Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Posts Tagged “Google”

Pernahkah anda terima email yang konon-kononnya daripada pihak pengurusan Google Gmail seperti di bawah:

Gmail Scam

Gmail Scam

Jika anda mendapat email yang meminta anda untuk mengemaskini maklumat peribadi anda seperti username, password, tarikh lahir dan negara seperti di atas saya nasihatkan anda untuk abaikan dan segera DELETE!

Sememangnya ini adalah email scam, suatu penipuan di mana ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyamar konon-kononnya mereka ni dari pihak pengurusan Gmail bertujuan bagi mendapatkan maklumat peribadi anda untuk mengakses akaun gmail anda.

Lepas mereka dah dapat maklumat-maklumat yang membolehkan mereka akses gmail anda, anda boleh lah ucapkan selamat tinggal kepada gmail anda tersebut dan yang lebih malang lagi sekiranya anda ada menggunakan email tersebut untuk tujuan-tujuan penting seperti perbankan dan sebagainya, silap-silap haribulan dengan akaun bank anda pun mereka akan dapat ceroboh dengan hanya merompak email anda.

Internet ni memang banyak kelebihan dan amat memudahkan urusan seharian anda tapi berhati-hati lah menggunakannya kerana internet ini hanya lah sebagai alat. Internet tak bersalah, internet tak jahat, tapi manusia yang menyalahgunakannya lah yang jahat.

Seumpama pisau sebagai alat memotong, mencincang, menyembelih kalau digunakan pada daging atau ikan untuk tujuan baik seperti buat korban atau untuk masak itu memang baik dan memang amat diperlukan tapi dalam masa yang sama jangan lupa ada orang yg juga boleh menggunakan pisau untuk merompak orang lain, membunuh orang lain dan sebagainya.

Sebenarnya untuk pengetahuan anda lagi, pihak pengurusan Gmail sebenarnya adalah dari Google dan pihak Google hanya akan hantar email daripada alamat email yang berakhir dengan doman @google.com tanpa sebarang pengubahsuaian pada ‘extension’ maksudnya bukan @google.net atau @google.us atau @google.org dan sebagainya hanya @google.com semata-mata.

Pihak Google juga sesekali tak akan membatalkan akaun Gmail anda tanpa sebab lebih-lebih lagi dengan meminta anda memasukkan username dan password kecuali sekiranya anda melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan. Lagi pun jika fikir secara logik, mereka telah pun ada maklumat username dan password dalam database mereka, jadi tiada sebab untuk mereka meminta lagi daripada anda andai benar mereka memang nak batalkan akaun anda!

Walau bagaimana pun saya telah pun buat aduan kepada pihak Google dan akaun penghantar tersebut telah pun dibatalkan beberapa hari yang lepas dan hari ini saya keluarkan posting ni di blog saya untuk meminta anda yang lain supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan penipuan seperti ini lagi.

Jika anda menerima email seperti ini dan tak tau apa nak buat, boleh minta nasihat saya dan Insya Allah saya akan bantu anda sebaik mungkin.

Comments No Comments »

Saya baru jumpa dua website menarik tentang cara-cara nak jadikan website kita lebih SEO (Search Engine Optimization) friendly.

Google Keyword Tool Box – http://www.googlekeywordtool.com/

Google’s Search Engine Optimization Starter Guide – http://www.googlekeywordtool.com/reports/search-engine-optimization-starter-guide.pdf

Blog Widget by LinkWithin

Comments No Comments »

Ping blog