Sophy Sufian in Person berkongsi pengalaman-pengalaman hidup dan pandangan berkenaan kehidupan semasa dan kehidupan sendiri serta apa yg berlaku disekelilingi hari ke hari…
After all this while… selepas beberapa bulan Avatar ditayangkan… sekarang baru aku berpeluang dapat tengok Avatar melalui DVD tadi….
Setelah beberapa bulan ramai orang di seluruh dunia memperkatakan tentang Avatar… baru sekarang aku dapat appreciate how wonderful the movie it is…
Avatar secara ringkasnya adalah cerita yang penuh penghayatan tenaga alam… mengisahkan bagaimana terdapat satu alam lain di bumi ini yang masih yang masih sayang kepada alam dan memeliharanya… bahkan mereka sayang kepada kehidupan…
antara kata-kata yang masih segar untuk aku jadikan azimat melalui filem ini ialah betapa alam ini mempunyai rohnya sendiri… mempunyai tenaga yang dikongsi bersama oleh makhluk2 lain di dunia ini… tenaga ini dimiliki oleh semua dan hak semua dan menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk memelihara mereka dan rangkaian tenaga ini dengan baik dan sempurna kerana suatu hari nanti kita kena pulangkan semula tenaga ini kepada yang meminjamkannya kepada kita… dan seharusnya tenaga ini dipulangkan semula dalam keadaan baik dan sempurna sebagaimana tenaga yang baik dan sempurna ini telah dipinjamkan kepada kita sebelum ini…
dipertengahan jalan cerita menunjukkan betapa kerakusan manusia… sifat tamak yang ada pada manusia ini jika tidak dikawal akan menjadi sebab ke atas segala kerosakan yang ada disekeliling kita… manusia yang rakus dan tamak kepada dunia ini sanggup bertindak kejam dan sanggup menidakkan hak makhluk2 lain di dunia semata-mata untuk dunia materialistik mereka…
di akhir jalan cerita mengisahkan bahawa di dalam dunia ini ada satu kuasa yang Maha Tinggi kedudukannya (kuasa tuhan)… di saat tiada lagi harapan… mohonlah kepada-Nya… hanya kepada Dia sahaja lah tempat kita berlindung dan hanya kepada Dia sahaja lah tempat kita memohon perlindungan dan tiada yang mustahil dengan adanya Dia…
seperkara lagi yang aku suka tentang Avatar ni ialah di mana ada terdapat juga unsur2 aura tenaga Reiki di dalamnya… untuk mereka yang faham ilmu Reiki pasti suka dan dapat memahami lebih mendalam lagi tentang ilmu Reiki mereka…
Indahnya alam…. Avatar…
Aku tau agak terlambat untuk aku rekomen org lain tengok… tapi untuk yang belum tengok lagi… lihatlah keindahan dan keagungan alam melalui Avatar… dipersilakan…
Lirik Soundtrack: Leona Lewis (I See You)
I see you
I see you
Walking through a dream
I see you
My light in darkness breathing hope of new life
Now I live through you and you through me
Enchanting
I pray in my heart that this dream never ends
I see me through your eyes
Living through life flying high
Your life shines the way into paradise
So I offer my life as a sacrifice
I live through your love
You teach me how to see
All that’s beautiful
My senses touch your word I never pictured
Now I give my hope to you
I surrender
I pray in my heart that this world never ends
I see me through your eyes
Living through life flying high
Your love shines the way into paradise
So I offer my life
I offer my love, for you
When my heart was never open
(and my spirit never free)
To the world that you have shown me
But my eyes could not division
All the colours of love and of life ever more
Evermore
(I see me through your eyes)
I see me through your eyes
(Living through life flying high)
Flying high
Your love shines the way into paradise
So I offer my life as a sacrifice
And live through your love
And live through your life
I see you
I see you
Semalam pagi selamat sampai ke Kota Baru, Kelantan dalam jam 10 macam tu…
Sebelum tu kitorang lepak kat rumah kakak ipar di Kuala Lipis… sampai Lipis dalam jam 6 petang gitu… malam wife yg tgh pregnant ngadu sakit belakang… so hajat nak teruskan perjalanan ke KB malam tu jugak terpaksa ditunda… kitorang bertolak dari Lipis dalam jam 5 pagi macam tu…
Sampai di KB, terus mintak wife hantar ke tempat ceramah/tazkirah pagi yang memang selalu diadakan di Medan Ilmu Kota Baru setiap Jumaat pagi… hajat dihati nak jumpa Tok Guru dengar dia bagi tazkirah tapi rupa2nya beliau tak sihat… tanya pegawai beliau… katanya dalam 3 hari ni Tok Guru uzur… mungkin kebelakangan ni terlalu banyak aktiviti…
Semalam kami sekeluarga sempat jalan-jalan di pantai Bagan Lalang, Sepang…
Hajat dihati awalnya nak ajak Solehin main2 air dan layang-layang tapi tak berkesempatan sebab kami sampai sana dah pukul 7 lebih dah nak masuk waktu Maghrib…
Kesian Solehin… setiap kali pegi pantai Bagan Lalang ni mesti hari dah nak gelap…. kali ni kami dah cuba keluar awal tapi jem pulak dalam perjalananan… kereta bersusun nak masuk pekan….
Walau bagaimana pun kali ni sempat jugak lah Solehin main2 pasir…
Solehin main pasir pantai (Bagan Lalang, Sepang)
Ramai jugak yang buat khemah tepi pantai bersama-sama keluarga mereka semalam… terasa macam nak join camping sama2 dgn diorang pulak nanti….
Lepas main pasir kami terus solat Maghrib dan makan sea food di restoran berhampiran… sebenarnya semalam hari kelahiran saya… thanx Mama sebab belanja makan seafood on my birthday…
Boleh tengok gambar-gambar yang yang sempat diambil petang semalam…
Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina atau Happy Chinese New Year atau Gong Xi Fa Cai kepada semua rakan-rakan Cina yang akan menyambutnya tidak berapa lama lagi…
Tahun ini adalah juga dikenali sebagai tahun harimau di kalangan kaum Cina…
Tahun Harimau adalah untuk mereka yang lahir pada tahun 1914, 1926, 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998,2010
Tiger people are sensitive, given to deep thinking, capable of great sympathy. They can be extremely short-tempered, however. Other people have great respect for them, but sometimes tiger people come into conflict with older people or those in authority. sometimes Tiger people cannot make up their minds, which can result in a poor, hasty decision or a sound decision arrived at too late. They are suspicious of others, but they are courageous and powerful. Tigers are most compatible with Horses, Dragons, and Dogs
Dengarkan baik bait-bait lirik dan hadirkan hati… Insya Allah… Semoga hati dan perasaan akan membawa diri terperi.. diri terdiri dan diri sebenar diri lebih hampir kepada Diri Yang Sebenar Diri…
Di saat air mata berjujuran bergelinangan lalu tumpah ke bumi Ilahi… di situ akan hadir rasa betapa kecilnya kita di sisi-Nya… betapa lemahnya kita disisi Dia… betapa diri ini sebenarnya dan alam berserta segala isinya ini hanyalah pinjaman semata-mata…
Ya Allah… Ampunilah aku… Ampunkan lah diri ini…
Tak layak rasanya diri ini untuk ke syurga Mu… Namun Ya Allah…. tidak sekali-kali malah jauh sekali hati ini untuk ke neraka Mu…. hati ini gementar… hati ini gerun… tak sanggup untuk dilemparkan ke neraka Mu Ya Allah….
Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim… Tuhan yang Maha Pengasih… Engkau Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang… Selamatkan lah diri ini… Ampuni lah dosa-dosa kami… Kami melakukan dosa terhadap Mu tanpa segan… tanpa silu… sedangkan kami ini adalah hamba… hamba kepada Mu Ya Allah… Ampunilah dosa hamba Mu ini… Sesungguhnya… Engkaulah Pengampun… Dosa-dosa besar…
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim
Terlalu banyak dosa ini… Ya Allah… Adakah Kau Sudi Memaafkan ku…. Sudikah Kau mengampuni dosa-dosa ku yang sekian lama digendong diusungselama hidup ku ini… Aku redha… aku pasrah…. aku berserah kepada Mu Ya Allah…. Engkau Tuhan yang memberi rahmat… Berikanlah keampunan kepada ku Ya Allah…
Kini ku menyesali segala dosa-dosa ku selama ini… Aku takut… Takut andainya kami ditimpa musibah di atas kejahilan kami sendiri…. di atas segala keterlanjuran kami sendiri….
Ya Allah… Lindungilah aku daripada segala kejahatan dan kecelakaan…
Ya Allah… Suburkan lah cinta kami terhadap Mu….
Ya Allah… Kami Mengharap belas dari Mu…