Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Archive for the “Isu Semasa” Category

Terkejut betul aku bila terbaca salah satu artikel blog yang dikongsikan oleh rakan Facebook…

Dalam artikel ni memang jelas sangat memperjuangkan bangsa dan kaum dan boleh menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang membacanya…

Lihat pada tajuknya sahaja sudah cukup membayangkan apakah sebenarnya yang cuba disampaikan…

MELAYU MESTI BACA – kebenaran peristiwa 13 Mei

awal-awal tajuk lagi dah mention ‘Melayu mesti baca’… secara mudahnya penulis blog ingin menyebarkan sesuatu tentang ‘Melayu’ dan bila dikaitkan pula dengan peristiwa 13 Mei yang kita semua tahu ia adalah hari paling gelap di Malaysia yang diakibatkan oleh fahaman bangsa dan perkauman di mana Melayu, India dan Cina bergaduh sesama kita… Masya Allah… sedih… sedih…

Islam adalah agama suci yang bukan sahaja cintakan kebenaran malah cintakan kedamaian dan keamanan…

Oleh itu Islam tak ajar umatnya mempertahankan bangsa atau kaum… Islam ajar kita untuk mempertahankan agama..

Islam bukan hanya milik Melayu sahaja… Islam juga milik Cina dan juga India serta beberapa bangsa dan kaum lain di bumi…

Islam diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. bukan hanya utk org arab sahaja… tapi untuk seluruh umat manusia…

Astaghfirullah Al Azimmm… menangis rasanya kalau Rasulullah masih ada sekarang ni tengok fahaman bangsa dan kaum lebih diutamakan dari agama Islam yang dibawa oleh baginda… masalahnya yang memperjuangkan agama dan kaum lebih dari agama tu bukan org lain.. tapi org yg konon2nya mengaku dia org Islam…. Islam ke kalau macam ni?

Udah-udah lah tu… kita semua berasal dari ayah dan ibu yang sama… Adam dan Hawa..

Sedihlah tengok orang Islam berfikiran macam ni…

Seharusnya artikel Peristiwa 13 Mei macam ni bukan lah tempat untuk kita mengapi-apikan lagi hembusan semangat kebangsaan dan perkauman…

Seharusnya sesiapa juga yg terlibat di dalam artikel ini termasuk juga penulis blog ini… seandainya cintakan keamanan dan kesejahteraan dia tak akan memburukkan lagi keadaan sebaliknya menasihatkan yang inilah akibatnya sekiranya bangsa dan kaum itu diangkat dan dijulang lebih daripada agama yang lebih suci sifatnya… lebih menyeluruh dan menyeru kepada perpaduan dan keamanan…

Ya Allah… aku berlindung kepada Mu.. daripada kejahatan manusia dan mereka yang ingin membawa kerosakan kepada anugerah dan pemberian Mu selama ini… Amin Ya Allah….

Comments No Comments »

L a ni macam2 spekulasi tentang tarikh PRU-13…

Ramai yg bgtau PRU-13 dah tak lama lagi… mungkin dalam Q1 tahun depan sama ada Mac atau April…

Apa2 pun lebih baiklah kita pastikan nama kita masih berdaftar sebagai pengundi mengikut kawasan masing-masing…

Maklumlah takut lah kalau nak mengundi esok nama kita tak tersenarai pulak atau tiba-tiba kita kena mengundi kat tempat lain dan bukan kat tempat pilihan kita sendiri…

Jom semak daftar pemilih di SINI

Comments No Comments »

Pagi tadi masa belek2 suratkhabar di 7E kat kawasan rumah aku ternampak satu berita dan gambar yang sukar diucapkan…

Cuba korang tengok gambar ni… pandang dengan mata hati…. apa yang anda fikir dan rasakan di dalam hati…

sayu… terharu… hiba… itu lah apa yang saya rasa dan fikirkan bila pertama kali terpandangkan gambar ni…

yang lebih buat saya terasa ialah kematian ni berlaku hanya beberapa minit sahaja sejurus selepas suaminya hantar isteri ke tempat keje…

siapa sangka benda nak jadi macam ni kan? ajal maut di tangan tuhan…

mungkin sebelum isteri berpisah dengan suami mereka ada berbincang tentang masa depan… tentang anak-anak… tentang plan mereka 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun akan datang…

mungkin juga sebelum mereka berpisah mereka ada berkongsi kisah yang amat menggembirakan berlaku pada hujung minggu hari tu…

mungkin sebelum berpisah si isteri nak ceritakan sesuatu kepada suami tetapi dipendam dulu kerana masa kurang sesuai…

mungkin juga sebelum berpisah mereka ada perselisihan faham dan pertengkaran kecil…

mungkin… mungkin… mungkin… namun apabila Allah mengkehendaki sesuatu berlaku PASTI ia akan berlaku… tak pernah terlebih atau terlewat walau sesaat…

maka setelah berlaku maka tamat lah segala perancangan… tamat lah segala saat-saat kegembiraan… tamat lah apa saje yang dipendam dan ingin disampaikan… tamat lah segala persengkataan… maka terpisahlah segala-galanya yang tinggal antara isteri dan suami…

Ya Allah… Daripada Kamu kami datang dan hanya kepada Mu sahaja lah segala-galanya ini dipulangkan…

Yang pergi tetap pergi tak akan kembali lagi… yang tinggal harus terus tabah menghadapi dugaan dan berusaha semoga akan bertemu kembali di syurga…

Semoga isteri sabar dan tabah menghadapi segala dugaan… Semoga roh suami bersemadi dengan aman dan alangkah gembiranya suami andai dia tahu betapa sayangnya isteri kepada dia… semoga si suami tahu bahawa dia mempunya seorang isteri yang amat setia dan amat menyanginya…

Semoga kisah suami isteri ini menjadi tauladan kepada kita semua terutama yang mempunyai suami atau isteri…

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai”. (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)

Allah… Allah… Allahhhh… Mudahnya untuk para isteri masuk syurga…. Subahanallah…

Bacalah kisah yang dilaporkan di dalam Harian Metro hari ini atau boleh baca secara online di SINI

Comments No Comments »

Membangun Bersama Islam

Begini lah sekiranya politik berasaskan Islam

Bukan mempolitikkan Islam seperti banyak yang dilakukan oleh kebanyakkan pemimpin di Malaysia….

Persembahan Pentomen

Semoga lebih ramai pemimpin yang mempunyai roh dan semangat perjuangan Islam seperti Tuan Guru Nik Aziz…

Insya Allah sekiranya ramai pemimpin yang macam ni, bukan setakat Islam yang akan dimartabatkan malah yang bukan Islam juga akan hidup sejahtera, aman dan tenteram begitu juga dengan seluruh penduduk dunia… Insya Allah… Aminnn….

Comments No Comments »

Tahniah Warga FELDA! Teruskan perjuangan memartabatkan ketuanan rakyat!

Ini menunjukkan kita rakyat boleh berdiri sendiri kalau kita sama2 sepakat untuk memperjuangkan hak kita sebagai rakyat!

Teruskan Perjuangan!



Mahkamah Persekutuan arah Felda bayar RM11 juta kepada peneroka – Harakahdaily

PUTRAJAYA, 26 Ogos: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan mahkamah sebelum ini yang mengarahkan Felda membayar pampasan lebih RM11 juta kepada 354 peneroka sebuah rancangan Felda di Kelantan.

Keputusan ini dipercayai akan membuka ruang kepada lebih tindakan saman terhadap Felda dalam isu manipulasi pengredan kelapa sawit oleh Felda terhadap penerokanya.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Panel hakim selain Alauddin adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya.

Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkan Felda membayar RM7.8 juta bersama faedah kepada peneroka-peneroka itu setelah peguam agensi itu gagal hadir di mahkamah semasa saman itu didengar.

Selepas mendengar keterangan saksi-saksi mereka, mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka.

(Gambar: Para peneroka Felda bersama peguam mereka di perkarangan Mahkamah Persekutuan hari ini…gambar Malaysiakini)


Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada RM11 juta bersama faedah terkumpul. Setiap peneroka dianggarkan akan menerima RM30,000 sebagai ganti rugi.

Mereka menyaman Felda bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu telah memberikan nilai yang rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga menyebabkan kerugian kepada mereka.

Mereka menamakan Felda, pengurus Felda Kemahang 3 Ibrahim Ismail (yang telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan. Seramai 100 peneroka hadir di mahkamah hari ini.

Mereka diwakili sepasukan peguam diketuai Wan Rohimi Wan Daud manakala Felda diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Tahniah dari PAS

Sementara itu, PAS merakamkan ucapan tahniah kepada 354 peneroka Felda Kemahang 1 yang berjuang bagi menegakkan hak dan keadilan lebih sepuluh tahun.

Kesabaran menanti keputusan mahkamah membuahkan hasil bilamana mahkamah memutuskan Felda membayar sebanyak RM11 juta sebagai gantirugi kerana menipu gred kelapa sawit mereka.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

“Dengan keputusan hari ini bermakna apa yang didakwa oleh persatuan ANAK adalah tepat dan ia akan membuka mata pihak berkenaan agar membayar kepada seluruh peneroka gred perahan yang sebenar,” kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

PAS, kata Tuan Ibrahim,  menyelar kenyataan dari Pengerusi Felda Datuk Dr Yusuf Nor baru-baru ini bahawa parti pembangkang memasuki Felda untuk memecahbelahkan peneroka felda.

“Kami hanya inginkan keadilan kepada peneroka Felda yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Tidak timbul soal memecahbelah felda; kerana sebahagian penyokong dan ahli PR adalah peneroka dan generasi kedua Felda,” kata beliau.

Katanya lagi, mereka menuntut keadilan agare diberi ke atas mereka, dan kerajaan seharusnya tidak mengula-gulakan mereka dengan memberi duit raya sedangkan di waktu yang sama merampas hak gred  perahan sawit jauh lebih besar dari apa yang diberi sebagai saguhati tersebut.

“Bagi PAS Felda mesti berterus terang dalam segala urusan dengan peneroka, bukan hanya mengenakan pelbagai potongan dalam keadaan peneroka dipaksa menerima harga dan kos yang ditentukan oleh felda.

“Kos seperti baja, meracun, jalan ladang, loding dan sebagainya sehingga hutang peneroka Felda mencecah angka yang tidak munasabah; namun oleh kerana mereka terikat dengan perjanjian yang tidak adil menyebabkan hasil mereka terus dipotong oleh Felda,” katanya.

Cepatkan geran peneroka

Sehubungan itu, PAS juga, katanya, mengesa pihak Felda menyegerakan geran hak milik kepada semua peneroka yang telah selesai melunaskan bayaran kembali, bahkan ada di antara peneroka telah melunaskan hutang lebih dari 5 tahun, namun masih belum mendapat geran hak milik lagi.

“Semoga kejayaan hari ini membuktikan bahawa PAS dan PR benar-benar berjuang demi membela nasib peneroka Felda yang telah ditindas bertahun-tahun lama oleh sistem yang tidak adil kepada mereka,” katanya.

Sumber:http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28355:mahkamah-persekutuan-arah-felda-bayar-rm11-juta-kepada-peneroka&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124


Pakcik Kayo! Hehehe bestnya orang Felda beraya tahun ni…

Blog Widget by LinkWithin

Comments No Comments »

Ping blog