Posted by Visi Sufi in In Person, tags: Abg Radhi, Cintai Holliday, hotel, Kak Ti, KLIA, Kuala Lumpur International Airport, Kuching, Malaysia Airline System, MAS, Merdeka Palace, Saiful Solehin, Sarawak, solehin
Pada 15hb, Jumaat lepas, saya bersama isteri serta papa dan mummy… tak lupa si kecil Solehin telah berpeluang bercuti ke Kuching, Sarawak…
Pegi sana sebab dapat voucher percutian dari Cintai Holliday Malaysia… dan combine dgn tiket government wife… so kitorang merge dua tiket ni dapat tukar jadi apartment…
Kami bertolak 15hb ari tu jam 11 pagi flight ke Kuching dari KLIA (Kuala Lumpur International Airport) naik Malaysia Airline (MAS)…
terima kasih kat Abg Radhi dan Kak Ti sebab tolong hantar kami ke airport
Check In Sebelum Bertolak ke Kuching

Bila lah... aku boleh naiki belon ni? Tak sabar dah nak ke Kuching, Sarawak ni...

Errr... apa kapalterbang ni buat dalam cermin ni?
Kami sampai airport Kuching, Sarawak dalam lebih kurang jam 1 macam tu…

Wahhh! Airplane... Airplane...

Go Papa! Go Papa!
Alhamdulillah… sampai jugak kami ke Merdeka Palace… hotel yang akan kami tinggal selama 4 hari 3 malam selama kami di Kuching, Sarawak ni… hotel ni berkonsepkan ekslusif sesuai dengan namanya Merdeka Palace… taraf 4 bintang… Alhamdulillah… merasa jugak lah duduk hotel mahal macam ni sebab guna voucher… kalau nak belanja sendiri… 4 hari 3 malam pulak tu… ntah bila lah agaknya berpeluang macam ni… syukur Alhamdulillah…
Malam tu… saya sempat call Pian Razak (GlobalTent ialah ID dia dalam forum CariGold) dia ni jugak salah seorang admin/mod dalam forum CariGold… sempat jugak lah mengeteh dgn dia kat salah sebuah hotel di Kuching, Sarawak ni… dan sempat lah jugak dia bawak jalan2… tengok kedai butik mak dia (Anggun)… kedai kek lapis kawan dia (katanya kawan dia ni mmg betul2 buat kek lapis ni secara komersial sampai berjaya mendapatkan sijil halal… dan kek lapisnya juga menggunakan bahan2 yang bersih lagi halal… bukan sembarangan… boleh dikatakan serba serbi terjaga… so harganya pun… faham2 je lah…)… GlobalTent juga sempat tunjuk Satok… Satok ni ialah pasar awam dan tempat famous utk sesape yang minat dgn ikan terubok… aku tak berapa minat sangat… so just lalu dan tengok tempat je lah… lagi pun dah lewat malam dan takde org niaga pun… dan sebelum balik… on the way nak beli makanan ringan semasa kat hotel nanti… GlobalTent sempat jugak tunjukkan TopSpot… TopSpot ni terkenal dgn sea food dia… Insya Allah ada kesempatan mmg nak kami bercadang nak pegi…
No Comments »
Tahun ni giliran beraya bersama keluarga wife di Melawati…
Sebenarnya kedua mertua dari Kota Bahru, Kelantan… tapi disebabkan anak-anak mertua semua di KL so kami semua berhari raya di KL jugak lah…. biasanya kami ramai-ramai berkumpul di rumah Kak Nimma… 1 Syawal 1430 tahun 2009 ni jatuh pada semalam – Ahad bersamaan 20 September 2009…
Hari Sabtu tu lagi sebenarnya kami ramai-ramai lagi termasuk keluarga Kak Mimmi dan Abe dah berkumpul di rumah Kak Nimma… (yang paling sulong)… Kak Ti je yang takde… sementara aku pulak sempat lagi buka gerai jual minyak wangi di kawasan Pasar Keramat selepas sahaja solat Isya’ di masjid Mu’adz Bin Jabar, Setiawangsa…
Sebenarnya itu adalah 1st time aku berniaga di kawasan yang ramai orang di kawasan yang antara popular di Bandaraya KL ni… aku tengok yang datang melawat Pasar Keramat malam tu memang ramai… peniaga-peniaganya pulak kelihatan agak agresif mempromosikan barangan masing2… ramai yang jual mercun dan bunga api… tak kurang jugak yang menjual pakaian… sebenarnya aku berani tak berani jugak nak jual minyak wangi malam tu… maklumlah tak biasa… kena hati2 jugak takut kawasan tu ada yang ‘menjaga’… nasib baik lah ada Kak Puteri… Kak Puteri telah bermurah hati memberikan sedikit ruang niaganya kepada aku… dapat jugak lah aku jual 5 botol malam tu… tu pun sebenarnya ada sorang yang aku kira sebagai ‘otai’ kawasan tu yang bertanya macam mana aku boleh berniaga kat situ malam tu… so aku bagitau dia Kak Puteri yang bagi tempat… memang sebelum tu pun Kak Puteri ada pesan kat aku… Kak Puteri pesan kalau ada sesape yang bertanya nanti bagitau Kak Puteri yang bagi tempat… Alhamdulillah malam tu takde apa2 yang diingini berlaku… aku masih ingat pesan orang tua-tua supaya kita menghormati dan bertimbang rasa ketika kita berdagang di tempat orang… maklum lah… adat orang berdagang dan merantau… apa2 pun malam tu aku berniaga tak lama… hanya sampai jam 11 malam sahaja… ikutkan hati kalau boleh aku nak cuba berniaga selama yang aku larat tapi disebabkan aku menumpang rumah orang so aku pun tutup awal…
Malam tu kami semua tido awal sebab esoknya nak bangun awal untuk solat sunat Aidilfitri…u Akhbar
Allah Hu Akhbar… Allah Hu Akhbar… Allah Hu Akhbar… Walillah Ilham…
Pagi tu kami ramai-ramai solat sunat Aidilfitri di masjid yang berdekatan dengan rumah Kak Nimma ni… ramai jugak yang solat di situ… Bangla dan Indon lebih ramai dari melayu… sampai aku terfikir tempat ni macam tempat Indon dan Bangla pulak kadang2 tu… apa2 pun kita semua umat Muhammad yang beragama Islam adalah bersaudara… so tak kisah lah… melayu ke… India ke… Cina ke… Bangla ke… Indon ke… yang penting kita semua dapat hidup sama-sama bersaudara… Alhamdulillah…
Balik dari solat sunat kami bergambar beramai-ramai di rumah…
No Comments »