Catatan Visi Sufi...

| Visi-Sufi.Com | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Iklan Kerja Kosong |

Posts Tagged “Islam”

Membangun Bersama Islam

Begini lah sekiranya politik berasaskan Islam

Bukan mempolitikkan Islam seperti banyak yang dilakukan oleh kebanyakkan pemimpin di Malaysia….

Persembahan Pentomen

Semoga lebih ramai pemimpin yang mempunyai roh dan semangat perjuangan Islam seperti Tuan Guru Nik Aziz…

Insya Allah sekiranya ramai pemimpin yang macam ni, bukan setakat Islam yang akan dimartabatkan malah yang bukan Islam juga akan hidup sejahtera, aman dan tenteram begitu juga dengan seluruh penduduk dunia… Insya Allah… Aminnn….

Tags: , , , ,

Comments No Comments »

Syaqiq bin Ibrahim (w 194H), pernah mendawuhkan. Bahwa ada 6 hal yang menyebabkan pintu taufik Allah tertutup.

Pertama; Sibuk dengan nikmat, dan lupa bersyukur.

Kedua; Cinta terhadap ilmu, tetapi tidak mengamalkanya.

Ketiga; Cepat berbuat maksiat, dan lambat bertaubat.

Keempat; Bergaul dengan orang-orang Shaleh, tetapi tidak meneladani mereka.

Kelima; Dunia meninggalkanya, tetapi ia malah mengejar-ngejarnya.

Keenam; Akhirat mendatanginya, tetapi ia malah lari berpaling darinya.

Tags: , , ,

Comments No Comments »

Kaitan Waktu Solat dengan Warna Alam (Aura)

Ditulis oleh Ustaz Zahazan

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan… Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

p/s: sebenarnya selain taichi, reiki juga memahami perkara yang sama…

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments No Comments »

DULU………

Di sini dipaparkan surat resmi yang UMNO keluarkan sebagai pembuktian bahawa UMNO menghalalkan judi.

Surat Rasmi - Bukti UMNO Halal Judi

Surat Rasmi - Bukti UMNO Halal Judi (Klik untuk besarkan imej)

Di atas adalah surat yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar.

Surat Resmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.

Di bawah pula dipaparkan satu keratan Akhbar Utusan Melayu bertarikh 1951, menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM.

Keratan Akhbar Utusan Melayu - Fatwa Judi Amalan UMNO adalah HARAM

Keratan Akhbar Utusan Melayu - Fatwa Judi Amalan UMNO adalah HARAM (Klik untuk besarkan imej)

Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. ini menandakan UMNO adalah parti yang tidak pernah hirau halal atau haram.

Tahukah anda, siapakah TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, mufti Pulau Pinang itu?

Abdullah fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia sebelum iaitu, iaitu Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah Ahmad Badawi hanya di masyhurkan sebagai cucu tok guru, tapi sedikit pun ilmu dari datuknya tidak diambil…

Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.

Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Qur’an.

Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai

KWSP - Duit Titik Peluh Rakyat Untuk Judi UMNO

KWSP - Duit Titik Peluh Rakyat Untuk Judi UMNO

Pengakuan selamba Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Rusma Ibrahim dalam suratnya kepada Persatuan Pengguna Islam (PPIM) pada 2007 pastinya mengecewakan ramai umat Islam dinegara ini. Walaupun surat ini (gambar di atas) sudah lama, namun hingga kini KWSP masih lagi aktif untuk melaburkan dana caruman umat Islam yang kini melebihi RM 1 Billion kepada sektor perjudian dan riba.

Empat cabang pelaburan KWSP yang utama didedahkan iaitu;

1. Pelaburan Sekuriti Kerajaan-Bon dan pinjaman wang kepada projek Kerajaan.
2. Pinjaman Korporat-Pinjaman wang kepada syarikat termasuk GLC
3. Pelaburan Dalam Pasaran Wang-FOREX
4. Pelaburan Ekuiti-Pembelian saham-saham dalam syarikat berpotensi termasuk syarikat judi, arak dan lain-lain. Ini termasuk juga dalam projek bailout syarikat kroni BN yang nak bankrap.

Pelaburan pelbagai yang tidak terkawal ini menunjukan sikap tidak sensitif KWSP dalam menguruskan sumber kewangan umat Islam. Ini amat mengecewakan kerana mereka melaburkan wang yang diambil secara paksarela begitu sahaja.

Dengan organisasinya yang besar, adalah tidak logik KWPS tidak mampu untuk membuat pengasingan. Jika sistem perbankan masakini boleh perkenalkan perbankan konvesional dan Islamik, kenapa KWSP tak boleh?


Senarai wajah-wajah korporat Melayu UMNO dalam industri ARAK & JUDI negara Islam Malaysia :

Mirzan Miguel anak lelaki Tun Dr Mahathir

Mirzan Miguel (anak lelaki Tun Dr Mahathir)

San Miguel Corp
Mirzan Miguel anak lelaki Tun Dr Mahathir
Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bir San Miguel.


Tan Sri Dato’ Alwi Jantan, Gunness Anchor Berhad

Tan Sri Dato’ Alwi Jantan, Guinness Anchor Berhad


Dato’ Jaffar Indot Gunness Anchor Berhad

Dato’ Jaffar Indot Guinness Anchor Berhad


Tun Mohammed Hanif bin Omar Genting Deputy Chairman

Tun Mohammed Hanif bin Omar Genting Deputy Chairman


TAN SRI ALWI JANTAN Resorts World Bhd Executive Director

TAN SRI ALWI JANTAN Resorts World Bhd Executive Director


Tan Sri Wan Sidek bin Hj Wan Abdul Rahman. Member/Independent Non-Executive Director Dato’ Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff Member/Independent Non-Executive Director

Tan Sri Wan Sidek bin Hj Wan Abdul Rahman. Member/Independent Non-Executive Director Dato’ Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff Member/Independent Non-Executive Director


Tan Sri Dato’ Jaffar bin Abdul Non -Executive DirectorBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

Tan Sri Dato’ Jaffar bin Abdul Non -Executive DirectorBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD


Mohamed Saleh Bin Gomu Independent Non-Executive DirectorsBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

Mohamed Saleh Bin Gomu Independent Non-Executive DirectorsBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD


Ahli Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia. Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin

Ahli Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia. Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin


NAJIB SURUH PEMUDA MELAYU CONTOHI SIFAT TOKEY JUDI

GENTING HIGHLANDS, 28 Okt (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberikan penghormatan kepada pengasas Genting Berhad Tan Sri Lim Goh Tong, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada Selasa, sebagai seorang yang berpegang pada janji dan terhormat.

Beliau berkata Goh Tong adalah seorang yang amat istimewa yang berani melakukan perkara yang dianggap mustahil dan berjaya mencapainya.

“Mendiang merupakan contoh unggul bagi seseorang yang datang ke sini tanpa apa-apa tetapi menerusi azam yang kuat dan prinsip dan nilai yang teguh, beliau mampu mencipta kejayaan besar dan menjadi satu warisan.

“Bukan sahaja membangunkan perusahaan yang akhirnya menjadi konglomerat terkemuka antarabangsa, tetapi mendiang telah mewajudkan satu warisan di sini di Genting (Highlands),” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada hartawan itu di kediamannya di Gohtong Villa.

Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan takziah kepada balu Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, dan anak mendiang Tan Sri Lim Kok Thay.

Najib diiringi adiknya Datuk Mohamed Nazim.

Goh Tong, 90, yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada 23 Okt meninggalkan enam orang anak dan 19 cucu. Mayat mendiang akan disemadikan esok.

“Banyak perkara yang kita boleh kagumi dan belajar (daripada beliau). Saya berharap generasi muda akan membuat kajian mengenai mendiang Tan Sri, khususnya ciri-ciri Tan Sri dan kualiti yang ada pada dirinya yang dapat diteladani oleh orang lain,” kata Najib.

Timbalan Perdana Menteri berkata Goh Tong amat rapat dengan allahyarham datuknya Datuk Hussein Mohammad Taib yang banyak menghabiskan masa bersama.

Najib berkata semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang pada 1980-an, beliau juga selalu berhubungan dengan Goh Tong dan hubungan Goh Tong dengan keluarganya sudah lama terjalin dan berterusan sehingga sekarang dan juga di masa depan.

P/S : kalau Lim Guang Eng kata nak contohi sifat Khalifah Umar Abdul Aziz, maka Najib pula nak contohi sifat Tan Sri Lim Goh Tong.


AKHBAR RASMI UMNO, IAITU UTUSAN MALAYSIA DAN BERITA HARIAN, SETIAP HARI MESTI MENGIKLAN KEPUTUSAN JUDI…

siap mintak maaf bila tersilap…

Akhbar minta maaf salah hantar keputusan 4D


UMNO dan Genting

Genting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai 1968.

Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971, Genting Highlands Hotel Sdn. Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad.

Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini.

Di bawah bendera Genting, dua syarikat utamanya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad. Penglibatan Umno dalam syarikat perjudian ini telah berlangsung dan warisannya masih kekal sehingga ke hari ini.

Umno melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal peranginan.

Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah yang mana syarikat berkenanaan merupakan syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi dan kasino.

Yayasan Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri Noah.
Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.

Antaranya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.

Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.

Ini memperlihatkan penglibatan Umno dalam aktiviti perjudian sudah bertaut sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan muda dalam Umno.



UMNO dan Sports TOTO

Sports Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.

Sehingga kini Sports Toto mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Berdasarkan carian yang dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.

Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.

Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.

Selain itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam. Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.

Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di dalam Sports Toto.

Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 saham di dalam Sports Toto.

Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.


UMNO dan MAGNUM 4D
Magnum 4D Berhad sebelum ini dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia kadang kala lebih popular di kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan.

Magnum 4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D Sdn Bhd iaitu Magnum 4D Selangor, Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pantai Timur dan Malaysia Timur. Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi anak syarikat Magnum 4D Berhad.

Syarikat ini mempunyai kepentingan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri Kewangan Diperbadankan melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum 4D.

Pertamanya ialah Multipurpose Berhad yang menyaksikan pegangan 7,723,285 saham oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat itu dan Multipurpose pula memiliki 461,473,178 saham di dalam Magnum dan 60,502,000 saham dalam 4D.

Ini menjadikan menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai pegangan tidak langsung melalui Multipurpose di dalam `pusat pelaburan mingguan tersebut.

Keduanya, Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D.

Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.

Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.

Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham.

Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham.

Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.


Jadi jangan pelik lah kalau kita dapat tengok sekarang ni orang-melayu kita dengan selamber je membeli nombor ekor

Kalau pemimpin kencing berdiri… pengikut pun akan kencing berlari…

hai! bergaya betul cik abg beli nombor ekor siap lengkap berbaju melayu!

Ini adalah satu lagi 'Projek Barisan Nasional' - Jemaah kaki judi melayu Malaysia

(jangan tanya sama ada diorang ni Islam atau tidak – kalau Islam takkan mereka ke tempat2 macam ni kan?)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments No Comments »

Aku baru terima email ni… secara amnya email ni menceritakan kaitan hari Jumaat yang merupakan tarikh keramat 2010 kerana banyak peristiwa2 besar yang telah dan akan berlaku pada hari Jumaat semenjak awal tahun 1431 Hijrah dan tahun Masihi 2010 ni…
Berikut ialah susulan peristiwa hari Jumaat 2010 untuk difikir-fikirkan bersama…

(27-11-2009) Hari raya aidiladha “hari Jumaat”

(18-12-2009) Tahun baru hijrah “hari Jumaat”

(25-12-2009) Hari krismas “hari Jumaat”

(1-1-2010) Tahun baru “hari Jumaat”

(26-2-2010) Maulidur rasul “hari Jumaat”

(2-4-2010) Good friday “hari Jumaat”

(28-5-2010) Hari wesak “hari Jumaat”

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri “hari Jumaat”

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran “hari Jumaat”

(5-11-2010) Depavali “hari Jumaat”

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

  1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).
  2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
  3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
  4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
  5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
  6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
  7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
  8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
  9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
  10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
  11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
  12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
  13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
  14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
  15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
  16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
  17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
  18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
  19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
  20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
  21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
  22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

  1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
    Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
    ‘Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. ‘ – Sahih Bukhari
  2. Zina bermaharajalela.
    ‘Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.’- Sahih Muslim
  3. Bermaharajalela alat muzik.
    ‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
    ‘Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?’Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’- Ibnu Majah
  4. Menghias masjid & membanggakannya.
    ‘Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid’- Riwayat Nasai
  5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
    ‘Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.’- Riwayat Ahmad dan Hakim.
  6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
    ‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’ – Riwayat Ahmad
  7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
    ‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang ***** & hina).
    Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia’- Riwayat Thabrani
  8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
    ‘Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.’- Riwayat Ahmad
  9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
    Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ‘Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang’.
  10. Bulan sabit kelihatan besar.
    ‘Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.’- Riwayat Thabrani
  11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
    ‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ – Sahih Muslim
  12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
    ‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.’-Riwayat Ahmad
  13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
    ‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²’- Sahih Muslim

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin ‘Amir r.a., Rasulullah s.a.w….bersabda:

‘Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat…’

PENGERTIAN MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
BERAMAL DENGAN ANGGOTA

“Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi.”

Blog Widget by LinkWithinTags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments 2 Comments »

Ping blog