Baru balik dari menghadiri minum teh bersama leader-leader IISIS-International di Restoran Amir, Bandar Baru Bangi.
Sebenarnya mereka ini rata-ratanya ialah rakan seperjuangan di dalam Imuone International Berhad. Mungkin mereka pun pada asalnya macam saya yang sedang mencari peluang-peluang lain yang baru nak naik dan ada potensi untuk dimajukan.
Untuk ke laman web IISIS-International ini anda boleh lah klik gambar di bawah
Antara kekuatan company ialah mereka sudah pun mempunyai jaringan perniagaan yang kukuh hampir di seluruh dunia termasuklah di London, US, Hong Kong, Dubai, Singapore, Australia dan sekarang sudah ada di Jakarta dan Malaysia SEDANG merancang untuk meluaskan perniagaan mereka di Malaysia.
Antara kekuatannya yang lain pula ialah latar belakang syarikat yang kukuh berstatus ‘International Berhad’, produk dan perniagaan mereka juga bersandarkan pada emas, iaitu suatu nilai kukuh dan tidak akan jatuh nilainya malah semakin menaik dan pemampan nilai kewangan semasa inflasi.
Selain daripada produk dan perniagaan bersandarkan emas dan latar belakang syarikat yang kukuh tadi, antara faktor utama yang menarik di dalam IISIS-International ini ialah ia menawarkan satu lagi pakej ‘passive-income’ di mana kita tak perlu taja orang atau cari ahli, tak perlu jual barang tapi masih boleh dapat income tiap-tiap bulan. Selain daripada kita dapat duit mudah tiap-tiap bulan, ahli juga dapat laptop, handphone, emas999 mengikut pakej masing-masing, jadi di sini tidak tidak timbul soal syarikat terlibat dengan permainan duit atau ‘money game’ atau ‘money laundering’.
Sebenarnya jika dilihat sekali imbas, konsep di dalam IISIS ini adalah lebih kurang seperti Imuone Diamond Club. Sekiranya anda minat dengan konsep Imuone Diamond Club anda pasti teruja dengan konsep yang ditawarkan di dalam IISIS.
Program ini juga baru sahaja diperkenalkan bermula pada 17 Julai tempoh hari tapi katanya mereka telah pun bergiat memperkukuhkan groundwork mereka semenjak sebulan yang lepas. Jadi dari segi faktor masa dan tempat, ini adalah amat bersesuaian untuk anda yang berminat untuk membuat ‘networking’ di dalam IISIS.
Insya Allah kalau ada kesempatan esok saya akan bersama leader-leader ini melawat pejabat rasmi syarikat di area Jalan Kelang Lama dalam jam 2 petang lebih kurang dan akan update perkembangan lanjut di sini.
Tags:
emas,
emas999,
iisis,
iisis-international,
international,
Passive Income