Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Posts Tagged “Kelantan”

Membangun Bersama Islam

Begini lah sekiranya politik berasaskan Islam

Bukan mempolitikkan Islam seperti banyak yang dilakukan oleh kebanyakkan pemimpin di Malaysia….

Persembahan Pentomen

Semoga lebih ramai pemimpin yang mempunyai roh dan semangat perjuangan Islam seperti Tuan Guru Nik Aziz…

Insya Allah sekiranya ramai pemimpin yang macam ni, bukan setakat Islam yang akan dimartabatkan malah yang bukan Islam juga akan hidup sejahtera, aman dan tenteram begitu juga dengan seluruh penduduk dunia… Insya Allah… Aminnn….

Comments No Comments »

Tahniah Warga FELDA! Teruskan perjuangan memartabatkan ketuanan rakyat!

Ini menunjukkan kita rakyat boleh berdiri sendiri kalau kita sama2 sepakat untuk memperjuangkan hak kita sebagai rakyat!

Teruskan Perjuangan!



Mahkamah Persekutuan arah Felda bayar RM11 juta kepada peneroka – Harakahdaily

PUTRAJAYA, 26 Ogos: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan mahkamah sebelum ini yang mengarahkan Felda membayar pampasan lebih RM11 juta kepada 354 peneroka sebuah rancangan Felda di Kelantan.

Keputusan ini dipercayai akan membuka ruang kepada lebih tindakan saman terhadap Felda dalam isu manipulasi pengredan kelapa sawit oleh Felda terhadap penerokanya.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Panel hakim selain Alauddin adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya.

Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkan Felda membayar RM7.8 juta bersama faedah kepada peneroka-peneroka itu setelah peguam agensi itu gagal hadir di mahkamah semasa saman itu didengar.

Selepas mendengar keterangan saksi-saksi mereka, mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka.

(Gambar: Para peneroka Felda bersama peguam mereka di perkarangan Mahkamah Persekutuan hari ini…gambar Malaysiakini)


Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada RM11 juta bersama faedah terkumpul. Setiap peneroka dianggarkan akan menerima RM30,000 sebagai ganti rugi.

Mereka menyaman Felda bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu telah memberikan nilai yang rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga menyebabkan kerugian kepada mereka.

Mereka menamakan Felda, pengurus Felda Kemahang 3 Ibrahim Ismail (yang telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan. Seramai 100 peneroka hadir di mahkamah hari ini.

Mereka diwakili sepasukan peguam diketuai Wan Rohimi Wan Daud manakala Felda diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Tahniah dari PAS

Sementara itu, PAS merakamkan ucapan tahniah kepada 354 peneroka Felda Kemahang 1 yang berjuang bagi menegakkan hak dan keadilan lebih sepuluh tahun.

Kesabaran menanti keputusan mahkamah membuahkan hasil bilamana mahkamah memutuskan Felda membayar sebanyak RM11 juta sebagai gantirugi kerana menipu gred kelapa sawit mereka.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

“Dengan keputusan hari ini bermakna apa yang didakwa oleh persatuan ANAK adalah tepat dan ia akan membuka mata pihak berkenaan agar membayar kepada seluruh peneroka gred perahan yang sebenar,” kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

PAS, kata Tuan Ibrahim,  menyelar kenyataan dari Pengerusi Felda Datuk Dr Yusuf Nor baru-baru ini bahawa parti pembangkang memasuki Felda untuk memecahbelahkan peneroka felda.

“Kami hanya inginkan keadilan kepada peneroka Felda yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Tidak timbul soal memecahbelah felda; kerana sebahagian penyokong dan ahli PR adalah peneroka dan generasi kedua Felda,” kata beliau.

Katanya lagi, mereka menuntut keadilan agare diberi ke atas mereka, dan kerajaan seharusnya tidak mengula-gulakan mereka dengan memberi duit raya sedangkan di waktu yang sama merampas hak gred  perahan sawit jauh lebih besar dari apa yang diberi sebagai saguhati tersebut.

“Bagi PAS Felda mesti berterus terang dalam segala urusan dengan peneroka, bukan hanya mengenakan pelbagai potongan dalam keadaan peneroka dipaksa menerima harga dan kos yang ditentukan oleh felda.

“Kos seperti baja, meracun, jalan ladang, loding dan sebagainya sehingga hutang peneroka Felda mencecah angka yang tidak munasabah; namun oleh kerana mereka terikat dengan perjanjian yang tidak adil menyebabkan hasil mereka terus dipotong oleh Felda,” katanya.

Cepatkan geran peneroka

Sehubungan itu, PAS juga, katanya, mengesa pihak Felda menyegerakan geran hak milik kepada semua peneroka yang telah selesai melunaskan bayaran kembali, bahkan ada di antara peneroka telah melunaskan hutang lebih dari 5 tahun, namun masih belum mendapat geran hak milik lagi.

“Semoga kejayaan hari ini membuktikan bahawa PAS dan PR benar-benar berjuang demi membela nasib peneroka Felda yang telah ditindas bertahun-tahun lama oleh sistem yang tidak adil kepada mereka,” katanya.

Sumber:http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28355:mahkamah-persekutuan-arah-felda-bayar-rm11-juta-kepada-peneroka&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124


Pakcik Kayo! Hehehe bestnya orang Felda beraya tahun ni…

Comments No Comments »

Amy Search dan Ustaz Asri - Mentari Merah Di Ufuk Timur

Amy Search dan Ustaz Asri - Mentari Merah Di Ufuk Timur

Video di atas adalah nyanyian berduet antara Amy Search dan Ustaz Asri (aruah)

Terharu sehingga tak sedar menitis air mata bila dengar dan menghayati lagu dan persembahan dari Amy dan Ustaz Asri ni lebih2 lagi bila terkenangkan jasa-jasa Allahyarham Ustaz Asri berdakwah melalui hiburan Islam (nasyid)…

Video yang kat bawah ni pulak ialah semasa Amy Search buat persembahan sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan 2009

Tuan Guru Nik Aziz juga terharu sehingga menitis air mata kegembiraan melihatkan artis rockers seperti Amy Search juga menyokong perjuangan PAS.

Korang boleh dengar Amy bagitau ‘Ini parti saya’ semasa di awal video menunjukkan Amy Search menyokong sepenuhnya parti PAS.

So rockers semua… apa lagi? Undi lah PAS!


Lirik

Mentari Merah Di Ufuk Timur

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari

Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti

Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali

Bagai yang telah dijanjikan Illahi

Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu

Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan

Engkau telah pergi
Tapi masih ada…

Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal…

Aku….

Mentari Merah Di Ufuk Timur

Ada yang tertinggal

Setelah terbenam Mentari

Ada yang tertinggal

Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan

Kau mesti pergi

Kau mesti

Alam telah menyakinkan

Kau mesti kembali

Bagai yang telah dijanjikan Illahi

Ada yang tertinggal

Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya

Cintaku dengan cahaya mu

Kekal selamanya

Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu

Tenggelam dalam tangisan

Engkau telah pergi

Tapi masih ada…

Yang kau tinggalkan dalam kalbuku

Yang tinggal…

Aku….

Comments No Comments »

Semalam pagi selamat sampai ke Kota Baru, Kelantan dalam jam 10 macam tu…

Sebelum tu kitorang lepak kat rumah kakak ipar di Kuala Lipis… sampai Lipis dalam jam 6 petang gitu… malam wife yg tgh pregnant ngadu sakit belakang… so hajat nak teruskan perjalanan ke KB malam tu jugak terpaksa ditunda… kitorang bertolak dari Lipis dalam jam 5 pagi macam tu…

Sampai di KB, terus mintak wife hantar ke tempat ceramah/tazkirah pagi yang memang selalu diadakan di Medan Ilmu Kota Baru setiap Jumaat pagi… hajat dihati nak jumpa Tok Guru dengar dia bagi tazkirah tapi rupa2nya beliau tak sihat… tanya pegawai beliau… katanya dalam 3 hari ni Tok Guru uzur… mungkin kebelakangan ni terlalu banyak aktiviti…

Comments No Comments »

Assalamualaikum rakan-rakan Visi Sufi….

Insya Allah petang ni saya akan bertolak ke Kota Baru, Kelantan…

Esok pagi kalau berkesempatan ingat nak gi tengok Tuan Guru Nik Aziz bagi tazkirah pagi kat tengah-tengah Bandaraya Islam di Kota Baru, Kelantan.

So kalau ada sesiapa yang berminat nak jumpa borak-borak atau nak belajar-belajar tentang peluang affiliate broadband (Streamyx, Celcom Broadband dan P1 Wimax)
- http://www.micropurple.com/online/business/join_us.asp?no=WMP13482

Korang contact 0173367678 / 0193355399 nanti… Insya Allah ada kesempatan kita jumpa…

Blog Widget by LinkWithin

Comments No Comments »

Ping blog