Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Archive for the “In Person” Category

Sophy Sufian in Person berkongsi pengalaman-pengalaman hidup dan pandangan berkenaan kehidupan semasa dan kehidupan sendiri serta apa yg berlaku disekelilingi hari ke hari…

Man In The Mirror – Michael Jackson

lyric:

I’m gonna make a change,
for once im my life
It’s gonna feel real good,
gonna make a diference
Gonna make it right…

As I, turn up the collar on
my favorite winter coat
This wind is blowing my mind
I see the kids in the streets,
with not enought to eat
Who am I to be blind?
Pretending not to see their needs

A summer disregard,a broken bottle top
And a one man soul
They follow each other on the wind ya’ know
‘Cause they got nowhere to go
That’s why I want you to know

I’m starting with the man in the mirror
I’m asking him to change his ways
And no message could have been any clearer
If you wanna make the world a better place
(If you wanna make the world a better place)
Take a look at yourself, and then make a change
(Take a look at yourself, and then make a change)
(Na na na, na na na, na na, na nah)

I’ve been a victim of a selfish kind of love
It’s time that I realize
That there are some with no home, not a nickel to loan
Could it be really me, pretending that they’re not alone?

A willow deeply scarred, somebody’s broken heart
And a washed-out dream
(Washed-out dream)
They follow the pattern of the wind ya’ see
‘Cause they got no place to be
That’s why I’m starting with me
(Starting with me!)

I’m starting with the man in the mirror
(Ooh!)
I’m asking him to change his ways
(Ooh!)
And no message could have been any clearer
If you wanna make the world a better place
(If you wanna make the world a better place)
Take a look at yourself, and then make a change
(Take a look at yourself, and then make a change)

I’m starting with the man in the mirror
(Ooh!)
I’m asking him to change his ways
(Change his ways – ooh!)
And no message could have been any clearer
If you wanna make the world a better place
Take a look at yourself and then make that..
(Take a look at yourself and then make that..)
CHANGE!

I’m starting with the man in the mirror
(Man in the mirror – Oh yeah!)
I’m asking him to change his ways
(Better change!)
No message could have been any clearer
(If you wanna make the world a better place)

(Take a look at yourself and then make the change)
(You gotta get it right, while you got the time)
(‘Cause when you close your heart)
You can’t close your… your mind!
(Then you close your… mind!)
That man, that man, that man, that man
With the man in the mirror
(Man in the mirror, oh yeah!)
That man, that man, that man,
I’m asking him to change his ways
(Better change!)
You know… that man
No message could have been any clearer
If you wanna make the world a better place
(If you wanna make the world a better place)
Take a look at yourself and then make the change
(Take a look at yourself and then make the change)
Hoo! Hoo! Hoo! Hoo! Hoo!
Na na na, na na na, na na, na nah
(Ooooh…)
Oh no, no no…

I’m gonna make a change
It’s gonna feel real good!
Come on!
(Change…)
Just lift yourself
You know
You’ve got to stop it,
Yourself!
(Yeah! – Make that change!)
I’ve got to make that change, today!
Hoo!
(Man in the mirror)
You got to
You got to not let yourself…
brother
Hoo!
(Yeah! – Make that change!)
You know – I’ve got to get
that man, that man…
(Man in the mirror)
You’ve got to
You’ve got to move! Come on!
Come on!
You got to…
Stand up! Stand up! Stand up!
(Yeah! – Make that change)
Stand up and lift yourself, now!
(Man in the mirror)
Hoo! Hoo! Hoo!
Aaow!
(Yeah! – Make that change!)
Gonna make that change…
come on!
You know it!
You know it!
You know it!
You know it…
(Change…)
Make that change.

Lagu ni membuatkan saya terfikir supaya jangan menuding jari kepada orang lain untuk merubah keadaan…

Sesungguhnya di dalam Islam juga ada mengajar penganutnya yang keadaan tidak akan berubah selagi kita sendiri tidak mengubah keadaan…

dan oleh kerana kita rata-rata ada tendency untuk menyalahkan orang lain atau mengharapkan orang lain untuk mengubah keadaan maka saya fikirkan ‘man in the mirror’ adalah perkataan yang sungguh tepat untuk menggambarkan kita boleh menuding jari mengharapkan orang lain untuk merubah keadaan dan orang itu adalah diri kita sendiri di sebalik cermin… dan kita semua mampu lakukan perubahan untuk kebaikan bersama  demi agama, bangsa dan negara serta yang lebih sejagat lagi – dunia… akhirnya semua ini akan kembali semula kepada kita… jika kebaikan yang kita berikan… kebaikan juga lah yang akan kembali kepada kita…. jika kejahatan atau kerosakan yang kita berikan… kejahatan dan kerosakan juga lah yang akan menimpa kita…

I’m starting with the man in the mirror
I’m asking him to change his ways
And no message could have been any clearer
If you wanna make the world a better place
Take a look at yourself and then make that..
CHANGE!

Comments 1 Comment »

Assalamualaikum…

Ayah saya mempunyai sebuah unit apartment di Anggerik Apartment, Taman Putra Perdana

Sesiapa yang berminat dan sedang mencari tempat tinggal di area Taman Putra Perdana boleh lah hubungi ayah saya di talian 019-3822534 atau 0192712240 bercakap dengan Hj Sulaiman Omar.

Unit apartment tersebut berdekatan dengan pintu masuk utama Putra Perdana (tak perlu masuk dalam). Tiap2 Jumaat malam Sabtu ada pasar malam di kawasan sebelah dan sekolah pun tak jauh dari rumah. Kawasan kedai (nak makan / nak beli barang2) pun tak susah serta berdekatan.

Sebelum ni dah ada orang sewa dan sekarang rumah tersebut telah pun dicat baru dan dibaik pulih serta sedia untuk menerima penyewa baru.

Saya ada ambil beberapa gambar dan kalau nak tengok betul2 nanti boleh diuruskan.

Comments No Comments »

Masuk hari ke-2 kami di Kuching, Sarawak…

Sebenarnya sekarang ni tengah musim hujan… dan dengar berita… kat Sabah dah banjir dan bah… teruk jugak lah kat Sabah sana… nasib baik lah kat Kuching ni masih ok tak sampai banjir macam tu…

Ya Allah… permudahkanlah perjalanan kami selama kami di Kuching, Sarawak ni…

Alhamdulillah… pagi ni tak hujan… cuaca nampaknya sangat baik…. mungkin Allah kabulkan jugak doa kami agaknya… dapat jugak lah kami berjalan… tengok2 tempat orang….

Kami bercadang nak pegi melawat Kampung Budaya pagi ni… org cakap kalau tak pegi Kg Budaya bila dah sampai Kuching, Sarawak ni macam tak sah… serupa macam tak pegi Kuching, Sarawak…

So pagi tu selepas sarapan pagi di hotel kami pun bertolak lah ke Kampung Budaya…

Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit dari hotel kami… kiri kanan banyak kawasan paya bakau dan boleh nampak Gunung Santubong sebab Kampung Budaya ni letaknya di kaki Gunung Santubong…

Kampung Budaya ni ada 7 rumah kesemuanya yang mewakili 7 kaum terbesar di Sarawak yang kaya dengan adat dan budaya mereka… disebabkan Sarawak ni kaya dengan pelbagai adat dan budaya kaum2 di dalamnya… so diujudkan lah Kampung Budaya ni… tujuannya untuk memudahkan pelancong2 mengenali kaum2 di Sarawak ni dgn lebih mudah dan menjimatkan masa… so kalau ada kesempatan lagi boleh lah lawat kampung diorang yg betul2… yg real… so sementara ni kita ‘browse thru’ aje lah dulu…

Kampung Budaya ni ada 7 rumah kesemuanya…

  1. Rumah Bidayuh
  2. Rumah Iban
  3. Rumah Penan
  4. Rumah Orang-Ulu
  5. Rumah Melayu
  6. Rumah Cina
  7. Rumah Melanau

ada sesetengah rumah ni berpenghuni tetap… yang ada sampai 20 tahun tinggal kat area sini pun ada…. tak tau pulak masa tu Kg Budaya ni dah ada ke belum… mungkin sebab mereka dah ada di sini lebih awal lagi… so pihak pengurusan pun membenarkan mereka tinggal… agaknya lah kot…

maka bermulalah eksplorasi kami di Kampung Budaya…

Mula2 kami ke Rumah Melayu… masa kami sampai… mereka pun tengah bersemangat buat tarian joget… yang perempuan ketuk gendang… yang lelaki berjoget…

di dalam rumah ini juga dipamerkan balai untuk pasangan yang baru berkahwin…

balai kahwin yang berwarna warni...

di dapur pula… org pompuan tgh sibuk buat kuih…

teringat aku kat suasana dalam rumah aruah nenek aku dulu...

Yang ni tukang masak baru... import dari Bandar Baru Bangi...

Kemudian kami ke Rumah Melanau… agak tinggi jugak rumah ni… dan agak gelap suasana kat dalam dia… serta banyak bilik…

Lepas Rumah Melanau kami ke Rumah Orang-Ulu pulak… Rumah Orang-Ulu lebih tinggi dari Rumah Melanau… tengok lah tangganya pun sampai 3 tingkat…

Tinggi betul Rumah Orang-Ulu ni...

dan macam biasa… mummy terpaksa kena tinggal kat bawah lagi… kali ni nasib baik mummy ada kawan yang senasib dgn dia… sama2 pakai kerusi roda…

sama2 pakai kerusi roda... sama2 kena tinggal kat bawah... apa leh buat... rumah semua tinggi2...

yang si ayam ni pulak macam faham2 je kami nak masuk rumah dia… bukan main lagi dia berkokok… macam nak sambut kitorang masuk rumah je…

dan yang pemain sapek ni pulak… driver kami bagitau…. dia dah terkenal sampai ke peringkat antarabangsa sebagai pemain sapek… kalau tak silap siap dah pernah sampai ke Hollywood… mungkin sebab takde org lain yang boleh main sapek sepandai dia agaknya…

dan kami teruskan lagi perjalanan sampai kat Rumah Penan… rasanya cerita2 pasal kaum Penan ni pun dah banyak keluar TV… so mungkin lah boleh bayangkan macam mana diorang ni kot? Kaum Penan dan Rumah Penan ni boleh lah dikatakan sebagai kaum yang paling simple kehidupan dia… rumah pun simple gile… kecik je tepi jeram…

kat Rumah Penan ni juga sempat lah saya mencuba sumpit… maklum lah murah je… 3 kali cuba RM1… bila lagi nak mencuba kan? dah cuba baru tau… bukan mudah rupa2nya nak menyumpit ni…

pukul 11:30 pagi akan ada performance dari wakil2 suku kaum masing2 di theatre atau auditorium tertutup yang disediakan… tapi jam baru pukul 11… masih sempat lagi kalau nak lawat 1 lagi rumah… dan kami pun sampai lah ke Rumah Iban… tapi disebabkan masa yang suntuk… kami tak masuk… cuma tengok dari luar je…

dalam perjalanan kami terserempak dengan satu kumpulan pelancong/pelawat yang ada tourist guide sama2 dgn mereka… so kami pun ambil kesempatan dengar cerita2 dari tourist guide tersebut…

antara yang menarik ialah penerangan tentang patung ni…

Patung ni dipercayai oleh kaum Iban untuk menjaga rumah mereka daripada anasir2 jahat

apa yang menarik tentang patung ni ialah ia dipercayai oleh kaum Iban sebagai ‘penjaga’ rumah mereka dari anasir2 yang tidak baik… dulu sebelum mereka ada agama… mereka mempercayai jika ada sesiapa yang berniat tidak baik untuk masuk ke rumah ini maka mereka akan pengsan betul2 di hadapan patung ini dan kaum Iban akan terus pancung / sembelih sesiapa sahaja yang mereka jumpa jatuh di tempat berdekatan patung ini… cukup mengerikan…

Okay… jam dah pukul 11 lebih… kami pun teruskan perjalanan ke auditorium… nak tengok live performance cultural show…. rumah lain2 boleh tengok lepas cultural show…

(bersambung…)

Comments No Comments »

Pada 15hb, Jumaat lepas, saya bersama isteri serta papa dan mummy… tak lupa si kecil Solehin telah berpeluang bercuti ke Kuching, Sarawak…

Pegi sana sebab dapat voucher percutian dari Cintai Holliday Malaysia…  dan combine dgn tiket government wife… so kitorang merge dua tiket ni dapat tukar jadi apartment…

Kami bertolak 15hb ari tu jam 11 pagi flight ke Kuching dari KLIA (Kuala Lumpur International Airport) naik Malaysia Airline (MAS)…

terima kasih kat Abg Radhi dan Kak Ti sebab tolong hantar kami ke airport

Abg Radhi, Kak Ti hantar ke airport

Check In Sebelum Bertolak ke Kuching

Solehin tunggu flight ke Kuching, Sarawak

Bila lah... aku boleh naiki belon ni? Tak sabar dah nak ke Kuching, Sarawak ni...

Errr... apa kapalterbang ni buat dalam cermin ni?

Kami sampai airport Kuching, Sarawak dalam lebih kurang jam 1 macam tu…

Wahhh! Airplane... Airplane...

Go Papa! Go Papa!

Alhamdulillah… sampai jugak kami ke Merdeka Palace… hotel yang akan kami tinggal selama 4 hari 3 malam selama kami di Kuching, Sarawak ni… hotel ni berkonsepkan ekslusif sesuai dengan namanya Merdeka Palace… taraf 4 bintang… Alhamdulillah… merasa jugak lah duduk hotel mahal macam ni sebab guna voucher… kalau nak belanja sendiri… 4 hari 3 malam pulak tu… ntah bila lah agaknya berpeluang macam ni… syukur Alhamdulillah…

Malam tu… saya sempat call Pian Razak (GlobalTent ialah ID dia dalam forum CariGold) dia ni jugak salah seorang admin/mod dalam forum CariGold… sempat jugak lah mengeteh dgn dia kat salah sebuah hotel di Kuching, Sarawak ni… dan sempat lah jugak dia bawak jalan2… tengok kedai butik mak dia (Anggun)… kedai kek lapis kawan dia (katanya kawan dia ni mmg betul2 buat kek lapis ni secara komersial sampai berjaya mendapatkan sijil halal… dan kek lapisnya juga menggunakan bahan2 yang bersih lagi halal… bukan sembarangan… boleh dikatakan serba serbi terjaga… so harganya pun… faham2 je lah…)… GlobalTent juga sempat tunjuk Satok… Satok ni ialah pasar awam dan tempat famous utk sesape yang minat dgn ikan terubok… aku tak berapa minat sangat… so just lalu dan tengok tempat je lah… lagi pun dah lewat malam dan takde org niaga pun… dan sebelum balik… on the way nak beli makanan ringan semasa kat hotel nanti… GlobalTent sempat jugak tunjukkan TopSpot… TopSpot ni terkenal dgn sea food dia… Insya Allah ada kesempatan mmg nak kami bercadang nak pegi…

Comments No Comments »

Saya menerima sebuah email berbunyi:

“Assalamualaikum ustaz. Saya nak minta pandangan ustaz tentang hasrat saya berhenti belajar. Saya sudah hilang minat dengan study saya sekarang. Untuk pengetahuan ustaz, saya sedang menuntut di sebuah IPT di dalam bidang kejuruteraan. Saya mahu belajar agama, supaya saya faham al-Quran dan al-Sunnah. Kalau boleh saya mahu jadi macam ustaz dan rasanya saya cemburu dengan ustaz. Saya bercadang untuk ke Negara Arab dan mohon ustaz tolong saya dapatkan fund untuk saya ke sana.”

Kepada pelajar berkenaan, dan rakan-rakan yang sehasrat dengannya, saya perturunkan kisah di bawah ini sebagai panduan:

Suatu hari, seorang pemuda datang kepada Socrates dan berkata, “saya mahu belajar dan tahu semua yang kamu tahu!”

“Kalau itu yang kamu mahukan, mari ikut aku ke sungai” jawab Socrates.

Dengan perasaan penuh ghairah, pemuda tersebut mengekori Socrates berjalan menuju ke sungai yang dimaksudkan. Apabila tiba di tebing sungai, Socrates memanggil pemuda tersebut, menyuruhnya merenung ke air.

“Tengok betul-betul dalam air tu, apa yang kamu nampak?” katanya.

“Saya tak nampak apa-apa pun”, jawab pemuda tersebut.

“Tengok betul-betul. Dekatkan lagi kepala kamu itu ke air” tegas Socrates.

Apabila pemuda itu meniarap dan mendekatkan mukanya ke air, Socrates segera memegang kepalanya dan membenamkan ia ke dalam air! Pemuda tersebut meronta-ronta dan tangannya terkapai-kapai kelemasan.

Terdesak!

Bila mana pemuda tersebut kelihatan sudah seperti mahu lemas, Socrates menarik keluar kepalanya dan menyandarkan beliau ke tebing.

“Hoi orang tua. Engkau gila ke apa?” tanya lelaki itu sambil terbatuk-batuk mencuba nafas.

“Engkau nak bunuh akukah?” geram benar bunyinya.

“Semasa aku benamkan kepala engkau ke dalam air, apakah benda yang paling engkau hajatkan pada detik itu?” tanya Socrates.

“Aku nak bernafas, aku mahukan udara!” jawabnya tegas.

“Jangan sekali-kali kamu tersilap fikir bahawa HIKMAH itu boleh diperolehi dengan mudah, wahai anak muda” kata Socrates.

“Apabila kamu mahu belajar, seperti kamu mahu dan berhajat kepada udara sebentar tadi, barulah datang kepadaku” tegas Socrates, menyimpulkan pelajaran pertamanya petang itu.

[petikan The 7 Habits of Highly Effective Teens - Sean Covey]

Habiskan dahulu pengajian anda. Jika selepas setahun dan berhasil menggenggam segulung ijazah, anda masih mempunyai semangat yang sama tinggi untuk mengaji agama, maka benarlah anda memang patut mengaji agama dan mengkhususkan diri di bidang tersebut. Jika selepas menggenggam ijazah, semangat anda sudah pudar dan timbul pula hasrat-hasrat yang lain, maka bersyukurlah kerana Allah telah menyelamatkan bidang agama daripada didokong oleh orang yang semangatnya hangat-hangat tahi ayam.

ABU SAIF @www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Blog Widget by LinkWithin

Comments No Comments »

Ping blog