Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Posts Tagged “Fatrade Mobile”

Saya bercadang nak gandingkan perniagaan Streamyx saya sama2 dgn prepaid… dan sekarang sedang memilih mana-mana program prepaid yang dirasakan sesuai…

Antara ciri-ciri program prepaid yang saya minat:

  1. Mudah
    Mudah dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Tak perlu ada kedai.
  2. Online
    Maksudnya program prepaid tersebut mesti lah ada sistem ofis maya secara online selain sistem SMS yang banyak disediakan oleh penyedia-penyedia program prepaid.
  3. Networking
    Saya memilih program prepaid yang ada sistem networking sama ada affiliate atau MLM.
  4. Infinity
    Kalau boleh sistem networking yang tiada had level. Banyak program yang bagi had level contoh 5 level atau 8 level atau 10 level sahaja. Maksudnya kita cuma dapat income kalau ada sesiapa yang join networking kita yang dalam had level networking kita sahaja. Katakan kalau program tu bagi kita sampai 5 level sahaja dan bila penuh, katakan ada org yang dimasukkan pada level ke-6 kita dah tak dapat apa2 bonus dari situ. Saya tak nak yang macam ni! Memenatkan…
  5. Tiada bayaran maintenance
    Kalau boleh nak program yg tak perlu ada quota atau minimum sales untuk kita dapat bonus-bonus yang disediakan syarikat. Mungkin ini menyelamatkan saya sebab secara tak langsung downline-downline saya perlu buat sales sebab nak dapat income dan saya pun boleh dapat terus income dari situ. Tapi hakikatnya ramai org yg tak suka bila terikat macam ni.
  6. Syarikat yang ‘genuine’ tiada unsur-unsur scam
    Ini dah pasti jadi kriteria paling penting sebenarnya.

Kat sini saya ada beberapa program prepaid yang saya tengah periksa… tapi tak tau lagi nak pilih yang mana… mungkin rakan-rakan boleh bagi pendapat dan pandangan…

Antara program-program tersebut ialah:

  • Mw-Pay – http://www.mw-pay.com
  • Fatrade Mobile – http://www.fatrademobile.com
  • BestLelong – http://www.bestlelong.com
  • WebMe4u – http://www.webme4u.com

Mungkin ada lagi yang lain-lain yang saya tak tau… so rakan-rakan boleh senaraikan dalam ruangan comment di bawah dan mungkin boleh ceritakan sekali (‘propose’) kenapa saya harus pilih program yang rakan-rakan suggest tu…

Thanx

Blog Widget by LinkWithin

Comments No Comments »

Ping blog