Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Archive for the “Info Halal” Category

Harap sekarang ni dah clear pasal logo Halal yang dikeluarkan oleh HDC


Aduan :

Asalam’kum,

Saya ingin bertanya samada logo halal tu hanya di keluarkan oleh pihak HDC sahaja atau sebaliknya. Ini adalah kerana kebanyakkan premis restoran di sekitar Kelana Jaya, Petaling Jaya mempamirkan logo halal “South east asia Islamic Council” yang beralamat di Taman Tun Dr Ismail, KL.
Ini mendatangkan banyak kemusykilan tentang kesahihan sijil halal yang dipamerkan.
Wasalam.


Tarikh Aduan :23/03/2009 – 06:18:30


Jawapan :

Waalaikumsalam.. Terima Kasih kerana bertanya. Logo halal yang diiktiraf oleh pihak kerajaan hanyalah yang dikeluarkan oleh HDC & Jab Agama Islam negeri.Selain daripada itu tidak diiktiraf oleh kerajaan sama sekali.

Sumber: http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=aduan/aduan_siar#

Comments No Comments »

Aduhhh…. Terkono lagi den ni haaa! Masya Allah…. Astaghfirullah Al Azimmm…. Ya Allah! Ampunilah aku dan seluruh zuriatku di atas kejahilan aku selama ini…


Aduan :

Assalamualaikum,
adakah premis restoran The Manhattan Fish Market.
Conothnya di Alamanda Putrajaya, Ikano Power centre, Sogo dan Centre Point mendapat Logo Halal from HDC atau JAKIM.


Tarikh Aduan :14/04/2009 – 01:28:47


Jawapan : Waalaikumsalam, Restoran tersebut tiada didalam rekod JAKIM/HDC. Sekian. Terima Kasih

Comments No Comments »

Patutlah masa beli kat Big Apple ari tu takde org langsung! Ingatkan donut Big Apple dah tak sedap… rupa2nya dah tak HALAL… Sabor jer lah…


Aduan : adkah KEnny Roagers mendapat sijil Halal dari pihak Jakim?begitu juga dgn Big Apple@Donut J Co?


Tarikh Aduan : 27/04/2009 – 00:53:42


Jawapan : Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini. Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih

Sumber: http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=aduan/aduan_siar#

Comments No Comments »

Ni sebenarnya adalah salah satu tempat favorite aku sebelum ni… Nampaknya sekarang ni aku kena lupakan buat selama-lamanya sehingga diiktiraf HALAL…


Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)

Aduan :

Assalamualaikum

Saya nak bertanya, adakah “JOHNNY’S RESTAURANT” disahkan HALAL 100% oleh Jakim, baik makanan dan juga minumanya.

Ini kerana saya telah menyemak statusnya disini namun rekod tidak ditemui, malah saya pernah nampak restoran ini memaparkan status HALAL, jadi adakah sijil HALAL telah luput ataupun memang mereka tidak pernah memohon sijil HALAL.
Rata-rata pengujung adalah Masyarakat Islam, dan jika ada logo HALAL walhal tidak HALAL maka ini telah dianggap menipu serta tidak sensitif terhadap masyarakat ISLAM.

Sekian, terima kasih


Tarikh Aduan :14/04/2009 – 15:49:50


Jawapan :

Waalaikumsalam.. Terima kasih kerana bertanya. Johhny’s rest tidak pernah memohon halal dari JAKIM/HDC. Ternyata sijil halal yg dikeluarkan adalah datang dari badan islam yg kita tidak pernah iktiraf.Harap pengguna Islam tidak terpedaya dengan logo Halal restoran tersebut. Sekian Terima Kasih

Sumber: http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=aduan/aduan_siar#

Blog Widget by LinkWithin

Comments 1 Comment »

Ping blog