Ramai jugak yang bertanya kat saya bagaimana cara program affiliatea broadband Micropurple ni berfungsi…
Untuk pengetahuan, sebenarnya sebelum ni saya ada bagi penerangan tentang program affiliate broadband ni… tapi mungkin masih ada yang tak faham… mungkin cara penyampaian saya atau mungkin tak secara detail atau mungkin tak spesifik… so kat sini saya cuba terangkan sekali lagi… semoga anda semakin faham tentang program affiliate broadband yang saya kongsikan bersama-sama kat dalam blog ‘Catatan Visi Sufi…’ saya ni…
Apakah konsep program affiliate broadband Micropurple?
Program affiliate broadband Micropurple ini adalah program affiliate atau networking yang berasaskan kepada sales atau jualan. Program affiliate broadband Micropurple
BUKAN program passive income yang bagi duit tiap-tiap bulan…
BUKAN satu lagi program passive income…
TIADA konsep 4D – ‘Duduk Diam Dapat Duit’ dalam program affiliate broadband Micropurple
Komisyen atau duit hanya diperolehi apabila ada jualan atau sales yang berlaku sama ada oleh diri sendiri atau pun dari rangkaian
Sama macam anda menjadi agent sama ada Streamyx, Celcom Broadband atau P1 Wimax cuma di Micropurple anda berpeluang mendapat ‘overiding’ income bila rakan-rakan atau saudara mara yang anda lantik menjadi agent di bawah anda membuat jualan atau sales. Selain itu memang ada kelebihan-kelebihan lain yang saya akan ceritakan kemudian
Sebagai ahli apa yang perlu dilakukan untuk mendapat income?
Untuk mendapat income melalui program affiliate broadband Micropurple anda boleh lakukan dua (2) perkara atau dua (2) kerja
Anda promote broadband Streamyx, Celcom Broadband dan P1 Wimax ikut seperti mana yang ada dalam pasaran dan daftarkan mereka yang berminat ke dalam sistem atas talian (online) yang disediakan oleh syarikat Micropurple. Anda akan dibayar komisyen terus ke akaun bank anda bila pendaftaran tersebut telah berjaya dilakukan dan pihak pengurusan sama ada dari TMNet atau Celcom atau P1 telah berjaya memasang broadband seperti yang dimohon semasa pendaftaran.
Anda boleh lantik seberapa ramai downline dan latih mereka untuk buat jualan atau sales. Bila mereka berjaya membuat sales atau jualan anda juga akan mendapat overiding bonus dari hasil jualan mereka.
Apakah yang tidak perlu anda lakukan untuk mendapat income?
Anda tidak perlu membuat pemasangan untuk Streamyx dan anda bukan lah technician kepada TM, Celcom, P1 atau Micropurple. Anda hanyalah promoter atau introducer. Kerja-kerja pemasangan dilakukan oleh pihak lain.
Jika mereka yang telah anda daftarkan ada masalah, nasihatkan mereka untuk terus menghubungi pihak TM, Celcom atau P1. TM, Celcom dan P1 ada bahagian helpdesk masing-masing yang akan menguruskan masalah-masalah ini. Sekiranya anda ingin membantu mereka selesaikan masalah, itu adalah di atas inisiatif anda sendiri dan anda tidak akan dibayar untuk membantu mereka selesaikan masalah.
Adakah dengan menyertai program affiliate broadband Micropurple ini anda juga berdaftar sebagai reseller kepada TM, Celcom atau P1?
Tidak. Anda sebenarnya tidak berdaftar terus dengan TM, Celcom atau P1. Sebenarnya Micropurple yang berdaftar dengan TM, Celcom dan P1. Anda sebenarnya mendaftarkan diri kepada Micropurple dan anda adalah agent kepada syarikat Micropurple untuk sama-sama mencari peluang perniagaan sebagai agent pendaftaran Streamyx, Celcom dan P1 melalui Micropurple.
Di kesempatan ni saya nak ambil peluang untuk kongsikan beberapa fakta yang anda perlu tahu mengenai Micropurple
Micropurple BUKAN program duduk diam dapat duit, BUKAN pelaburan internet, BUKAN passive income, BUKAN MLM. Komisyen adalah berdasarkan kepada jualan atau sales.
Tiada apa-apa bayaran keahlian untuk menjadi agent broadband Streamyx, Celcom Broadband dan P1 Wimax di Micropurple. Pendaftaran adalah PERCUMA!
TIADA bayaran pendaftaran, TIADA bayaran keahlian, TIADA bayaran pengurusan (admin)
Jika anda tak buat sales, anda masih boleh dapat income bila downline-downline di dalam rangkaian anda membuat jualan atau sales.
Micropurple adalah Rakan Niaga kepada SNS Network (M) Sdn Bhd
SNS Network (M) Sdn Bhd adalah Top Reseller pada tahun 2009 kepada Telekom Malaysia (TM)
Anda boleh daftarkan broadband untuk pelanggan anda di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
Anda boleh daftar Micropurple dan daftarkan akaun anda sendiri untuk Streamyx, Celcom Broadband dan/atau P1 Wimax. Dengan cara ini anda secara tak langsung boleh dapat diskaun untuk pendaftaran tersebut. Broadband Dapat Duit (Diskaun) pun Dapat!
Anda boleh promote Streamyx, Celcom Broadband dan P1 Wimax melalui online dan offline.
Harap-harap anda sudah semakin faham dengan konsep affiliate broadband Micropurple.
Untuk keterangan atau berbincang lebih lanjut, sila hubungi saya di talian 017-3367678 atau 019-3355399 atau chattinng / discuss online melalui Yahoo Messenger (YM) atau Skype, ID: visisufi
Sekarang Micropurple dah siapkan platform untuk kita daftarkan Celcom Broadband dan kita boleh lah mengambil kesempatan ni untuk daftarkan sesiapa yang berminat nak dapatkan Celcom Broadband dan Streamyx Broadband…
Borang Pendaftaran Celcom Broadband @Micropurple - Klik untuk besarkan imej
so yang tinggal belum aktif sekarang ni ialah P1 Wimax…
Semalam bukak gerai kat Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi…
Gerai broadband di Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi...
Alhamdulillah… tak sangka dapat sambutan… ramai jugak yang berminat dan ada yang sign-up terus…
Jom! Kalau ada siapa2 yang berminat nak jadi agent broadband (Streamyx dan Celcom Broadband) kita boleh buat sama2…. Insya Allah saya akan latih secukupnya… yang penting kena ada minat dan kemahuan untuk sama2 berjaya…
Berminat menjadi agent Streamyx / Celcom Broadband atau nak melanggan Streamyx / Celcom Broadband boleh hubungi saya di talian 0173367678 atau 0193355399 atau YM (Yahoo Messenger)/Skype: visisufi
Artikel ini adalah untuk pemasangan Streamyx Combo semata-mata dan tidak melibatkan pakej Streamyx lain (yang bukan Combo)
Sebenarnya memang cukup mudah untuk mendaftar Streamyx Combo melalui Micropurple
Tak perlu keluar rumah
Tiada bayaran ‘up front’
Guna dulu baru bayar
Dapat modem WiFi PERCUMA lagi!
Keperluan sebelum daftar Streamyx Combo di Micropurple:
Pastikan anda tak pernah daftar di mana-mana TM Point atau ejen-ejen Streamyx yang lain sebelum mendaftar di Micropurple (mesti buat!)
Sekiranya anda pernah mendaftar Streamyx di mana-mana TM Point atau ejen-ejen Streamyx yang lain tapi masih tetap mahu buat pendaftaran di Micropurple maka anda hendaklah membatalkan pendaftaran anda sebelum ini di TM Point terlebih dahulu.
Kalau boleh cuba tengok tiang telefon dah pasang belum di luar rumah (yang ni kalau rajin baru buat…)
Streamyx berkongsi kabel dengan telefon TM, jadi sebelum pasang Streamyx kena pasang telefon dulu dan pastikan telefon berfungsi dengan baik. Sekiranya telefon belum dipasang, boleh daftar telefon bersama-sama dengan Streamyx melalui Micropurple dan sekiranya telefon telah siap dipasang dan berfungsi dengan baik maka tak perlu buat permohonan pasang telefon lagi dengan Micropurple, gunakan sahaja talian telefon sedia ada (untuk informasi sahaja…)
Buat masa ni ada 5 kelajuan yang boleh dimohon, pastikan kelajuan yang sebagaimana yang anda mahu dan perlukan sebelum mendaftar Streamyx melalui Micropurple. Pilih salah satu pakej kelajuan yang disediakan seperti di bawah (Panduan: Sekiranya anda hanya menggunakan internet untuk periksa email atau untuk chatting atau social networking semata-mata tanpa melibatkan sebarang muat turun atau tengok video, dengar music atau siaran radio live atau menonton siaran video / tv live maka anda boleh lah memilih kelajuan rendah seperti 384 atau 512 sudah memadai. Sekiranya anda menggunakan internet yang melibatkan penggunaan multimedia seperti memasuki website-website yang interaktif menggunakan teknologi Flash Macromedia atau Shockwave atau main online game atau download lagu/video/perisian/game atau tonton video di YouTube atau dengar siaran radio / tv live di internet… maka saya suggest daftarkan sekurang-kurangnya kelajuan 1Mbps… bukan tak boleh nak pilih kelajuan lebih rendah… boleh tiada masalah nak register… cuma saya khuatir anda tidak berpuas hati kerana tidak dapat menikmati kelajuan optimum yang diperlukan untuk tujuan-tujuan anda tersebut)
384kbps
512kbps
1Mbps
2Mbps
4Mbps (mesti buat!)
Pilih kontrak yang sesuai – 1 tahun, 2 tahun atau 3 tahun.
Harga pakej kelajuan Streamyx mengikut tempoh kontrak
Kalau lihat jadual di atas, contoh untuk pakej 1Mbps, kontrak untuk setahun adalah RM100 sebulan maksudnya bermula dari bulan pertama sampai bila-bila tak kira 2 tahun… 3 tahun… 5 tahun… selagi akaun Streamyx tersebut masih aktif pemohon hanya bayar RM100 tiap-tiap bulan… sama juga kalau pemohon kontrak 2 tahun… maksudnya bermula bulan 1 sampai bila-bila pemohon hanya bayar RM105 tiap-tiap bulan dan untuk kontrak 3 tahun bermula bulan pertama bayar RM100 tiap-tiap bulan…
Bagaimana jika pemohon nak berhenti dari melanggan Streamyx sebelum tamat tempoh kontrak, contoh kontrak 3 tahun tapi baru guna 1 tahun dah nak berhenti melanggan? Jika ini berlaku, pemohon hanya bayar RM350 sahaja untuk baki tempoh kontrak yang belum matang dan tak perlu bayar ikut bulan-bulan…. Contoh kontrak 3 tahun tapi berhenti selepas guna 1 tahun, jadi pemohon hanya bayar RM350 sahaja untuk selesaikan baki 2 tahun lagi yang belum matang…. (mesti buat!)
Kalau boleh dapatkan nombor telefon jiran yang menggunakan telefon TM maka itu adalah lebih baik dan dapat mempercepatkan proses pendaftaran (yang ni kalau rajin baru buat…)
Kalau boleh scan IC dan emailkan salinan scan IC tersebut ke alamat email ejen-ejen Micropurple di mana anda akan buat pendaftaran sekiranya anda buat permohonan melalui online. Jika offline, sila fotostat IC dan serahkan kepada agent Micropurple yang berkenaan. (buat masa ni yang ni kalau rajin baru buat… akan datang mungkin mesti buat)
Pilih 3 login ID pilihan yang anda ingin gunakan untuk Streamyx. 3 pilihan anda ini akan digunakan untuk mengakses Streamyx dan juga akan digunakan sebagai ID email streamyx anda – xxxxxxxx@streamyx.com.my (mesti buat!)
Okay sekarang anda dah buat segala keperluan yang diperlukan untuk mempercepatkan dan melancarkan proses pendaftaran. Bukan maksud saya anda tak boleh nak buat pendaftaran kalau tak buat segala keperluan di atas, ye memang anda masih boleh daftar walau tak buat sepenuhnya keperluan di atas tapi kalau buat itu adalah lebih bagus untuk mempercepat dan melancarkan proses.
Setelah keperluan di atas dipenuhi sekarang anda boleh teruskan membuat permohonan Streamyx melalui Micropurple dengan cara terus menghubungi saya atau mana-mana agent Micropurple yang anda kenali.
Sebenarnya anda tak perlu pun keluar rumah atau berjumpa face-to-face dengan agent-agent Micropurple, anda boleh uruskan secara online dari rumah atau pejabat. Sila hantarkan maklumat di bawah melalui email atau SMS
Nama penuh
Nombor IC baru dan IC lama (jika ada)
Alamat rumah tempat nak pasang streamyx
Kelajuan Streamyx dimohon
Kontrak (berapa tahun) ATAU bayaran bulanan mengikut pakej Streamyx ditawarkan
3 ID pilihan
Jangkamasa permohonan:
Permohonan biasanya akan mengambil masa 3 hari hingga 14 hari bekerja di mana jika anda belum pasang telefon maka Telekom akan pastikan telefon telah dipasang dan berfungsi dengan baik terlebih dahulu. Telefon akan dipasang dalam masa 3 hari sehingga 7 hari bekerja selepas permohonan.
Selepas telefon dipasang dan dipastikan berfungsi dengan baik baru lah Streamyx Combo akan dipasang dalam masa 3 hari hingga 7 hari bekerja.
Berapakah kos untuk pemasangan Streamyx Combo?
Sekiranya premis anda telah dilengkapi telefon maka anda hanya perlu bayar pemasangan (RM88), pengaktifan (RM75) dan bil bulan pertama + bil bulan ke-2 sahaja.
(Pada ketika ini TM sedang promote pemasangan dan pengaktifan PERCUMA! Ditambah pula dengan modem WiFi yang juga diberi PERCUMA jadi anda JIMAT lebih RM200!)
Bil bulan pertama dibayar di akhir bulan pertama maknanya anda guna dulu selama sebulan dan kemudian baru bayar. Diakhir bulan pertama juga anda akan dibilkan untuk bulan ke-2… bulan ke-3 dan seterusnya anda bayar bil seperti biasa…
Contoh: anda melanggan pakej Streamyx Combo 384kbps kontrak setahun di mana bil bulanan ialah RM60
klik untuk besarkan imej...
Sejurus selepas anda mendaftar dan diluluskan dan Streamyx dipasang di rumah anda, anda boleh terus guna Streamyx tanpa perlu bayar bil. Anda hanya bayar bil untuk bulan yang anda telah gunakan itu selepas sebulan seperti di gambarajah di atas. Bulan pertama yang sama itu juga anda bayar untuk bil bulan ke-2. Bila masuk bulan ke-2 anda bayar untuk bulan ke-2 dan masuk bulan ke-3 anda bayar untuk bulan ke-4
Rasanya setakat ni je lah dulu perkara yang pemohon-pemohon perlu tahu yang sempat saya kongsikan bersama…. sebenarnya fakta ini juga boleh digunakan oleh downline-downline saya di Visi Sufi Enterprise juga untuk memberi penerangan kepada client2 mereka dan prospek2 mereka…
Kalau masih tak faham dan ada kemusykilan boleh hubungi saya terus di 017.33.67.678 atau 019.33.55.399 atau boleh berbincang melalui online menggunakan YM atau Skype, ID: visisufi