Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Posts Tagged “Kelantan”

Sebelum ni saya bagitau dalam post saya ‘Peluang Affiliate Menjadi Agent Broadband (Streamyx, Celcom, P1 Wimax)‘ yang kita berpeluang menjadi agent broadband TANPA MODAL dan kita boleh promote Streamyx, Celcom Broadband dan P1 Wimax dan masa tu Celcom Broadband belum boleh buat…

Sekarang Micropurple dah siapkan platform untuk kita daftarkan Celcom Broadband dan kita boleh lah mengambil kesempatan ni untuk daftarkan sesiapa yang berminat nak dapatkan Celcom Broadband dan Streamyx Broadband…

Borang Pendaftaran Celcom Broadband @Micropurple

Borang Pendaftaran Celcom Broadband @Micropurple - Klik untuk besarkan imej

so yang tinggal belum aktif sekarang ni ialah P1 Wimax…

jadi kepada anda yang belum join sebagai agent broadband boleh lah register sekarang di http://www.micropurple.com/online/business/join_us.asp?no=WMP11865

untuk berbincang lebih lanjut sila hubungi 0173367678 atau 0193355399 atau chatting secara online menggunakan Yahoo Messenger (YM) ID: visisufi


Send IM

Comments No Comments »

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan di blog ‘Catatan Visi Sufi…’

Beberapa hari yang lepas saya ada menyatakan perancangan saya nak turun Kelantan dan memberi tunjuk ajar kepada sesiapa yang berminat untuk belajar lebih lanjut berkenaan affiliate broadband Micropurple ni…

Setelah mengambil kira beberapa faktor dan masalah yang tidak dapat dielakkan… nampaknya saya terpaksa menangguh dulu plan saya nak ke Kota Bahru, Kelantan hujung bulan sempena Tahun Baru Cina ni…

Mohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul akibat perubahan perancangan yang tidak diduga ini…

Walau bagaimana pun saya masih sedia untuk memberi latihan kepada sesiapa yang berminat menjadi agent broadband Micropurple di bawah group Visi Sufi Enterprise secara online atau boleh datang ke Bandar Baru Bangi pada bila-bila masa yang sesuai.

Untuk belajar secara online sila gunakan Yahoo Messenger (YM) dan tambah ID YM saya – visisufi


Send IM

Harap maklum.

Comments No Comments »

“At 9pm tonight, I will be addressing the people of Kelantan at the Stadium Sultan Muhamad Ke IV, on the oil royalties that are their sovereign right.” - Tengku Razaleigh Hamzah writing on his blog at http://razaleigh.com/2010/01/28/

Begitu lah kata-kata pendahuluan Tengku Razaleigh Hamzah dalam posting blog beliau sebelum beliau ‘turun padang’ bersama rakyat Kelantan memperjuangkan hak rakyat Kelantan…

Dalam pemerhatian saya, Tengku Razaleigh Hamzah amat dihormati oleh hampir rata-rata seluruh rakyat baik di Malaysia amnya dan di Kelantan sendiri di mana beliau menjadi salah seorang pemimpin di sana (Gua Musang). Beliau dihormati bukan sahaja oleh rakan-rakan beliau di dalam UMNO dan Barisan Nasional malah juga di pihak lawan (PAS dan Pakatan Rakyat). Untuk pengetahuan, Tengku Razaleigh juga adalah pengasas kepada Petronas, syarikat yang telah memproses minyak keluar dari bumi Kelantan tapi kemudian kerajaan pusat Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO mengharamkan pula Petronas membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.

Di dalam blog http://razaleigh.com/2010/01/28/ Tengku Razaleigh Hamzah telah mendedahkan surat yang dipanggil sebagai ‘SURATCARA – PEMBERIAN HAK-HAK KUASA-KUASA – DAN KEBEBASAN-KEBEBASAN BERKENAAN DENGAN PETROLIAM KEPADA PETROLIAM NASIONAL BERHAD – PETRONAS – OLEH KERAJAAN NEGERI KELANTAN’

Page 1 Suratcara in English (Klik untuk besarkan imej...)

Page 2 Suratcara in English (Klik untuk besarkan imej...)

Muka 1 Suratcara dalam bahasa (Klik untuk besarkan imej...)

Muka 2 Suratcara dalam bahasa (Klik untuk besarkan imej...)

Sebelum ini Tengku Razaleigh Hamzah pernah mengeluarkan kenyataan…

Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri.  Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia.  Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui  dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj. Mohamed bin Nasir, selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975.

Kenyataan ini telah dinyatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 30hb Julai, 2009 apabila membalas surat dari Menteri Besar Kelantan – Y.A.B.  Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang mewakili kerajaan Negeri Kelantan yang disampaikan melalui Y.B. Dato’ Hj. Husam  Musa pada hari Jumaat, 17 Julai, 2009. Kenyataan penuh boleh di baca di blog Tengku Razaleigh Hamzah di http://razaleigh.com/2009/07/31/letter-to-mb-of-kelantan-on-oil-royalties/

dan pada 28 November 2009 pula Tengku Razaleigh Hamzah telah mengeluarkan kenyataan seperti di bawah di blog beliau – http://razaleigh.com/2009/11/28/oil-payments/

That agreement is made out in language simple enough for a schoolboy to understand, in both Bahasa Malaysia and English.

I helped craft and negotiate the Petroleum Development Act. As Chairman of Petronas, I signed separate and identical agreements in respect of these payments with each of the Mentris Besar of the States. I must insist that PETRONAS is bound by them and that the Federal government should not interfere in their fulfillment.

Tengku Razaleigh Hamzah

Member of Parliament, Gua Musang

Untuk sesiapa yang terlepas siaran langsung Pidato Royalti Minyak di Kota Baru, Kelantan sama ada di HarakahDaily.Net – http://www.harakahdaily.net atau di Astro Awani baru2 ini boleh lah tonton sebahagian ucapan Ku Li di bawah..

Sebenarnya bila baca semua fakta dan kenyataan-kenyataan dari founder Petronas ini sendiri membuatkan saya terfikir di mana kah sebenarnya maruah kerajaan Malaysia yang sepatutnya telus, ikhlas dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat.

Fakta-fakta di atas telah dengan jelas menyokong hak rakyat Kelantan untuk mendapat royalti dan BUKAN wang ehsan dari Petronas

Apakah kerajaan pusat sudah melupakan hak dan jasa kerajaan negeri Kelantan yang selama ini membantu memartabatkan ekonomi Malaysia?

Fikir-fikirkan…

Blog Widget by LinkWithin

Comments No Comments »

Ping blog