Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Archive for the “IT & Computer” Category

FB ‘Like’ button adalah satu teknologi baru dari Facebook yang boleh digunakan untuk meningkatkan trafik ke blog / website.

Butang ini boleh diletakkan di mana-mana web atau blog dan pelawat-pelawat yang mempunyai facebook boleh terus tekan butang ‘Like’ dan mereka akan disenaraikan dalam member website atau blog tersebut dan mengikut kata Facebook mereka ini akan mendapat berita dari semasa ke semasa setiap kali anda update web / blog tersebut.

Saya baru letak kat dalam blog saya Catatan Visi Sufi… ni dan rakan-rakan yang mempunya facebook boleh lah cuba….

Facebook 'Like' button @Catatan Visi Sufi...

Facebook 'Like' button @Catatan Visi Sufi...

Pada pendapat saya lagi butang ‘Like’ ini adalah ‘two way communication’ di mana pemilik blog atau web boleh menyiarkan artikel mereka di web/blog kepada follower mereka di facebook dgn mudah manakala sesiapa yang klik butang ini pula akan disenaraikan dalam web/blog tersebut dan bila ada org lain yg klik pada nama/gambar anda, mereka juga akan sampai di page anda di Facebook… sama lebih kurang fungsinya macam MyBlogLog, NetworkedBlogs dan yang lain-lain yang seangkatan dengannya…

So saranan saya selain daripada masukkan butang ni ke dalam blog/web masing-masing, saya juga sarankan kepada mereka yang nak popular di Facebook atau nak mempromosikan diri mereka secara online melalui Facebook agar segera lah cari mana-mana web lain yang menggunakan butang ‘Like’ ini dan jangan segan sila untuk klik pada ‘Like’ tersebut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ‘Like’ di Facebook anda boleh layari di http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like

Comments No Comments »

Pernahkah anda terima email yang konon-kononnya daripada pihak pengurusan Google Gmail seperti di bawah:

Gmail Scam

Gmail Scam

Jika anda mendapat email yang meminta anda untuk mengemaskini maklumat peribadi anda seperti username, password, tarikh lahir dan negara seperti di atas saya nasihatkan anda untuk abaikan dan segera DELETE!

Sememangnya ini adalah email scam, suatu penipuan di mana ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyamar konon-kononnya mereka ni dari pihak pengurusan Gmail bertujuan bagi mendapatkan maklumat peribadi anda untuk mengakses akaun gmail anda.

Lepas mereka dah dapat maklumat-maklumat yang membolehkan mereka akses gmail anda, anda boleh lah ucapkan selamat tinggal kepada gmail anda tersebut dan yang lebih malang lagi sekiranya anda ada menggunakan email tersebut untuk tujuan-tujuan penting seperti perbankan dan sebagainya, silap-silap haribulan dengan akaun bank anda pun mereka akan dapat ceroboh dengan hanya merompak email anda.

Internet ni memang banyak kelebihan dan amat memudahkan urusan seharian anda tapi berhati-hati lah menggunakannya kerana internet ini hanya lah sebagai alat. Internet tak bersalah, internet tak jahat, tapi manusia yang menyalahgunakannya lah yang jahat.

Seumpama pisau sebagai alat memotong, mencincang, menyembelih kalau digunakan pada daging atau ikan untuk tujuan baik seperti buat korban atau untuk masak itu memang baik dan memang amat diperlukan tapi dalam masa yang sama jangan lupa ada orang yg juga boleh menggunakan pisau untuk merompak orang lain, membunuh orang lain dan sebagainya.

Sebenarnya untuk pengetahuan anda lagi, pihak pengurusan Gmail sebenarnya adalah dari Google dan pihak Google hanya akan hantar email daripada alamat email yang berakhir dengan doman @google.com tanpa sebarang pengubahsuaian pada ‘extension’ maksudnya bukan @google.net atau @google.us atau @google.org dan sebagainya hanya @google.com semata-mata.

Pihak Google juga sesekali tak akan membatalkan akaun Gmail anda tanpa sebab lebih-lebih lagi dengan meminta anda memasukkan username dan password kecuali sekiranya anda melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan. Lagi pun jika fikir secara logik, mereka telah pun ada maklumat username dan password dalam database mereka, jadi tiada sebab untuk mereka meminta lagi daripada anda andai benar mereka memang nak batalkan akaun anda!

Walau bagaimana pun saya telah pun buat aduan kepada pihak Google dan akaun penghantar tersebut telah pun dibatalkan beberapa hari yang lepas dan hari ini saya keluarkan posting ni di blog saya untuk meminta anda yang lain supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan penipuan seperti ini lagi.

Jika anda menerima email seperti ini dan tak tau apa nak buat, boleh minta nasihat saya dan Insya Allah saya akan bantu anda sebaik mungkin.

Comments No Comments »

The Free Yahoo Messenger Status Indicator for Your Website!

The free Yahoo Messenger Status Indicator we offer keeps track of the status of a selected Yahoo Messenger ID and shows if it’s online or offline. Webmasters or website owners can now benefit from this special tool, which indicates their yahoo messenger status directly on their site(s) for free. Our Yahoo Messenger Online Status Indicator gives webmaster’s the possibility to get more easily contacted by business partners or clients.

Untuk mana-mana webmaster yang nak tunjukkan status Yahoo Messenger (YM) mereka sama ada tengah online atau offline boleh lah menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh website ini – http://www.imvisible.info/status-indicator.php

Gambar yang disediakan untuk status YM agak menarik dan tambahan lagi kita boleh dapat ubahsuai lagi beberapa kriteria untuk ‘indicator’ ini.

Cuba lah!

http://www.imvisible.info/status-indicator.php

Selain menyediakan icon indicator, website ini juga ada sediakan ‘detector’ kalau kita nak tau sama ada seseorang itu hanya dalam status ‘invisible’ (sembunyi) atau memang offline.

Cukup menarik!

Yahoo Messenger Status Indicator

Yahoo Messenger Status Indicator - Klik untuk ke website sebenar

Comments No Comments »

Saya baru jumpa dua website menarik tentang cara-cara nak jadikan website kita lebih SEO (Search Engine Optimization) friendly.

Google Keyword Tool Box – http://www.googlekeywordtool.com/

Google’s Search Engine Optimization Starter Guide – http://www.googlekeywordtool.com/reports/search-engine-optimization-starter-guide.pdf

Comments No Comments »

Rakan-rakan…

Sambil ber’tenet’ atau buat keje online tu penuhkan setiap saat anda dengan zikirullah… fiqih agama… lagu-lagu nasyid yang mengandungi banyak pengajaran… melalui siaran radio IKIM.fm secara online…

Dengan mendengar siaran radio IKIM.fm melalui toolbar ni juga anda tak perlu ganggu orang lain yang mungkin nak tengok TV atau nak dengar siaran radio yang lain.

Nak dengar siaran radio IKIM.fm secara online ni boleh lah kita download toolbar IKIM.fm di http://ikimfm.ourtoolbar.com/

IKIM Toolbar

IKIM Toolbar

Blog Widget by LinkWithin

Comments 1 Comment »

Ping blog