Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Archive for the “Himpunan Hadis” Category

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, “manakala Allah mencintai seseorang, Dia akan memanggil Jibril seraya berkata, ‘Aku mencintai si Fulan. Wahai Jibril cintai pula dia’. Jibril pun mencintai orang itu dan mengumumkannya kepada semua penduduk langit. Allah mencintai si Fulan, maka cintai pula dia oleh kalian semua,’ maka semua penduduk langit mencintai orang itu, dan kemudian dia memperoleh kesenangan-kesenangan dari penduduk bumi’”.

Comments No Comments »

Assalamualaikum….

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.
Ucapan zikir Subhaanallah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.
Sembahyangitu adalah cahaya.
Sedekah itu adalah saksi.
Sabar itu adalah sinaran.
Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu.
Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.

(Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Comments No Comments »

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas.

(Muttafaq ‘alaih)

Comments No Comments »

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Saya memberi jaminan sebuah rumah dalam halaman syurga bagi seseorang yang meninggalkan berbantah-bantah, sekalipun ia berada dalam kebenaran, juga sebuah rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan dusta, sekalipun dengan maksud bersenda gurau, demikian pula sebuah rumah di tanah tinggi syurga bagi seorang yang memperbaiki budi pekertinya.”

Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.

Azza’im ertinya seorang yang memberikan jaminan. Makna aslinya ialah pemimpin.

Comments No Comments »

Daripada Aisyah r.a., katanya, “Tidak pernah sama sekali Rasulullah s.a.w. itu diberi pemilihan antara dua macam perkara, melainkan beliau s.a.w. tentu mengambil (memilih) yang termudah di antara keduanya itu, asalkan yang dianggapnya termudah ini bukannya merupakan suatu hal yang dosa.M”

“Jikalau hal itu berupa suatu dosa, maka beliau s.a.w. adalah sejauh-jauh manusia daripadanya. Rasulullah s.a.w. juga tidak pernah sama sekali membalas sesuatu yang ditujukan pada diri peribadinya, melainkan jikalau kehormatan Allah itu dilanggar, maka beliau s.a.w. pasti membalasnya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah belaka.”

(Muttafaq ‘alaih)

Blog Widget by LinkWithin

Comments 1 Comment »

Ping blog