Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Posts Tagged “Islam”

Apa perasaan anda tatkala pertama kali membaca tajuk di atas…

Betul ke? Masjid mana yang nak diruntuhkan? Kuil mana pulak yang nak didirikan?

Bagaimana jika saya bagitau masjid ini bukan sebarang masjid… tapi masjid peninggalan sejarah semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Masjid ini juga yang terlibat di dalam sejarah solat dan PERNAH MENJADI KIBLAT sebelum Kaabah di Baitul Haram!

Kenapa pulak kena robohkan masjid untuk bina kuil? Ni yang nak cerita ni….

Pada perhimpunan ilmiah tokoh agama dan cendiakawan semua agama di Mesir dilontarkan satu Isu siapa yang antara penganut agama Samawi (Yahudi,Kristian,Islam) layak masuk Syurga. Pertanyaan ini ditanya kepada tokoh agama Yahudi,Kristian dan Islam yang berada di Pentas.

Tokoh agama Yahudi dan Kristian tidak berani menjawab soalan dan menyerahkan jawapannya kepada Ulama Islam yang menjawab dengan mudah bahawa yang layak masuk syurga daripada semua penganut agama ialah Muslim.Kemudian beliau menjelaskan bagi orang Yahudi yang layak masuk syurga ialah sesiapa sahaja yang beriman kepada Nabi Musa A.S dan bagi orang kristian yang layak masuk syurga ialah sesiapa yang beriman kepada Nabi Isa A.s.Tetapi bagi Umat Islam yang layak masuk syurga ialah yang beriman kepada Nabi Muhammad S.A.W dan semua Nabi termasuk Nabi Musa dan Isa.

Firman Allah yang bermaksud:”Kami tidak membezakan antara semua dengan yang lain daripada rasul-rasulnya”(Surah Al-Baqarah,ayat:285)

Petikan artikel ini diambil daripada keratan akhbar Berita Harian pada hari ahad, 1 November 2009 hasil Nukilan En Abdul Rahman Haqqi dalam ruangan Ulul Albab.Artikel ini membincangkan tentang kesucian agama Islam yang perlu dipertahankan dengan melindungi Masjid yang menjadi kiblat pertama Umat Islam iaitu masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis.Pencabulan hak berulang kali dilakukan Zionis sememangnya mencabar maruah Agama Islam

Adakah anda tahu bahawa kota(baitulmaqdis) ini dianggap sebagai kota suci bagi Islam,Kristian dan Yahudi kerana dikatakan ketiga-tiga agama ini mempunyai nilai kudus pada kota berkenaan.

Adakah anda juga tahu mengapa orang Yahudi bermati-matian ingin memusnahkan Masjid Al-Aqsa itu?

Untuk pengetahuan saudara/saudari sekalian,niat sebenar Israel ini bukan lagi satu rahsia yang perlu diteka-teki lagi.Perkara ini sememangnya sudah diketahui oleh masyarakat dunia.Segala tipu muslihat dan helah yang ditonjolkan oleh Zionis untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa sememangnya dilakukan dengan perancangan yang teliti demi membina masa depan buat kaum Yahudi.

Perancangan masa depan yang menjengkelkan itu ialah membina semula The Solomon temple atau dikenali juga sebagai

Haikal Sulaiman

Apakah perancangan masa depan itu?

Di manakah lokasinya?
lokasi kuil itu ialah Masjid Al- Aqsa!!
Jika sebelumnya kaum Zionis ini secara bersembunyi, bahkan berdolak dalih, namun bulan Februari lalu mereka telah menyatakan secara terbuka, ingin menghancurkan Masjid Al-Aqsa.Mereka sudah lama berusaha untuk merobohkan Masjid al-Aqsa kerana keinginan mereka untuk membangun kembali Haikal Sulaiman (The Solomon Temple), di atas reruntuhan Masjid Al-Aqsa. Tetapi mereka masih menyembunyikan matlamat mereka.

Apakah itu Haikal Sulaiman? (King Solomon Temple)

Haikal Sulaiman dipercayai didirikan pada tahun 960 SM oleh Nabi Sulaiman a.s, 370 tahun kemudian bangsa Babylon menaluk Juruseleem dan menghancurkan kuil tersebut. Setelah itu, tentara Parsi yang dipimpin Cyrus menaluki Yerusalem dari tangan Bibilon dan membangun semula Haikal Sulaiman.Tetapi pada tahun 70 M, pasukan Romawi menyerang Jurusalem dan menghancurkan kembali Haikal Sulaiman meratakannya separas tanah.Kurun demi kurun berlalu, namun cita-cita kaum Zionis-Yahudi untuk membangun kembali Haikal Sulaiman terus membara. Kerana bagi mereka Haykkal sulaiman yang termaktub dalam torrah (kitab Taurat) itu adalah pusat dunia dan di situ bakal lahirnya Massiah (pembela) bagi kaum Yahudi. Jadi mereka memerlukan persedian untuk menyambut Massiah.
Rancangan telah lama disusun, ketika gerakan Zionisme Internasional memulakan kongres pertama di Bassel, Swiss, tahun 1897, seorang paderi besar Yahudi, Theodore Hertzl menyerukan agar semua Yahudi dari seluruh dunia kembali semula ke Tanah Palestin yang disebutnya dalam Taurat sebagai sebagai Tanah Perjanjian.Atas pendapat kaum Zionis, bahawa di bawah tanah Masjid Al-Aqsa inilah Haikal Sulaiman berdiri. Sebab itu, mereka berpendapat tidak ada pilihan lain kecuali menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan kemudian membangun kembali Haikal Sulaiman di atasnya.Dalam keyakinan Yahudi yang sesungguhnya telah tersasar dari Taurat yang dibawa oleh Musa A.S., bangsa Yahudi meyakini bahawa di suatu hari nanti seorang Messiah (penyelamat) akan menjadi pembela kaum Yahudi dan memimpin dunia. Inilahlah yang menjadi intipati perjuangan mereka untuk merebut kembali Baitulmaqdis.Mereka percaya, Kuil Sulaiman mesti dibina untuk menyambut kedatangan Messiah yang akan bertakhta di atas singgahsananya. Sedangkan bagi kaum Yahudi yang menolak Zionisme, bagi mereka, Messiah sendirilah yang akan datang dan memimpin pembangunan kembali Haikal Sulaiman yang pada akhirnya diperuntukkan bagi pusat pemerintahan dunia (One World Order).
Bagi Lokasi sebenar Kuil Sulaiman, para sejarawan masih berbeza pendapat. Ramai yakin kuil itu berada diluar kawasan Misjid Al-Aqsa. Tetapi dikalangan orang Yahudi percaya kuil tersebut berada di bawah Masjid Al-Aqsa. Itulah sebabnya mereka mengali terowong dan mencari bukti di bawah masjid.
Penggalian juga sebagai salah satu strategi untuk meruntuhkan masjid itu. Antara usaha merosakkan Masjid Al-Aqsa ialah pada tahun tahun 1969 simana sekelompok Yahudi fanatik membakar Masjid ini. Mereka juga terus melakukan penggalian di bawah tanah Masjidil Aqsa dengan alasan untuk kajian arkeologis.
Belum cukup dengan itu, di dalam terowongan-terowongan yang digali, mereka juga mengalirkan air dalam jumlah besar dengan tujuan menggoyahkan kekuatan tanah di bawah masjid agar asas masjid menjadi tidak stabil.Sekarang, tentara Zionis sudah secara terang-terangan hendak menghancurkan Masjidul Aqsa. Mereka tidak berdalih lagi. Apakah ini merupakan tanda bahwa mereka sudah yakin bahawa sebentar lagi Messiah yang dinanti-nantikan akan segera hadir?
Hari AkhirSelepas berdirinya Kuil Sulaiman, ‘Presiden’ Zionis-Israel akan menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri Itali (Vitican), meminta agar Itali mengembalikan seluruh harta karun dan benda-benda berharga untuk memenuhi kompleks Tahta Suci kepada mereka.Kaum Zionis masih ingat, ketika di tahun 70M, pasukan Romawi menyerbu Yerusalem dan banyak harta karun dari Kuil Sulaiman di curi dan membawanya ke Vatikan.Jika harta karun sudah dikembalikan, maka ada satu syarat lagi menjelang hadirnya Messiah, yakni mereka harus menyembelih serta membakar seekor kambing betina berbulu merah berusia tiga tahun dan belum pernah melahirkan anak. Untuk tujuan ini pun kaum Zionis telah membuat persiapan. Mereka mencipta proses kajian genatik, di tahun 1997, mereka telah mencipta seekor kambing dengan ciri-ciri tersebut.Hanya saja, penyembelihan dan pembakaran sapi merah ini misti dilakukan di atas kaki Bukit Zaitun.Masalahnya, daerah ini sekarang belum dijajah Zionis-Israel seperti wilayah Palestin lainnya. Kaki Bukit Zaitun masih berada di tangan Palastin. Sebab itu, kaum Zionis selalu berusaha menghalau orang Palestin dari wilayah itu.
Memperdaya Orang Kristian untuk mencapai tujuannya, kaum Zionis tidak berusaha sendirian. Mereka juga memperdaya musuh-musuhnya yakni umat Kristian dan kaum Muslimin. Untuk memperdaya umat Kristian, kaum Zionis menyusupkan nilai-nilai Talmud ke dalam Bibel seperti yang terjadi atas Injil Scofield atau Injil Darby.Bahkan Injil versi King James sebagai Injil rasmi Barat pun demikian.
Sebab itu, tidak aneh jika sekarang ini sikap politik umat Kristian seolah-olah membantu kaum Yahudi. Padahal di dalam banyak ayat-ayat Talmud, kaum Yahudi ini begitu benci terhadap Kristian.Keyakinan Injil juga menyebutkan tentang hadirnya The Christ kembali ke muka bumi (Maranatha atau The Second Coming) dalam wujud Tuhan. Kaum Yahudi menyatakan pada Kristian bahawa The Christ tidak akan turun selagi Haykkal tidak didirikan.Kesamaan pandangan inilah yang membuat orang-orang Kristian mendiamkan diri bila kaum Zionis hendak menghancurkan Masjid Al-Aqsa.
Orang-orang Kristian ini telah ditipu dan diracuni Zionis sehingga tidak mampu membangkang dan mereka lupa bahawa salah satu agenda utama Zionis ini adalah juga menghancurkan Takhta Suci Vatikan dan memindahkannya ke Yerusalem.Menurut keyakinan Yahudi, jika Messiah sudah bertahta di atas singgahsana Haikal Sulaiman, maka Messiah itu akan memimpin kaum Yahudi untuk memerangi siapa pun yang tidak mau tunduk pada The New World Order, yakni si Yahudi itu sendiri.

Jadi kesimpulannya disini.,berhati-hatilah penganut agama Islam dan Kristian kerana Yahudi sememangnya kaum yang dilaknat di muka bumi Ini.

Comments No Comments »

Maulidur Rasul: Rendahnya mentaliti Umno
http://misabah.blogspot.com

Apabila Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Pulau Pinang batalkan perarakan sempena Maulidul Rasul saw. tanpa usul periksa Timbalan Perdana Menteri terus buat kenyataan menyanggah kerajaan Pulau Pinang, Pak Lah Badawi yang sudah tidak ada kepentingan politik pun tumpang komen sekali. Yang sangat dikesalkan, Mufti Perak Harussani juga komen sama tanpa tahu hujung pangkal.

Kalau pemimpin UMNO buat kenyataan seumpama itu saya tidak sangat hairan, sebab mereka sentiasa memutarkan isu untuk kepentingan politik mereka, perkara yang tidak wujud pun direka supaya wujud. Tujuannya nak bagi orang Islam dan orang Melayu marah dan sensitif terhadap isu ini. Lim Guan Eng akan dilabel anti Melayu dan anti Islam. Inilah kerja UMNO, mereka porak perandakan Selangor, sebelum tu Perak sampai tumbang, Kedah juga cuba diusiknya, sekarang giliran Pulau Pinang pula. Apa punya UMNO, dengki, jahat, busuh hati, celaka.

Persoalannya buat ke tak buat perarakan, itu hak kerajaan negeri, tak timbul soal batal ke tak batal. Penganjur sambutan Maulidur Rasul ialah Kerajaan Negeri, terpulanglah pada kerajaan nak buat perarakan ataupun tidak sempena sambutan maulid nabi peringkat negeri. Yang penting sambutan diadakan, difahamkan kerajaan negeri menganjurkan selama tiga hari tiga malam. Perak sejak lepas-lepas sehari sahaja iaitu perhimpunan sebelah pagi sahaja, kalau ada malam pun forum atau ceramah.

Di Pulau Pinang, kerajaan PR yang dipimpin DAP boleh anjur sehingga tiga hari tiga malam. Semua dipenuhi dengan program-program islamik yang ada beberapa acara Ketua Menterinya hadir sama. Tahun lepas, Lim Guan Eng turut serta dalam perarakan dan berada di atas pentas. KM BN yang lepas-lepas ada ke turut serta ?

Lain lah kalau sebelum ini, kerajaan tak pernah buat perarakan, kemudian ada permohonan dari Ngo Islam atau UMNO nak berarak sempena sambutan maulid nabi, tetapi permohonan ditolak oleh Kerajaan Negeri, barulah UMNO nak melalak ke, demontrasi ke, atau jajalah merata kampung seluruh negara konon Lim Guang Eng anti Islam dan sebagainya, barulah ada munasabahnya.

Ini, kerajaan Negeri tak katapun nak batal, tiba-tiba Utusan melapor batal, Timbalan PM boleh melalak tak tentu pasal, apa punya mentaliti pemimpin UMNO macam ini. Pak Lah pun serupa je. Perarakan maulid nabi dulu-dulu memang menjadi acara tahunan sambutan maulid nabi, entah tahun bila saya pun tak ingat, perarakan tidak lagi diadakan, ada ke UMNO sensitif dengan pembatalan ini, PAS pun kisah dengan pembatalan perarakan ini.

PAS tak nampak pentingnya perarakan, buat pun tak kisah, tak buat pun tak kisah, pada PAS yang penting penghayatan sunnah junjungan besar Rasulullah saw. Perarakan maulid nabi dibuatnya, tapi aurat tak ditutupnya, hukum hudud ditolaknya, solat berjamaah ditinggalkannya, solatpun tidak kadang tu, dan macam-macam lagi yang mereka tak buat amal Islam pun. Bila perarakan kononnya batal, bukan main marah Muhyiddin, tapi apa usaha beliau untuk menghalang sambutan hari kekasih, orang Melayu ramai terlibat pulak tu.

Mufti Perak, satu-satunya mufti yang disegani kerana tegas terhadap isu-isu umat Islam pun sama rupanya, melatah buat kenyataan tanpa usul periksa. Di Perak, apabila perarakan maulid rasul ditiadakan sejak zaman Ramli Ngah Talib, ada ke UMNO dan mufti Perak buat kenyataan menyanggah kerajaan negeri. Ada ke umat Islam dan orang Melayu terasa tersinggung ketika itu ?

Sejak tulah, perarakan tidak pernah dibuat di Perak, PAS pun tak kisah, sebab itu, bila PR ambil alih, kita pun tak buat perarakan sama. Tetapi sambutannya cukup luar biasa, tak cukup tempat untuk ramai. Yang lepas-lepas, kerusi tak penuh pun. Ini kata pegawai-pegawai kerajaan yang setiap tahun terlibat dengan maulid nabi.

Lim Guan Eng yang dilabel anti Melayu dan Islam oleh UMNO memberi peruntukan yang agak besar untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, zaman BN ini lebih kurang 12 juta setahun, Guan Eng umum 24.3 juta untuk tahun 2010. Kontraktor Bumiputra yang dapat projek dan tender kerajaan adalah 70 % berbanding kontarktor bukan bumi.

Menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola dan suri teladan dalam amalan keadilan di Pulau Pinang. Pemimpin UMNO siapa para sahabat dan ulama yang jadi suri teladan dalam amalan pentadbiran di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka.

Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB Datuk Seri Nizar.

Sumber:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24982:-maulidur-rasul-rendahnya-mentaliti-umno&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136

Comments No Comments »

Mungkin anda sedar perkara ini seperti saya tapi apa yang dapat kita lakukan?

Ramai juga yang tak sedar mengenainya disebabkan kelalaian dan sikap tidak ambil endah terhadap saudara saudara Islam mereka lantaran sibuk memikirkan hal dunia…

Tahukah sekarang ini pihak Yahudi Zionist sedang mendirikan kuil Sulaiman di atas Masjid Al Aqsa yang puak Yahudi gelar sebagai Jurusalem… dan sekarang dah masuk fasa ke-4!

Ye! Memang ini Masjid Al Aqsa yang kita pernah jadikan sebagai kiblat suatu masa dulu dan masjid yang tercatit di dalam sejarah Islam Isra’ Mikraj yang menceritakan tentang solat 5 waktu kita… dan ini lah juga masjid yang sedang dalam kesakitan… kesakitan yang amat pedih… yang amat dahsyat… masjid yang sedang sedih kerana kita tidak mengendahkannya… dan akibatnya….

banyak artikel-artikel dalam internet mahu pun video-video lain di YouTube yang anda boleh saksikan sendiri bagaimana kerja-kerja meruntuhkan masjid Al Aqsa telah dirancang sebegitu rapi sehingga umat-umat Islam di seluruh dunia tidak menyedarinya… atau kalau ada pun yang menyedarinya mereka tidak dapat berbuat apa-apa..

Di manakah iman kita? Di manakah persaudaraan muslim kita? Apakah ini suatu ujian atau pun suatu bala yang Allah sedang turunkan kepada kita?

Fikir-fikirkan…

Comments No Comments »

Artikel ini di’copy n paste’ dari blog salah seorang pengamal ilmu Reiki:

Salam kepada semua pembaca budiman.. Saya sering menerima pertanyaan melalui emel dan sms tentang soalan “Apakah mempelajari Reiki ini syirik? Adakah ilmu Reiki ini mengundang/menggunakan/menyeru jin?”

Jadi saya sertakan emel yang telah dijawab di sini. Moga permasalahan ini terjawab. Jika masih ada yang ragu-ragu tentang Reiki, terserah kepada anda. Tiada paksaan dalam mempelajari Reiki. :-)

Sahabat dan pembaca sekelian, ketahuilah bahawa jika kita berlindung kepada Allah SWT, maka apapun yang ada di bumi dan di langit ini serta seisinya tidak ada yang mampu beri mudharat kepada kita. Reiki, Prana, Kundalini dan sebagainya adalah suatu konsep keilmuan yang menggunakan transformasi dua energi, iaitu energi manusia dan energi alam semesta. Ia bersifat universal, walaupun pada awalnya diciptakan oleh non-muslim. Setiap keilmuan mempunyai ‘namanya’ tersendiri. Janganlah kita menduga-duga sesuatu yang tidak kita ketahui kebenaran sejatinya, kerana Yang Maha Mengetahui itu hanya Allah SWT.

Mengenai reiki yang dikatakan berasal dari jin, kepada para pengamal reiki cuba anda ingat semasa penyelarasan/attunement. Apakah terdapat bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami? Apakah ada menyeru nama-nama tertentu yang terasa sangat asing? Apakah menggunakan azimat? Apakah ada penyediaan pulut kuning, kemenyan, ayam panggang? Atau, apakah ada afirmasi seperti: “Hei mambang kuning, mambang biru air laut, dengan kuasamu bantulah aku mengubati penyakit orang ini”. (Teringat cerita ‘Pendekar Bujang Lapok’ :-) Jika YA, maka mungkin itu semua berasal dari jin. Namun jika tidak, belum tentu.

Setahu saya, dalam reiki kita dilatih untuk sentiasa tenang dan pasrah kepada Allah SWT. Inilah kunci kejayaan. Mengapa?
Pengamal ilmu reiki menyedari bahawa jika hanya dengan ilmu ini dan dirinya saja, tanpa kepasrahan, tidak akan berhasil. Sebab itu kadangkala ada pengamal reiki yang mudah berhasil dalam merawat dan ada yang tidak. Ilmu yang sama, tetapi pembawaan yang berbeza. Jika anda yakin bahawa energi reiki, diri anda yang menyembuhkan… anda syirik! Anda semua menempah ke neraka. (Mohon dilindungi Allah). Energi reiki yang mengalir dari diri-diri yang mendakwa, bahawa merekalah yang boleh menyembuhkan, maka energi mengalir bersama-sama keegoan dan nafsu serakah semata. Ini merosakkan ‘sifat energi’ reiki itu sendiri yang alami.

ika sesuatu dipasrahkan kepada Allah, pasti selamat setiap diri, tidak akan ada sesuatu yang mengganggu apalagi makhluk yang bernama jin. INGAT, ZIKIR SAJA, KALAU TANPA KEPASRAHAN, NIAT YANG BETUL DAN HANYA MENGHARAPKAN SESUATU, AKAN MENGUNDANG JIN (KHADAM).

Ada yang bertanya lagi: “Kalau ‘pintu tenaga’ (chakra) dah terbuka, tak ke senang jin syaitan masuk”? Saya menjawab: Kalau anda izinkannya masuk, maka ia akan masuk. Sama seperti nafas. Anda selalu bernafas, adakah setiap kali nafas yang masuk itu jin pun tumpang masuk sekali? :-) Sudah tentu tidak MELAINKAN anda bernafas dengan teknik pernafasan tertentu yang
disertai dengan amalan-amalan karut seperti mentera puja-memuja. Atau anda menarik nafas dengan niat menarik jin-jin tertentu untuk tujuan kebal, menurun, jadi hebat dsb.

Semua sedia maklum, Allah telah menundukkan kepada manusia langit dan bumi. Selain itu, manusia merupakan makhluk yang diciptakan secara sempurna. Tubuh manusia (jasmani) sangat unik, apalagi jika berbicara tentang minda, emosi dan roh, pasti semakin rumit

lagi. Jika reiki benar-benar dari jin, rasanya tidak perlu berdoa sebelum mengalirkan reiki apatah lagi membaca ayat-ayat Al-qur’an, kerana dapat dipastikan jin-jin atau syaitan akan lari dan terbakar atau berasa panas!

Jika anda mengharapkan ketenangan dengan mengamalkan reiki, maka anda TIDAK akan mendapatkannya, kerana ketenangan hanya terlahir dari kepasrahan kepada Allah (dzikrullah).

Teknik Reiki diciptakan oleh manusia, sebagai suatu ilmu pengetahuan (pengkajian tubuh dan alam semesta). Jadi usah menuduh dulu reiki itu dari jin. Dalam latihan reiki, jika disertakan doa, kepasrahan dan zikir kepada Allah, maka selamatlah kita.

Kerana ilmu reiki ini hanyalah sebagai ilmu pengetahuan seperti juga ilmu biologi, quantum fizik, akupuntur, kimia, reflexology dll. Seorang ‘internet marketer’ membicarakan tentang teknik SEO, viral marketing, backlink, forum, blog, clickbank dsb kepada seorang pakar Engineer… apa akan terjadi? Tak ke pening. :-) Begitu juga sebaliknya. Antara yang terkeluar dari fikiran “Ye ke, betul ke? Macamana boleh macam tu?

Dan mengenai syirik. Saya hanya boleh katakan:
“Janganlah sesuka hati menuduh seseorang itu telah syirik. Sebab? Menuduh syirik itu bukan perkara mudah, walaupun pada praktiknya dapat mudah terlihat (seperti reiki, tenaga dalam, dll) namun tidak semudah itu. Syirik itu berada dalam hati. Dan ianya bukan terikat pada sesuatu amalan/perbuatan saja. Malah lebih luas. Hanya meneguk segelas air juga mungkin jadi syirik. Fikirkan! :-)

Kalau segala perbuatan dikembalikan kepada yang HAQ, selamat dunia akhirat. :-)

Fikirkan yang ini! Saat ilmu hipnosis pertama kalinya muncul, sesetengah pihak ‘menghukum’ hipnosis itu dari syaitan, sihir dan syirik. Sekarang, ilmu ini telah diguna pakai oleh dunia kedoktoran dan ilmu psikologis, dan telah dinyatakan sangat ilmiah dan rasional.

Mudah-mudahan dapat dijadikan sebagai bahan renungan : “Bahawa janganlah mengatakan sesuatu yang belum diketahui pasti akan kebenarannya”.

Hanya yang ‘ahli’ memahaminya.

Wassalam. :-)

Belajar Reiki itu Syirik?

perkara tersebut telah pun dikemukakan ke pejabat kryptonworks…

Comments 2 Comments »

Matahari tepat di atas Kaabah

kaabahtaubat2

Assalamualaikum kepada muslimin dan muslimat di Visi Sufi Enterprise…

Saya dengar di radio IKIM Subuh tadi ada bagitau petang ni matahari akan tegak berada di atas Kaabah dari jam 5:28pm hingga 5:29pm selama 60 saat sahaja.

Bayang-bayang objek akan menunjukkan di mana arah kiblat yang tepat.

Untuk mereka yg tinggal di Malaysia boleh lah mengikut arah bayang objek ni nanti dijadikan panduan sebagai arah kiblat di mana Kaabah berada.

Dengan pergerakan bumi disebabkan gempa bumi, tsunami, gunung berapa dan sebagainya ini menyebabkan pergerakan tanah dan bentuk muka bumi dan juga menyebabkan pergerakan arah kiblat

Blog Widget by LinkWithin

Comments No Comments »

Ping blog