Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Posts Tagged “Cintai Holliday”

Pada 15hb, Jumaat lepas, saya bersama isteri serta papa dan mummy… tak lupa si kecil Solehin telah berpeluang bercuti ke Kuching, Sarawak…

Pegi sana sebab dapat voucher percutian dari Cintai Holliday Malaysia…  dan combine dgn tiket government wife… so kitorang merge dua tiket ni dapat tukar jadi apartment…

Kami bertolak 15hb ari tu jam 11 pagi flight ke Kuching dari KLIA (Kuala Lumpur International Airport) naik Malaysia Airline (MAS)…

terima kasih kat Abg Radhi dan Kak Ti sebab tolong hantar kami ke airport

Abg Radhi, Kak Ti hantar ke airport

Check In Sebelum Bertolak ke Kuching

Solehin tunggu flight ke Kuching, Sarawak

Bila lah... aku boleh naiki belon ni? Tak sabar dah nak ke Kuching, Sarawak ni...

Errr... apa kapalterbang ni buat dalam cermin ni?

Kami sampai airport Kuching, Sarawak dalam lebih kurang jam 1 macam tu…

Wahhh! Airplane... Airplane...

Go Papa! Go Papa!

Alhamdulillah… sampai jugak kami ke Merdeka Palace… hotel yang akan kami tinggal selama 4 hari 3 malam selama kami di Kuching, Sarawak ni… hotel ni berkonsepkan ekslusif sesuai dengan namanya Merdeka Palace… taraf 4 bintang… Alhamdulillah… merasa jugak lah duduk hotel mahal macam ni sebab guna voucher… kalau nak belanja sendiri… 4 hari 3 malam pulak tu… ntah bila lah agaknya berpeluang macam ni… syukur Alhamdulillah…

Malam tu… saya sempat call Pian Razak (GlobalTent ialah ID dia dalam forum CariGold) dia ni jugak salah seorang admin/mod dalam forum CariGold… sempat jugak lah mengeteh dgn dia kat salah sebuah hotel di Kuching, Sarawak ni… dan sempat lah jugak dia bawak jalan2… tengok kedai butik mak dia (Anggun)… kedai kek lapis kawan dia (katanya kawan dia ni mmg betul2 buat kek lapis ni secara komersial sampai berjaya mendapatkan sijil halal… dan kek lapisnya juga menggunakan bahan2 yang bersih lagi halal… bukan sembarangan… boleh dikatakan serba serbi terjaga… so harganya pun… faham2 je lah…)… GlobalTent juga sempat tunjuk Satok… Satok ni ialah pasar awam dan tempat famous utk sesape yang minat dgn ikan terubok… aku tak berapa minat sangat… so just lalu dan tengok tempat je lah… lagi pun dah lewat malam dan takde org niaga pun… dan sebelum balik… on the way nak beli makanan ringan semasa kat hotel nanti… GlobalTent sempat jugak tunjukkan TopSpot… TopSpot ni terkenal dgn sea food dia… Insya Allah ada kesempatan mmg nak kami bercadang nak pegi…

Blog Widget by LinkWithin

Comments No Comments »

Ping blog