Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Posts Tagged “1 Syawal 1430 Hijrah”

Tahun ni giliran beraya bersama keluarga wife di Melawati…

Sebenarnya kedua mertua dari Kota Bahru, Kelantan… tapi disebabkan anak-anak mertua semua di KL so kami semua berhari raya di KL jugak lah…. biasanya kami ramai-ramai berkumpul di rumah Kak Nimma… 1 Syawal 1430 tahun 2009 ni jatuh pada  semalam – Ahad bersamaan 20 September 2009…

Hari Sabtu tu lagi sebenarnya kami ramai-ramai lagi termasuk keluarga Kak Mimmi dan Abe dah berkumpul di rumah Kak Nimma… (yang paling sulong)… Kak Ti je yang takde… sementara aku pulak sempat lagi buka gerai jual minyak wangi di kawasan Pasar Keramat selepas sahaja solat Isya’ di masjid Mu’adz Bin Jabar, Setiawangsa…

Sebenarnya itu adalah 1st time aku berniaga di kawasan yang ramai orang di kawasan yang antara popular di Bandaraya KL ni… aku tengok yang datang melawat Pasar Keramat malam tu memang ramai… peniaga-peniaganya pulak kelihatan agak agresif mempromosikan barangan masing2… ramai yang jual mercun dan bunga api… tak kurang jugak yang menjual pakaian… sebenarnya aku berani tak berani jugak nak jual minyak wangi malam tu… maklumlah tak biasa… kena hati2 jugak takut kawasan tu ada yang ‘menjaga’… nasib baik lah ada Kak Puteri… Kak Puteri telah bermurah hati memberikan sedikit ruang niaganya kepada aku… dapat jugak lah aku jual 5  botol malam tu… tu pun sebenarnya ada sorang yang aku kira sebagai ‘otai’ kawasan tu yang bertanya macam mana aku boleh berniaga kat situ malam tu… so aku bagitau dia Kak Puteri yang bagi tempat… memang sebelum tu pun Kak Puteri ada pesan kat aku… Kak Puteri pesan kalau ada sesape yang bertanya nanti bagitau Kak Puteri yang bagi tempat… Alhamdulillah malam tu takde apa2 yang diingini berlaku… aku masih ingat pesan orang tua-tua supaya kita menghormati dan bertimbang rasa ketika kita berdagang di tempat orang… maklum lah… adat orang berdagang dan merantau… apa2 pun malam tu aku berniaga tak lama… hanya sampai jam 11 malam sahaja… ikutkan hati kalau boleh aku nak cuba berniaga selama yang aku larat tapi disebabkan aku menumpang rumah orang so aku pun tutup awal…

Malam tu kami semua tido awal sebab esoknya nak bangun awal untuk solat sunat Aidilfitri…u Akhbar

Allah Hu Akhbar… Allah Hu Akhbar… Allah Hu Akhbar… Walillah Ilham…

Pagi tu kami ramai-ramai solat sunat Aidilfitri di masjid yang berdekatan dengan rumah Kak Nimma ni… ramai jugak yang solat di situ… Bangla dan Indon lebih ramai dari melayu… sampai aku terfikir tempat ni macam tempat Indon dan Bangla pulak kadang2 tu… apa2 pun kita semua umat Muhammad yang beragama Islam adalah bersaudara… so tak kisah lah… melayu ke… India ke… Cina ke… Bangla ke… Indon ke… yang penting kita semua dapat hidup sama-sama bersaudara… Alhamdulillah…

Balik dari solat sunat kami bergambar beramai-ramai di rumah…

Blog Widget by LinkWithin

Comments No Comments »

Ping blog