Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Posts Tagged “affiliate”

Kepada rakan-rakan yang telah berdaftar sebagai ahli affiliate Micropurple melalui Visi Sufi Enterprise sila isikan borang kajiselidik di sini

http://www.visi-sufi.com/streamyx/kajiselidikagent.htm

Comments No Comments »

Tentu rakan-rakan nak tahu kenapa dan apa yang menyebabkan saya memilih perniagaan broadband (Streamyx terutamanya) di Micropurple kan? Baik lah… di sini saya kongsikan beberapa kelebihan yang saya nampak dengan menjalankan perniagaan broadband (Streamyx especially) dan mengapa Micropurple menjadi pilihan berbanding company lain.

Sebenarnya antara sebab saya memilih perniagaan broadband ini ialah kerana

Yang paling utama ialah saya perlukan satu perniagaan yang stabil, bertahan lama dan ‘genuine’ maksudnya tiada unsur penipuan.
Saya sebenarnya dah letih dengan menyertai perniagaan-perniagaan yang berbentuk ‘passive income’ sebelum ni… sebenarnya saya bukan sengaja nak pilih ‘passive income’ ini sebagai mata pencarian… tetapi mungkin disebabkan kurangnya ilmu pada ketika itu akibat kejahilan membuatkan saya tak tau nak menilai sama ada sesuatu bisnes itu betul atau tidak…
Sejak 5 tahun yang lalu… bermula dari ’12 Daily Pro’ sehingga lah kepada ‘Swisscash’ dah macam2 program HYIP dan pelaburan internet yang saya sertai sehinggalah keluar fatwa yang mengharamkannya… maka saya tinggalkan serta merta tanpa banyak soal bicara… sebab apa gunanya dapat banyak duit tapi tak berkat…
Kemudian saya buat forex… forex sebenarnya tak stabil… memang ia boleh memberikan ‘high reward’ tapi ‘bayarannya’ bukan setakat wang… tapi tenaga dan masa yang kita luangkan…. bayangkan keuntungan yang telah dikumpul sekian lama hasil trading boleh lenyap begitu sahaja hanya dalam beberapa saat dan minit! Saya fikir buat masa ni saya tak akan join forex, unless kalau ada duit terlebih… tapi kalau betul ada duit terlebih pun takkan nak ‘buang’ begitu saje betul tak?
Abes bab forex… saya dapat tau pula mengenai program Ceramic Business Club yang dijalankan oleh Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd… tiap2 bulan saya dapat duit mudah melalui program CBC ini melalui konsep ‘sell back policy’ kepada syarikat… setelah beberapa bulan menyertai dan mendapat duit dari syarikat yang telah memperolehi pelbagai award ini, termasuklah ‘Keris Award’ yang hanya dianugerahkan kepada perniagaan atau syarikat yang menjalankan perniagaan secara ‘bersih’ sahaja tiba-tiba sahaja tutup… kononnya sebab kena ‘rush’ dengan BNM (Bank Negara Malaysia)… wallahualam…
Dalam masa yang sama saya juga menyertai program Imuone Diamond Club yang dijalankan oleh Imuone International Berhad… setelah berbulan-bulan saya mendapat duit mudah secara pasif ‘Duduk Diam Dapat Duit’ melalui IDC… akhirnya perniagaan yang mendapat naungan dari Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Bariah ini jatuh juga akhirnya… walau pun tak kena ‘rush’ dari BNM atau Sekuriti Malaysia tapi tiba-tiba saje syarikat ni tak membayar sehingga ke hari ini.
Jadi… cuba anda fikirkan! Dengan syarikat yang pernah mendapat ‘Keris Award’ pun saya dah pernah join dan jatuh… dengan syarikat yang mendapat naungan Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Bariah (Bonda Agong Tuanku Mizan) pun dah pernah join dan jatuh… jadi… syarikat / program ‘passive income’ yang macam mana lagi saya boleh harapkan?

TAK PERLU MODAL
Banyak peluang-peluang perniagaan di luar sana termasuk lah yang jenis affiliate atau MLM tapi hampir semua rata-ratanya memerlukan kita bayar ‘certain amount of money’ yang konon-kononnya jadi modal… ada yang berpuluh ringgit… ada yang beratus ringgit… ada yang beribu malah berpuluh ribu ringgit dan masih ramai yang join walau pun belum tentu dapat untung lagi… hanya percaya buta-buta kepada mereka yang memperkenalkan perniagaan tersebut kepada kita… dan berapa ramai juga antara kita yang akhirnya menanggung hutang tak pasal-pasal dan ‘habuk pun tarak’!
Malah kalau anda join mana-mana perniagaan trading sekali pun memerlukan anda keluarkan seberapa banyak duit sebagai modal untuk beli stok untuk dijual kemudian. Kemudian bila stok abes, anda kena beli lagi, keluar duit lagi dan jual… kalau dapat jual, Alhamdulillah… kalau sebaliknya pula, bagaimana? Simpan bawah katil lah jawabnya… tak pun sedekah kat orang…
Berbeza dengan perniagaan Streamyx, untuk join tak perlu keluar modal apa2! Walau 1 sen sekali pun! Hanya daftarkan email anda di laman Micropurple di http://www.micropurple.com/online/business/join_us.asp?no=WMP13482 dan ikuti langkah2 seterusnya (kalau tak faham boleh refer kat artikel di http://visi-sufi.com/journal/2010/01/cara-cara-nak-daftar-affiliate-broadband-micropurple/ ) dan kemudian anda dah boleh terus promosikan pakej2 Streamyx sedia ada

Sistem Online Disediakan (Tak perlu dokumen – ‘paperless’)
Senang nak registerkan orang atau nak pantau permohonan-permohonan yang kita dah daftarkan melalui sistem online yang disediakan. ‘Paperless’ maksudnya tak perlu buat kertas kerja malah tak perlu nak isi apa2 borang secara offline! Segala-galanya boleh dilakukan secara online! Pernah juga ada beberapa pemohon yang menghantar maklumat mereka melalui SMS atau email dan dapat Streamyx dalam masa beberapa hari setelah saya ‘key-in’ ke dalam sistem.
Saya ada sediakan video yang boleh membantu sedikit sebanyak untuk kita registerkan Streamyx orang lain atau diri kita sendiri.

Komisyen TINGGI (Ni yang best ni!)
Berbanding dengan syarikat-syarikat atau agent-agent lain, di Micropurple anda boleh mendapat komisyen dua kali ganda dari harga pakej Streamyx yang pemohon langgan (kecuali untuk pakej Streamyx Combo atau Blockbuster Deals yang kena tolak RM25 terlebih dahulu sebelum digandakan – RM25 adalah bayaran telefon)
Contoh:
Sekiranya ada pemohon yang nak langgan pakej perniagaan yang harganya RM130, jadi kita terus dapat komisyen RM260!
Atau kalau ada yang nak register pakej Blockbuster Deals yang harganya RM110… mula2 kena tolak RM25 dulu menjadi RM85 dan anda gandakan 2 menjadi RM170… RM170 tu lah komisyen anda! Gila kan? hehehe seumur hidup saya tak pernah lagi saya buat bisnes bila kita jual kita akan dapat lebih lagi daripada harga jualan kita!

Ada sistem affiliate (Keunikan yang ada dalam Micropurple)
Micropurple adalah satu-satunya syarikat yang buat perniagaan Streamyx yang ada menyediakan peluang buat networking melalui sistem affiliate yang disediakan. Dengan adanya sistem affiliate anda berpeluang untuk mendapat ‘over riding’ setiap kali downline-downline anda membuat sales.
Jadi anda sekarang ini ada pilihan sama ada nak buat sendiri atau nak buat networking dengan mengajak rakan-rakan atau saudara mara untuk join atau anda bersama-sama dengan downline-downline anda buat bisnes ni sama2… sama2 buat… sama2 masyukkk…

Sangat MUDAH
Anda hanya perlu ‘promote’ sama yang macam anda lakukan pada bisnes-bisnes atau affiliate-affiliate lain.  Anda boleh promote untuk sesiapa yang nak pasang Streamyx atau kalau sibuk anda boleh promote untuk dapatkan sesiapa yang nak jadi agent. Bila ada yang berminat nak pasang Streamyx anda cuma dapatkan maklumat dan key-in dalam sistem. Kalau ada yang nak jadi agent suruh mereka register dalam link affiliate anda. Anda tak perlu pasang sebab pemasangan dilakukan oleh pihak Telekom Malaysia. Kalau ada apa2 masalah selepas pendaftaran, pihak Telekom Malaysia yang akan uruskan masalah-masalah tersebut. Anda hanya perlu ‘guide’ sahaja mereka apa yang harus dilakukan seperti nasihat mereka untuk hubungi 100 macam tu… Mudah kan?

Produk / Perkhidmatan yang memang dikenali ramai
Siapa yang tak kenal Streamyx? Siapa yang tak kenal Telekom Malaysia? Dalam Malaysia hanya satu sahaja broadband dan hanya Telekom Malaysia sahaja yang ada menyediakan perkhidmatan broadband iaitu Streamyx.
Sebagai agent anda tak perlu nak susah-susah memperkenalkan Streamyx di Malaysia. Iklan dan promosi Streamyx ada di mana-mana dan di semua media – di TV, radio dan surat khabar. Malah Telekom Malaysia sebagai suatu badan GLC (Government Linked Company) pastinya mendapat segala sokongan dari kerajaan Malaysia.

Produk / Servis yang merupakan suatu keperluan
Streamyx adalah satu-satunya broadband yang paling stabil dan mempunyai capaian tinggi serta laju berbanding lain-lain broadband. Hanya dengan Streamyx sahajalah yang membolehkan pengguna internet dapat melayari laman web yang penuh interaktif, menonton siaran online TV dan radio, menonton rakaman video secara online, bermain ‘online game’ tanpa ada sebarang masalah disebabkan kelajuan dan kestabilan yang ada padanya. Streamyx adalah lebih diperlukan sekiranya anda adalah seorang blogger atau webmaster yang banyak membuat kerja-kerja upload/download. Ini termasuklah juga sekiranya anda menggunakan internet untuk buat trading saham atau forex atau komoditi termasuk emas dan lain-lain logam berharga.

Sistem sokongan yang kuat dan mantap dari syarikat GLC (Government Linked Companies) – Telekom Malaysia Berhad
Pihak Telekom Malaysia ada menyediakan pelbagai program promosi dan pemasaran yang anda boleh sertai di tempat anda seluruh Malaysia.

Contohnya seperti pengalaman yang saya kongsikan di http://visi-sufi.com/journal/2010/04/tm-raaga-fun-tour-seremban-parade-one-nation-concert-video-included/


Sebenarnya ada beberapa lagi kelebihan-kelebihan yang anda akan perolehi bila menyertai kami menjadi rakan niaga…

Tak sempat nak tulis semua…

So apa kata anda hubungi saje saya terus di 0173367678 / 0193355399 (Sufian)

atau chatting online menggunakan Yahoo Messenger atau Skype: visisufi

Comments 1 Comment »

Salammm…

Ramai jugak yang bertanya kat saya bagaimana cara program affiliatea broadband Micropurple ni berfungsi…

Untuk pengetahuan, sebenarnya sebelum ni saya ada bagi penerangan tentang program affiliate broadband ni… tapi mungkin masih ada yang tak faham… mungkin cara penyampaian saya atau mungkin tak secara detail atau mungkin tak spesifik… so kat sini saya cuba terangkan sekali lagi… semoga anda semakin faham tentang program affiliate broadband yang saya kongsikan bersama-sama kat dalam blog ‘Catatan Visi Sufi…’ saya ni…

Apakah konsep program affiliate broadband Micropurple?

Program affiliate broadband Micropurple ini adalah program affiliate atau networking yang berasaskan kepada sales atau jualan. Program affiliate broadband Micropurple

  • BUKAN program passive income yang bagi duit tiap-tiap bulan…
  • BUKAN satu lagi program passive income…
  • TIADA konsep 4D – ‘Duduk Diam Dapat Duit’ dalam program affiliate broadband Micropurple
  • Komisyen atau duit hanya diperolehi apabila ada jualan atau sales yang berlaku sama ada oleh diri sendiri atau pun dari rangkaian
  • Sama macam anda menjadi agent sama ada Streamyx, Celcom Broadband atau P1 Wimax cuma di Micropurple anda berpeluang mendapat ‘overiding’ income bila rakan-rakan atau saudara mara yang anda lantik menjadi agent di bawah anda membuat jualan atau sales. Selain itu memang ada kelebihan-kelebihan lain yang saya akan ceritakan kemudian

Sebagai ahli apa yang perlu dilakukan untuk mendapat income?

Untuk mendapat income melalui program affiliate broadband Micropurple anda boleh lakukan dua (2) perkara atau dua (2) kerja

  1. Anda promote broadband Streamyx, Celcom Broadband dan P1 Wimax ikut seperti mana yang ada dalam pasaran dan daftarkan mereka yang berminat ke dalam sistem atas talian (online) yang disediakan oleh syarikat Micropurple. Anda akan dibayar komisyen terus ke akaun bank anda bila pendaftaran tersebut telah berjaya dilakukan dan pihak pengurusan sama ada dari TMNet atau Celcom atau P1 telah berjaya memasang broadband seperti yang dimohon semasa pendaftaran.
  2. Anda boleh lantik seberapa ramai downline dan latih mereka untuk buat jualan atau sales. Bila mereka berjaya membuat sales atau jualan anda juga akan mendapat overiding bonus dari hasil jualan mereka.

Apakah yang tidak perlu anda lakukan untuk mendapat income?

  1. Anda tidak perlu membuat pemasangan untuk Streamyx dan anda bukan lah technician kepada TM, Celcom, P1 atau Micropurple. Anda hanyalah promoter atau introducer. Kerja-kerja pemasangan dilakukan oleh pihak lain.
  2. Jika mereka yang telah anda daftarkan ada masalah, nasihatkan mereka untuk terus menghubungi pihak TM, Celcom atau P1. TM, Celcom dan P1 ada bahagian helpdesk masing-masing yang akan menguruskan masalah-masalah ini. Sekiranya anda ingin membantu mereka selesaikan masalah, itu adalah di atas inisiatif anda sendiri dan anda tidak akan dibayar untuk membantu mereka selesaikan masalah.

Adakah dengan menyertai program affiliate broadband Micropurple ini anda juga berdaftar sebagai reseller kepada TM, Celcom atau P1?

Tidak. Anda sebenarnya tidak berdaftar terus dengan TM, Celcom atau P1. Sebenarnya Micropurple yang berdaftar dengan TM, Celcom dan P1. Anda sebenarnya mendaftarkan diri kepada Micropurple dan anda adalah agent kepada syarikat Micropurple untuk sama-sama mencari peluang perniagaan sebagai agent pendaftaran Streamyx, Celcom dan P1 melalui Micropurple.

Di kesempatan ni saya nak ambil peluang untuk kongsikan beberapa fakta yang anda perlu tahu mengenai Micropurple

  • Micropurple BUKAN program duduk diam dapat duit, BUKAN pelaburan internet, BUKAN passive income, BUKAN MLM. Komisyen adalah berdasarkan kepada jualan atau sales.
  • Tiada apa-apa bayaran keahlian untuk menjadi agent broadband Streamyx, Celcom Broadband dan P1 Wimax di Micropurple. Pendaftaran adalah PERCUMA!
  • TIADA bayaran pendaftaran, TIADA bayaran keahlian, TIADA bayaran pengurusan (admin)
  • Jika anda tak buat sales, anda masih boleh dapat income bila downline-downline di dalam rangkaian anda membuat jualan atau sales.
  • Micropurple adalah Rakan Niaga kepada SNS Network (M) Sdn Bhd
  • SNS Network (M) Sdn Bhd adalah Top Reseller pada tahun 2009 kepada Telekom Malaysia (TM)
  • Anda boleh daftarkan broadband untuk pelanggan anda di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
  • Anda boleh daftar Micropurple dan daftarkan akaun anda sendiri untuk Streamyx, Celcom Broadband dan/atau P1 Wimax. Dengan cara ini anda secara tak langsung boleh dapat diskaun untuk pendaftaran tersebut. Broadband Dapat Duit (Diskaun) pun Dapat!
  • Anda boleh promote Streamyx, Celcom Broadband dan P1 Wimax melalui online dan offline.

Harap-harap anda sudah semakin faham dengan konsep affiliate broadband Micropurple.

Untuk mereka yang berminat, boleh lah daftar PERCUMA di dalam program affiliate broadband Micropurple di SINI
- http://www.micropurple.com/online/business/join_us.asp?no=WMP13482

Untuk keterangan atau berbincang lebih lanjut, sila hubungi saya di talian 017-3367678 atau 019-3355399 atau chattinng / discuss online melalui Yahoo Messenger (YM) atau Skype, ID: visisufi

Comments No Comments »

Assalamualaikum rakan-rakan Visi Sufi….

Insya Allah petang ni saya akan bertolak ke Kota Baru, Kelantan…

Esok pagi kalau berkesempatan ingat nak gi tengok Tuan Guru Nik Aziz bagi tazkirah pagi kat tengah-tengah Bandaraya Islam di Kota Baru, Kelantan.

So kalau ada sesiapa yang berminat nak jumpa borak-borak atau nak belajar-belajar tentang peluang affiliate broadband (Streamyx, Celcom Broadband dan P1 Wimax)
- http://www.micropurple.com/online/business/join_us.asp?no=WMP13482

Korang contact 0173367678 / 0193355399 nanti… Insya Allah ada kesempatan kita jumpa…

Comments No Comments »

Tinggal dalam 5 hari saje lagi sebelum tamat promosi promosi Streamyx Broadband untuk perniagaan / SOHO…

(untuk maklumat lanjut tentang pakej ini sila ke posting saya sebelum ini – Peluang Penjimatan untuk Pemilik Premis Perniagaan atau SOHO)

Kena lebihkan promosi ni… saya bercadang nak ke Shah Alam (depan SSM) sekejap lagi untuk buat promosi…

Ada yang berminat sama ada nak register untuk akaun sendiri atau nak jadi agent dan bergerak secara aktif promote kat rakan-rakan lain boleh lah register terus kat http://www.micropurple.com/online/business/join_us.asp?no=WMP11865

kat posting saya “Cara-cara nak daftar affiliate broadband Micropurple” ada ajar cara2 nak daftar affiliate boleh rujuk situ kalau tak faham cara2 nak register affiliate

boleh hubungi saya terus – 0173367678 / 0193355399 atau YM/Skype: visisufi

Thanx

http://www.micropurple.com/online/business/join_us.asp?no=WMP11865
Blog Widget by LinkWithin

Comments No Comments »

Ping blog