Catatan Visi Sufi...

| Visi-Sufi.Com | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Iklan Kerja Kosong |

Membangun Bersama Islam

Begini lah sekiranya politik berasaskan Islam

Bukan mempolitikkan Islam seperti banyak yang dilakukan oleh kebanyakkan pemimpin di Malaysia….

Persembahan Pentomen

Semoga lebih ramai pemimpin yang mempunyai roh dan semangat perjuangan Islam seperti Tuan Guru Nik Aziz…

Insya Allah sekiranya ramai pemimpin yang macam ni, bukan setakat Islam yang akan dimartabatkan malah yang bukan Islam juga akan hidup sejahtera, aman dan tenteram begitu juga dengan seluruh penduduk dunia… Insya Allah… Aminnn….

Tags: , , , ,

Comments No Comments »

Tahniah Warga FELDA! Teruskan perjuangan memartabatkan ketuanan rakyat!

Ini menunjukkan kita rakyat boleh berdiri sendiri kalau kita sama2 sepakat untuk memperjuangkan hak kita sebagai rakyat!

Teruskan Perjuangan!



Mahkamah Persekutuan arah Felda bayar RM11 juta kepada peneroka – Harakahdaily

PUTRAJAYA, 26 Ogos: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan mahkamah sebelum ini yang mengarahkan Felda membayar pampasan lebih RM11 juta kepada 354 peneroka sebuah rancangan Felda di Kelantan.

Keputusan ini dipercayai akan membuka ruang kepada lebih tindakan saman terhadap Felda dalam isu manipulasi pengredan kelapa sawit oleh Felda terhadap penerokanya.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Panel hakim selain Alauddin adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya.

Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkan Felda membayar RM7.8 juta bersama faedah kepada peneroka-peneroka itu setelah peguam agensi itu gagal hadir di mahkamah semasa saman itu didengar.

Selepas mendengar keterangan saksi-saksi mereka, mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka.

(Gambar: Para peneroka Felda bersama peguam mereka di perkarangan Mahkamah Persekutuan hari ini…gambar Malaysiakini)


Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada RM11 juta bersama faedah terkumpul. Setiap peneroka dianggarkan akan menerima RM30,000 sebagai ganti rugi.

Mereka menyaman Felda bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu telah memberikan nilai yang rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga menyebabkan kerugian kepada mereka.

Mereka menamakan Felda, pengurus Felda Kemahang 3 Ibrahim Ismail (yang telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan. Seramai 100 peneroka hadir di mahkamah hari ini.

Mereka diwakili sepasukan peguam diketuai Wan Rohimi Wan Daud manakala Felda diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Tahniah dari PAS

Sementara itu, PAS merakamkan ucapan tahniah kepada 354 peneroka Felda Kemahang 1 yang berjuang bagi menegakkan hak dan keadilan lebih sepuluh tahun.

Kesabaran menanti keputusan mahkamah membuahkan hasil bilamana mahkamah memutuskan Felda membayar sebanyak RM11 juta sebagai gantirugi kerana menipu gred kelapa sawit mereka.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

“Dengan keputusan hari ini bermakna apa yang didakwa oleh persatuan ANAK adalah tepat dan ia akan membuka mata pihak berkenaan agar membayar kepada seluruh peneroka gred perahan yang sebenar,” kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

PAS, kata Tuan Ibrahim,  menyelar kenyataan dari Pengerusi Felda Datuk Dr Yusuf Nor baru-baru ini bahawa parti pembangkang memasuki Felda untuk memecahbelahkan peneroka felda.

“Kami hanya inginkan keadilan kepada peneroka Felda yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Tidak timbul soal memecahbelah felda; kerana sebahagian penyokong dan ahli PR adalah peneroka dan generasi kedua Felda,” kata beliau.

Katanya lagi, mereka menuntut keadilan agare diberi ke atas mereka, dan kerajaan seharusnya tidak mengula-gulakan mereka dengan memberi duit raya sedangkan di waktu yang sama merampas hak gred  perahan sawit jauh lebih besar dari apa yang diberi sebagai saguhati tersebut.

“Bagi PAS Felda mesti berterus terang dalam segala urusan dengan peneroka, bukan hanya mengenakan pelbagai potongan dalam keadaan peneroka dipaksa menerima harga dan kos yang ditentukan oleh felda.

“Kos seperti baja, meracun, jalan ladang, loding dan sebagainya sehingga hutang peneroka Felda mencecah angka yang tidak munasabah; namun oleh kerana mereka terikat dengan perjanjian yang tidak adil menyebabkan hasil mereka terus dipotong oleh Felda,” katanya.

Cepatkan geran peneroka

Sehubungan itu, PAS juga, katanya, mengesa pihak Felda menyegerakan geran hak milik kepada semua peneroka yang telah selesai melunaskan bayaran kembali, bahkan ada di antara peneroka telah melunaskan hutang lebih dari 5 tahun, namun masih belum mendapat geran hak milik lagi.

“Semoga kejayaan hari ini membuktikan bahawa PAS dan PR benar-benar berjuang demi membela nasib peneroka Felda yang telah ditindas bertahun-tahun lama oleh sistem yang tidak adil kepada mereka,” katanya.

Sumber:http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28355:mahkamah-persekutuan-arah-felda-bayar-rm11-juta-kepada-peneroka&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124


Pakcik Kayo! Hehehe bestnya orang Felda beraya tahun ni…

Tags: , , , , , , , , ,

Comments No Comments »

Hati-hati makan kat hotel…. especially time outstation…


Aduan :

salam,
adakah dapur hotel mendapat sijil halal kerana sperti kta tau hotel2 dikunjungi org islam dan bukan islam.adakah dpur2 hotel dipantau dan peralatan dapurnye dipastikan tidak bercampur antara penyediaan mknn halal dan haram?

adakah pihak hotel wajib memohon utk mendapatkan sijil halal bg dapurnye kerana kta tau rmai org islam y berkunjung ke hotel2 dan byk jbtn kerajaan y melaksanakan acara2 di hotel termasuk utk meraikan anak2 yatim.apa peranan jakim dlm soa ini?


Tarikh Aduan : 22/12/2008 – 16:37:12


Jawapan :

Salam. Persijilan halal pada dasarnya adalah atas kerelaan (voluntarily ). Tiada paksaan atau kewajipan untuk sesiapa mendapat pengesahan halal. Tiada paksaan dari aspek perundangan. Tetapi, halal thoyyiba adalah wajib bagi umat Islam. Persijilan halal diberikan kepada dapur hotel sahaja. Bukan dewan(Banquet Hall). Setakat ini, hanya 21 buah hotel di seleuruh Malaysia yang mendapat pengesahan halal HDC/JAKIM bagi dapur tertentu. Pemantauan akan dibuat ke atas premis/dapur hotel yang telah mendapat pengesahan halal sahaja. Layari: http://www.halal.gov.my/corporate.php?ID=87 Sekian, terima kasih.


Sumber: http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=aduan/aduan_siar#

Tags: ,

Comments No Comments »

Kalau terpaksa ke tempat ni pun (kadang2 client ajak jumpa bincang bisnes kat sini) so… aku just order air je…


Aduan :

Assalamu’alaikum

Saya telah menghantar emel ke Oldtown White Coffree untuk menanyakan sijil halal yang dipaparkan dalam lawan web mereka (oldtown.com.my>>our business>>our lourels) tentang mengapa sijil dikeluarkan JAIP itu hanya mengesahkan minuman sahaja, bukan makanan.

Mereka telah membalas emel saya dengan menyatakan mereka mendapat pengesahan dari SAS-H Consultants Sdn.Bhd. (CO.NO. 704021-P) di mana mengikut mereka, syarikat ini bekerja rapat dengan JAKIM dan mengikut ISO 1500-2004.

Soalannya apakah benar kenyataan mereka ini.

Selain itu, mereka menegaskan premis mereka adalah ‘Pork Free’. Itu maklum kerana menunya sememangnya tidak ada hidangan tersebut. Cuma, kemusykilannya bagaimana status sembelihan ayam untuk makanan mereka kerana ada beberapa hidangan mengandungi ayam.

Terima kasih.
Assalamu’alaikum.


Tarikh Aduan : 02/01/2009 – 13:12:34


Jawapan :

Assalamualaikum SAS-H Consultants Sdn.Bhd. tidak diiktiraf oleh HDC mahupun JAKIM di dalam pengeluaran sijil halal. Kenyataan tentang bekerja rapat dengan JAKIM dan mematuhi MS1500:2004 tidak dapat dipastikan kerana tidak sebarang hubungan atau perjanjian antara kedua belah pihak. Sekian, Terima kasih.


Sumber: http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=aduan/aduan_siar#

Tags: ,

Comments No Comments »

Yang ni pun penting gak ni… maklum lah…. tak lama lagi byk kenduri… kenduri kahwin, kenduri raya, nuzul quran… jangan cemari majlis suci anda dengan menyajikan benda haram pada tetamu yg datang…


Aduan :

Saya ada mendapat email menyatakan produk Ayam AA ditarik balik status halal. Adakah dakwaan itu benar dan saya minta kekeliruan ini dihebahkan kerana satakat ini saya tidak dapat mencari laporan yang official mengenainya. Saya cuba cari di direktori tetapi tiada yang berkaitan produk Ayam AA.


Tarikh Aduan :14/01/2009 – 00:43:53


Jawapan :

Produk Ayam AA telah ditarik sijil halal oleh Jab Agama Islam Negeri Perak. Pihak Jakim/HDC tidak mengeluarkan sijil halal untuk syarikat tersebut.Jab Agama Islam yang mengeluarkan sijil halal untuk syarikat Ayam AA. Terima kasih

Sumber: http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=aduan/aduan_siar#

Blog Widget by LinkWithinTags: ,

Comments No Comments »

Ping blog