Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Posts Tagged “jengka anggerik”

Masuk majlis perkahwinan anak Achik hari ke-2…

Pagi tu sebelum bertolak ke rumah Achik kami sempat lagi bergambar di persekitaran hotel…

Sampai di rumah Achik dalam pukul 10 lebih macam tu… kami tengok jiran2 Achik dah mula bertungkus lumus mempersiapkan majlis… ramai yang tolong buat keje secara gotong royong… tak perlu pakai catering… ini lah salah satu kelebihan dan kebaikan buat majlis di tempat yang masih mengamalkan suasana pemuafakatan dan gotong-royong ni…

Dalam jam 2 macam tu pengantin pun sampai… suasana cukup meriah!

antara gambar sedare mare yang sempat diambil gambar…

Kak Mashita dan suami yang jarang2 sekali dapat jumpa pun ada…

sambil2 tu kami layan live band…

petang hujan… tapi nasib baik tetamu2 semua ramai yang dah makan dan majlis pun dah agak slow sebab ramai yang dah datang masa tengahari tadi…

so disebabkan dah ramai org… aku pun gatal2 lah pulak nak mencuba nyanyi secara live… maklum lah… biasa nyanyi kat rumah guna karaoke je… tak pernah lagi nyanyi live… so bila ada peluang macam ni nak jugak cuba…. in fact this is my 1st time cuba menyanyi secara live (ni nasib baik menyanyi kat rumah sedare sendiri dan tak ramai org sebab tetamu2 semua dah balik… kalau kat tempat lain jangan harap nak cuba… hehehe)

sementara tu kami terhibur jugak tengok gelagat anak kami – solehin…

majlis diakhiri dengan nyanyian dari tuan rumah sendiri – Uncle Mat

Selesai majlis perkahwinan rumah Achik

Comments No Comments »

2 hari lepas saya telah menghadiri majlis perkahwinan anak Achik di Jengka Anggerik, Jengka, Pahang…

Anak Achik ni namanya Ina… kahwin dengan suaminya nama Rahim buat di Jengka ni jugak…

Majlisnya agak besar-besaran jugak… rasanya kalau nak buat comparison majlis kahwin anak-anak felda kat situ memang majlis ni agak besar lah jugak…

Kami bertolak dari Bandar Baru Bangi pada awal pagi Jumaat 25hb tempoh hari… sebenarnya kalau ikut plan kena keluar dalam pukul 7 lebih dan berkumpul ramai-ramai di toll Gombak dalam pukul 8 lebih untuk bersarapan dan ramai2 berkonvoi ke Jengka… tapi plan dah lari… last2 pukul 9 jugak baru selesai berkemas dan bertolak dari rumah… jadi tak sempat nak ikut konvoi…

Kami sampai di Jengka dalam pukul 12 lebih… masa tu dah nak masuk solat Jumaat…

macam biasa lah… rumah Achik ni sepuluh kali pegi… 10 kali tak ingat jalan… bukan apa… jalannya berbelit-belit… byk sangat simpang… last2 Am (anak Achik) terpaksa jemput bawa ke rumah…

dipendekkan cerita… lepas sedare-mare semua balik solat… kami terus ke rumah sewa untuk sedare mare menginap… Pakcik Abas sekeluarga…. Pakcik Pilus sekeluarga (kecuali Dik Li) menginap kat rumah ni… (kami tak sewa kat sini sebab tempat agak terhad (sempit) dan terus menuju ke Mercu View Resort…)

petang selepas berehat kami ramai-ramai ke masjid berdekatan untuk upacara pernikahan… Alhamdulillah… upacara berjalan lancar tanpa ada apa2 masalah…

sebelah malamnya pula Achik buat majlis doa selamat disusuli dengan sesi bergambar (pakaian beragam)… majlis merenjis dan ada sedikit bunga api sambil dialuni oleh live band…

dah lewat malam kami pun balik rehatkan badan utk hari esoknya pulak…

Blog Widget by LinkWithin

Comments No Comments »

Ping blog