Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Archive for the “In Person” Category

Sophy Sufian in Person berkongsi pengalaman-pengalaman hidup dan pandangan berkenaan kehidupan semasa dan kehidupan sendiri serta apa yg berlaku disekelilingi hari ke hari…

Terkejut betul aku bila terbaca salah satu artikel blog yang dikongsikan oleh rakan Facebook…

Dalam artikel ni memang jelas sangat memperjuangkan bangsa dan kaum dan boleh menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang membacanya…

Lihat pada tajuknya sahaja sudah cukup membayangkan apakah sebenarnya yang cuba disampaikan…

MELAYU MESTI BACA – kebenaran peristiwa 13 Mei

awal-awal tajuk lagi dah mention ‘Melayu mesti baca’… secara mudahnya penulis blog ingin menyebarkan sesuatu tentang ‘Melayu’ dan bila dikaitkan pula dengan peristiwa 13 Mei yang kita semua tahu ia adalah hari paling gelap di Malaysia yang diakibatkan oleh fahaman bangsa dan perkauman di mana Melayu, India dan Cina bergaduh sesama kita… Masya Allah… sedih… sedih…

Islam adalah agama suci yang bukan sahaja cintakan kebenaran malah cintakan kedamaian dan keamanan…

Oleh itu Islam tak ajar umatnya mempertahankan bangsa atau kaum… Islam ajar kita untuk mempertahankan agama..

Islam bukan hanya milik Melayu sahaja… Islam juga milik Cina dan juga India serta beberapa bangsa dan kaum lain di bumi…

Islam diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. bukan hanya utk org arab sahaja… tapi untuk seluruh umat manusia…

Astaghfirullah Al Azimmm… menangis rasanya kalau Rasulullah masih ada sekarang ni tengok fahaman bangsa dan kaum lebih diutamakan dari agama Islam yang dibawa oleh baginda… masalahnya yang memperjuangkan agama dan kaum lebih dari agama tu bukan org lain.. tapi org yg konon2nya mengaku dia org Islam…. Islam ke kalau macam ni?

Udah-udah lah tu… kita semua berasal dari ayah dan ibu yang sama… Adam dan Hawa..

Sedihlah tengok orang Islam berfikiran macam ni…

Seharusnya artikel Peristiwa 13 Mei macam ni bukan lah tempat untuk kita mengapi-apikan lagi hembusan semangat kebangsaan dan perkauman…

Seharusnya sesiapa juga yg terlibat di dalam artikel ini termasuk juga penulis blog ini… seandainya cintakan keamanan dan kesejahteraan dia tak akan memburukkan lagi keadaan sebaliknya menasihatkan yang inilah akibatnya sekiranya bangsa dan kaum itu diangkat dan dijulang lebih daripada agama yang lebih suci sifatnya… lebih menyeluruh dan menyeru kepada perpaduan dan keamanan…

Ya Allah… aku berlindung kepada Mu.. daripada kejahatan manusia dan mereka yang ingin membawa kerosakan kepada anugerah dan pemberian Mu selama ini… Amin Ya Allah….

Comments No Comments »

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010M / 1431H

Assalamualaikum…

Di kesempatan ni Visi Sufi nak ucapkan Salam Aidilfitri serta Maaf Zahir & Batin

kepada semua pelawat-pelawat blog Visi Sufi ni…

Juga tak lupa kepada

Kaum keluarga yang jauh serta dekat dan yang amat dekat…

Rakan-rakan yang pernah sama-sama belajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kluang, Johor (1982 -1985)

Rakan-rakan yang pernah belajar sama-sama di Sekolah Tinggi Kluang, Kluang, Johor (1986-1990)

Rakan-rakan yang sama-sama pernah belajar di Institut Teknologi Kejuruteraan (ITK), Rawang, Selangor

Rakan-rakan yang sama-sama pernah belajar di ITM Kuantan, Pahang dalam kursus Pra-Sains

Rakan-rakan yang sama-sama pernah belajar di Kolej SAL Subang Jaya kursus Diploma in Information Technology

Rakan-rakan yang sama-sama pernah belajar di ITM Shah Alam kursus Diploma in Mechanical Engineering

Rakan-rakan yang sama-sama pernah menetap di Kolej Anggerik, ITM Shah Alam.

tak lupa juga kepada…

Pelanggan-pelanggan Streamyx yang pernah / sedang berdaftar melalui Visi Sufi Enterprise – http://www.malaysia-broadband.com

Pelanggan-pelanggan yang pernah mendapatkan bantuan untuk tolong settlekan hutang kad kredit berlambak di EzPayment2U – http://www.ezpayment2u.com

Pelanggan-pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat ‘online tuition’ Score A melalui Visi Sufi – http://www.scorea.com

dan mereka yang pernah bersama-sama saya dalam program-program networking yg saya pernah join sebelum ni sama ada yang masih aktif atau dah tak aktif

dan tak lupa juga kepada rakan-rakan dalam…

MyJodoh.net

Forum CariGold.Com

Forum NoGold.Com

Facebook

Untuk semua diucapkan…

Selamat Hari Raya Aidilfitri…

Maaf Zahir & Batin…

Comments No Comments »

Sekadar pendapat peribadi…

Bagi aku lah… sebenarnya tak salah kita berpolitik asalkan berpaksi kepada agama…
dan BUKAN berpaksikan kepada fahaman politik (contoh: demokrasi, komunisme, republican dan sebagainya)…
dan bukan pula berpaksikan pada mana-mana parti politik (contoh lebih tepat di Malaysia: PAS, UMNO, PKR, DAP, Gerakan dan sebagainya)…

bila kita berpaksikan kepada agama maka lebih mudah kita untuk membuat imbangan sama ada sesuatu tindakan atau resolusi itu lebih condong ke arah dosa atau pahala… syurga atau neraka… dalam agama kan cuma ada 2 ni je… so timbang2kan lah HALAL dan HARAMnya… termasuk SUNAT, HARUS, MAKRUH dan WAJIBnya…

Yang Mana Menjadi Paksinya?
Bila kita sebut paksi, mestilah ia menjadi suatu titik penilaian atau titik keseimbangan… macam kita pakai dacing atau neraca… mesti ada paksi di mana jarum tersebut mesti betul2 berada pada titik 0 sebelum kita buat pertimbangan… kalau tersasar maka perlu ada faktor ralat tolak dan campurnya…

sama juga kalau kita tengok pada bumi… bumi pun ada paksinya juga.. sebab kalau bumi tanpa paksi… ia tak akan berputar mengikut sistem siang malam dan pasti akan rosak binas (kiamat lah jawabnya..) dan begitu juga sistem cakrawala / galaksi kita.. matahari menjadi paksi… jadi kat sini paksi ni amat-amat penting… tak kira dalam apa hal sekali pun…

begitu juga dgn politik… cuma… dalam politik terutamanya dalam situasi di Malaysia ni biasanya ada 2 pendapat… satu pendapat berpaksi pada politik (parti, fahaman, pemimpin politik) satu golongan lagi berpaksikan kepada agama.. berpolitik yang berpaksikan kepada agama amat berbeza dgn agama yang berpaksikan kepada politik… kalau politik yg berpaksikan kepada agama maksudnya dalam apa jua tindakan politik harus merujuk kepada agama sbb agama itu paksi… di mana halalnya… di mana haramnya… bila dah ada halal dan haram pasti ada dosa dan pahala… di mana dosanya? di mana pahalanya? dan bila melibatkan dosa dan pahala pasti akan menjurus ke arah syurga atau neraka… kan 2 tu je yg menjadi pilihan kita?

berbeza dgn agama berpaksikan kepada politik… itu yg apa2 tindakan semuanya parti A saje yg betul… parti selainnya salah belaka.. dah tak kisah dah pasal halal haram… dosa pahala… syurga neraka… maklum lah.. parti A tu lah paksinya… so apa nak kisah pasal agama… atau kalau bukan pasal parti pun… mungkin masing2 akan buka pula al-kitab demokrasi atau komunisme atau republik atau apa2 saje lah fahaman politik yg mereka anuti…

nah! kalau al-kitab demokrasi dulu lah yang dirujuk… mana Al-Qurannya? bila nak buka Al-Qurannya? di mana dalil dan nasnya? Masya Allah…

justeru itu ada pulak pihak yang memandang hina pada politik… tak nak berpolitik langsung! pada mereka politik ni semuanya penipu dan jahat! Masya Allah… pada pendapat peribadi saya… ini juga suatu pendapat yang SALAH! mana tidaknya… kita sebagai manusia ni kan adalah khalifah dan bukan ke sbg khalifah suatu hari nanti kita akan dipanggil oleh Allah sebagai BOSS MAHA BESAR kita untuk serahkan report?

Jangan main2 dengan BOSS MAHA BESAR kita! Masa tu nanti kita akan ditanya setiap detik, setiap saat tentang apa yang kita lakukan di dunia sebagai khalifah dan antara perkara yang akan dipertanggungjawabkan pada jawatan kita sebagai khalifah dan akan diselidik di akhirat kelak termasuk lah bab politik! BOS akan tanya… apa yang kamu lakukan pada negara kamu? apa yang telah kamu lakukan pada negara kamu? masyarakat kamu? nah! nak jawab apa kita masa tu?

Sebenarnya kita secara sedar atau tidak juga sedang berpolitik… mana boleh tidak! kita sebagai rakyat… dan ada pemimpin… pemimpin buat dasar dan kita nak atau tak nak kena ikut!

ok sekarang saya nak tanya… bagaimana org yg menjadi pemimpin dan sedang membuat dasar dan undang2 dalam negara kita ni dipilih? adakah automatik org tu naik macam tu aje? dan siapa pula yang melantik org tu menjadi pemimpin? atas dasar apa? atas kriteria apa? kenapa? sistem apa yang digunakan untuk melantik orang ni menjadi pemimpin? tentang dasar / akta yang kerajaan buat tu kita pernah terfikir tak sama ada dari praktikal dia atau dari segi pros n cons dia… dari segi halal dan haram mereka… sama ada ia menguntungkan semua pihak, sesetengah pihak atau orang2 tertentu je? Yesss… kalau anda pernah terfikir semua tu maka sistem ini lah yang dipanggil sebagai politik!

wallahualam…

Comments 1 Comment »

Makna Miskin

Di sebuah sekolah, seorang puteri bintang film terkenal diminta ibu guru mengarang cerita tentang sebuah keluarga miskin. Begini cerita yang ditulisnya. ‘Pada zaman dahulu kala, ada sebuah keluarga miskin. Maminya miskin, papinya miskin, anak-anaknya miskin. Pembantunya miskin, sopirnya miskin. Tukang kebunnya miskin, satpamnya miskin. Babby sitter-nya miskin. Semuanya miskin.’

Terbayangkah oleh kita apabila orang miskin punya pembantu, sopir, tukang kebun, penjaga malam, baby sitter. Tentunya dia bukan orang miskin tapi begitulah anak-anak dengan logikanya sendiri.

Kalau kita menilai orang miskin dari berapa banyak jumlah kekayaan, kesimpulan tadi tentunya benar namun bila kita menilai berdasarkan hati bukan dari jumlah kekayaan kesimpulan tadi tidak benar.

Makna kemiskinan adalah ketika kita tak pernah merasa cukup terhadap apapun yang kita punya, tidak perduli berapapun jumlahnya. Demikian juga dengan kekayaan hakekatnya adalah ketika kita sudah merasa cukup dan bersyukur terhadap apapun yang ada pada diri kita, tak peduli berapapun jumlah yang kita miliki. Rasa cukup dan kemampuan kita bersyukur itu kunci kita melepaskan diri dari kemiskinan hakiki.


‘Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagiaanmu dari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain. sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerusakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.’ (Q.S. Al Qhashas [27] : 77)

Wassalam,
agussyafii

Comments No Comments »

Amy Search dan Ustaz Asri - Mentari Merah Di Ufuk Timur

Amy Search dan Ustaz Asri - Mentari Merah Di Ufuk Timur

Video di atas adalah nyanyian berduet antara Amy Search dan Ustaz Asri (aruah)

Terharu sehingga tak sedar menitis air mata bila dengar dan menghayati lagu dan persembahan dari Amy dan Ustaz Asri ni lebih2 lagi bila terkenangkan jasa-jasa Allahyarham Ustaz Asri berdakwah melalui hiburan Islam (nasyid)…

Video yang kat bawah ni pulak ialah semasa Amy Search buat persembahan sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan 2009

Tuan Guru Nik Aziz juga terharu sehingga menitis air mata kegembiraan melihatkan artis rockers seperti Amy Search juga menyokong perjuangan PAS.

Korang boleh dengar Amy bagitau ‘Ini parti saya’ semasa di awal video menunjukkan Amy Search menyokong sepenuhnya parti PAS.

So rockers semua… apa lagi? Undi lah PAS!


Lirik

Mentari Merah Di Ufuk Timur

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari

Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti

Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali

Bagai yang telah dijanjikan Illahi

Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu

Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan

Engkau telah pergi
Tapi masih ada…

Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal…

Aku….

Mentari Merah Di Ufuk Timur

Ada yang tertinggal

Setelah terbenam Mentari

Ada yang tertinggal

Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan

Kau mesti pergi

Kau mesti

Alam telah menyakinkan

Kau mesti kembali

Bagai yang telah dijanjikan Illahi

Ada yang tertinggal

Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya

Cintaku dengan cahaya mu

Kekal selamanya

Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu

Tenggelam dalam tangisan

Engkau telah pergi

Tapi masih ada…

Yang kau tinggalkan dalam kalbuku

Yang tinggal…

Aku….

Blog Widget by LinkWithin

Comments No Comments »

Ping blog