Kategori ‘Dalam Perhatian!’ diubah nama kepada ‘Due Diligence’
Posted by Visi Sufi in Due DiligenceAssalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Visi Sufi hari ini telah menukar nama kategori ‘Dalam Perhatian!’ kepada ‘Due Diligence’.
Perubahan nama ini dilakukan kerana telah ada beberapa orang pembaca yang telah silap faham dengan menyangkakan Visi Sufi telah pun menyertai program-program yang tersenarai di dalam ruangan ‘Dalam Perhatian!’ sebelum ini.
Sesuai dengan nama ‘Due Diligence’ yang diberikan, di dalam ruangan ini Visi Sufi berkongsi dengan para pembacanya hasil pemeriksaan / penyelidikan yang dilakukan terhadap mana-mana program passive income yang disenaraikan. Ada di antaranya yang telah disertai namun ada juga yang belum disertai dan untuk program yang belum disertai ni Visi Sufi berharap agar para pembaca juga dapat sama-sama berbincang di atas pemeriksaan / penyelidikan yang sedang dijalankan.
Diharapkan perubahan ini akan memberikan mesej yang lebih terang dan jelas kepada para pembaca blog Visi Sufi di sini supaya kita sama-sama dapat memanfaatkan ruangan yang diberikan.
Semoga kita sama-sama berjaya di dalam mencari kebebasan kewangan… Aminnn….
Tags: blog, flash, Passive Income
