Untuk yang tidak dapat mendengar Radio24 di frekuensi 93.9fm boleh dengar secara online melalui www.radio24.com.my

Sementara tu boleh saksikan sendiri video keajaiban dan kehebatan Magnetic Aura di YouTube:
http://www.youtube.com/view_play_list?p=D8755A4384175EF6

Tags: , , , , , , , , , , ,

Comments No Comments »

Artikel ini di’copy n paste’ dari blog salah seorang pengamal ilmu Reiki:

Salam kepada semua pembaca budiman.. Saya sering menerima pertanyaan melalui emel dan sms tentang soalan “Apakah mempelajari Reiki ini syirik? Adakah ilmu Reiki ini mengundang/menggunakan/menyeru jin?”

Jadi saya sertakan emel yang telah dijawab di sini. Moga permasalahan ini terjawab. Jika masih ada yang ragu-ragu tentang Reiki, terserah kepada anda. Tiada paksaan dalam mempelajari Reiki. :-)

Sahabat dan pembaca sekelian, ketahuilah bahawa jika kita berlindung kepada Allah SWT, maka apapun yang ada di bumi dan di langit ini serta seisinya tidak ada yang mampu beri mudharat kepada kita. Reiki, Prana, Kundalini dan sebagainya adalah suatu konsep keilmuan yang menggunakan transformasi dua energi, iaitu energi manusia dan energi alam semesta. Ia bersifat universal, walaupun pada awalnya diciptakan oleh non-muslim. Setiap keilmuan mempunyai ‘namanya’ tersendiri. Janganlah kita menduga-duga sesuatu yang tidak kita ketahui kebenaran sejatinya, kerana Yang Maha Mengetahui itu hanya Allah SWT.

Mengenai reiki yang dikatakan berasal dari jin, kepada para pengamal reiki cuba anda ingat semasa penyelarasan/attunement. Apakah terdapat bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami? Apakah ada menyeru nama-nama tertentu yang terasa sangat asing? Apakah menggunakan azimat? Apakah ada penyediaan pulut kuning, kemenyan, ayam panggang? Atau, apakah ada afirmasi seperti: “Hei mambang kuning, mambang biru air laut, dengan kuasamu bantulah aku mengubati penyakit orang ini”. (Teringat cerita ‘Pendekar Bujang Lapok’ :-) Jika YA, maka mungkin itu semua berasal dari jin. Namun jika tidak, belum tentu.

Setahu saya, dalam reiki kita dilatih untuk sentiasa tenang dan pasrah kepada Allah SWT. Inilah kunci kejayaan. Mengapa?
Pengamal ilmu reiki menyedari bahawa jika hanya dengan ilmu ini dan dirinya saja, tanpa kepasrahan, tidak akan berhasil. Sebab itu kadangkala ada pengamal reiki yang mudah berhasil dalam merawat dan ada yang tidak. Ilmu yang sama, tetapi pembawaan yang berbeza. Jika anda yakin bahawa energi reiki, diri anda yang menyembuhkan… anda syirik! Anda semua menempah ke neraka. (Mohon dilindungi Allah). Energi reiki yang mengalir dari diri-diri yang mendakwa, bahawa merekalah yang boleh menyembuhkan, maka energi mengalir bersama-sama keegoan dan nafsu serakah semata. Ini merosakkan ‘sifat energi’ reiki itu sendiri yang alami.

ika sesuatu dipasrahkan kepada Allah, pasti selamat setiap diri, tidak akan ada sesuatu yang mengganggu apalagi makhluk yang bernama jin. INGAT, ZIKIR SAJA, KALAU TANPA KEPASRAHAN, NIAT YANG BETUL DAN HANYA MENGHARAPKAN SESUATU, AKAN MENGUNDANG JIN (KHADAM).

Ada yang bertanya lagi: “Kalau ‘pintu tenaga’ (chakra) dah terbuka, tak ke senang jin syaitan masuk”? Saya menjawab: Kalau anda izinkannya masuk, maka ia akan masuk. Sama seperti nafas. Anda selalu bernafas, adakah setiap kali nafas yang masuk itu jin pun tumpang masuk sekali? :-) Sudah tentu tidak MELAINKAN anda bernafas dengan teknik pernafasan tertentu yang
disertai dengan amalan-amalan karut seperti mentera puja-memuja. Atau anda menarik nafas dengan niat menarik jin-jin tertentu untuk tujuan kebal, menurun, jadi hebat dsb.

Semua sedia maklum, Allah telah menundukkan kepada manusia langit dan bumi. Selain itu, manusia merupakan makhluk yang diciptakan secara sempurna. Tubuh manusia (jasmani) sangat unik, apalagi jika berbicara tentang minda, emosi dan roh, pasti semakin rumit

lagi. Jika reiki benar-benar dari jin, rasanya tidak perlu berdoa sebelum mengalirkan reiki apatah lagi membaca ayat-ayat Al-qur’an, kerana dapat dipastikan jin-jin atau syaitan akan lari dan terbakar atau berasa panas!

Jika anda mengharapkan ketenangan dengan mengamalkan reiki, maka anda TIDAK akan mendapatkannya, kerana ketenangan hanya terlahir dari kepasrahan kepada Allah (dzikrullah).

Teknik Reiki diciptakan oleh manusia, sebagai suatu ilmu pengetahuan (pengkajian tubuh dan alam semesta). Jadi usah menuduh dulu reiki itu dari jin. Dalam latihan reiki, jika disertakan doa, kepasrahan dan zikir kepada Allah, maka selamatlah kita.

Kerana ilmu reiki ini hanyalah sebagai ilmu pengetahuan seperti juga ilmu biologi, quantum fizik, akupuntur, kimia, reflexology dll. Seorang ‘internet marketer’ membicarakan tentang teknik SEO, viral marketing, backlink, forum, blog, clickbank dsb kepada seorang pakar Engineer… apa akan terjadi? Tak ke pening. :-) Begitu juga sebaliknya. Antara yang terkeluar dari fikiran “Ye ke, betul ke? Macamana boleh macam tu?

Dan mengenai syirik. Saya hanya boleh katakan:
“Janganlah sesuka hati menuduh seseorang itu telah syirik. Sebab? Menuduh syirik itu bukan perkara mudah, walaupun pada praktiknya dapat mudah terlihat (seperti reiki, tenaga dalam, dll) namun tidak semudah itu. Syirik itu berada dalam hati. Dan ianya bukan terikat pada sesuatu amalan/perbuatan saja. Malah lebih luas. Hanya meneguk segelas air juga mungkin jadi syirik. Fikirkan! :-)

Kalau segala perbuatan dikembalikan kepada yang HAQ, selamat dunia akhirat. :-)

Fikirkan yang ini! Saat ilmu hipnosis pertama kalinya muncul, sesetengah pihak ‘menghukum’ hipnosis itu dari syaitan, sihir dan syirik. Sekarang, ilmu ini telah diguna pakai oleh dunia kedoktoran dan ilmu psikologis, dan telah dinyatakan sangat ilmiah dan rasional.

Mudah-mudahan dapat dijadikan sebagai bahan renungan : “Bahawa janganlah mengatakan sesuatu yang belum diketahui pasti akan kebenarannya”.

Hanya yang ‘ahli’ memahaminya.

Wassalam. :-)

Belajar Reiki itu Syirik?

perkara tersebut telah pun dikemukakan ke pejabat kryptonworks…
Tags: , , ,

Comments 2 Comments »

Solat TAHAJUDTAHAJUD (SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam.

Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini. Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithinTags: , ,

Comments No Comments »

Ping blog