Akibat perjuangan berteraskan bangsa…
Posted by Visi Sufi in Islam - Suatu Cara Hidup, Isu Semasa, Luahan Hati Cetusan RasaTerkejut betul aku bila terbaca salah satu artikel blog yang dikongsikan oleh rakan Facebook…
Dalam artikel ni memang jelas sangat memperjuangkan bangsa dan kaum dan boleh menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang membacanya…
Lihat pada tajuknya sahaja sudah cukup membayangkan apakah sebenarnya yang cuba disampaikan…
MELAYU MESTI BACA – kebenaran peristiwa 13 Mei
awal-awal tajuk lagi dah mention ‘Melayu mesti baca’… secara mudahnya penulis blog ingin menyebarkan sesuatu tentang ‘Melayu’ dan bila dikaitkan pula dengan peristiwa 13 Mei yang kita semua tahu ia adalah hari paling gelap di Malaysia yang diakibatkan oleh fahaman bangsa dan perkauman di mana Melayu, India dan Cina bergaduh sesama kita… Masya Allah… sedih… sedih…
Islam adalah agama suci yang bukan sahaja cintakan kebenaran malah cintakan kedamaian dan keamanan…
Oleh itu Islam tak ajar umatnya mempertahankan bangsa atau kaum… Islam ajar kita untuk mempertahankan agama..
Islam bukan hanya milik Melayu sahaja… Islam juga milik Cina dan juga India serta beberapa bangsa dan kaum lain di bumi…
Islam diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. bukan hanya utk org arab sahaja… tapi untuk seluruh umat manusia…
Astaghfirullah Al Azimmm… menangis rasanya kalau Rasulullah masih ada sekarang ni tengok fahaman bangsa dan kaum lebih diutamakan dari agama Islam yang dibawa oleh baginda… masalahnya yang memperjuangkan agama dan kaum lebih dari agama tu bukan org lain.. tapi org yg konon2nya mengaku dia org Islam…. Islam ke kalau macam ni?
Udah-udah lah tu… kita semua berasal dari ayah dan ibu yang sama… Adam dan Hawa..
Sedihlah tengok orang Islam berfikiran macam ni…
Seharusnya artikel Peristiwa 13 Mei macam ni bukan lah tempat untuk kita mengapi-apikan lagi hembusan semangat kebangsaan dan perkauman…
Seharusnya sesiapa juga yg terlibat di dalam artikel ini termasuk juga penulis blog ini… seandainya cintakan keamanan dan kesejahteraan dia tak akan memburukkan lagi keadaan sebaliknya menasihatkan yang inilah akibatnya sekiranya bangsa dan kaum itu diangkat dan dijulang lebih daripada agama yang lebih suci sifatnya… lebih menyeluruh dan menyeru kepada perpaduan dan keamanan…
Ya Allah… aku berlindung kepada Mu.. daripada kejahatan manusia dan mereka yang ingin membawa kerosakan kepada anugerah dan pemberian Mu selama ini… Amin Ya Allah….



Entries (RSS)