Kenapa pilih perniagaan broadband di Micropurple?
Posted by Visi Sufi in Streamyx, tags: affiliate, broadband, Micropurple, StreamyxTentu rakan-rakan nak tahu kenapa dan apa yang menyebabkan saya memilih perniagaan broadband (Streamyx terutamanya) di Micropurple kan? Baik lah… di sini saya kongsikan beberapa kelebihan yang saya nampak dengan menjalankan perniagaan broadband (Streamyx especially) dan mengapa Micropurple menjadi pilihan berbanding company lain.
Sebenarnya antara sebab saya memilih perniagaan broadband ini ialah kerana
| Yang paling utama ialah saya perlukan satu perniagaan yang stabil, bertahan lama dan ‘genuine’ maksudnya tiada unsur penipuan. | |
| Saya sebenarnya dah letih dengan menyertai perniagaan-perniagaan yang berbentuk ‘passive income’ sebelum ni… sebenarnya saya bukan sengaja nak pilih ‘passive income’ ini sebagai mata pencarian… tetapi mungkin disebabkan kurangnya ilmu pada ketika itu akibat kejahilan membuatkan saya tak tau nak menilai sama ada sesuatu bisnes itu betul atau tidak… Sejak 5 tahun yang lalu… bermula dari ’12 Daily Pro’ sehingga lah kepada ‘Swisscash’ dah macam2 program HYIP dan pelaburan internet yang saya sertai sehinggalah keluar fatwa yang mengharamkannya… maka saya tinggalkan serta merta tanpa banyak soal bicara… sebab apa gunanya dapat banyak duit tapi tak berkat… Kemudian saya buat forex… forex sebenarnya tak stabil… memang ia boleh memberikan ‘high reward’ tapi ‘bayarannya’ bukan setakat wang… tapi tenaga dan masa yang kita luangkan…. bayangkan keuntungan yang telah dikumpul sekian lama hasil trading boleh lenyap begitu sahaja hanya dalam beberapa saat dan minit! Saya fikir buat masa ni saya tak akan join forex, unless kalau ada duit terlebih… tapi kalau betul ada duit terlebih pun takkan nak ‘buang’ begitu saje betul tak? Abes bab forex… saya dapat tau pula mengenai program Ceramic Business Club yang dijalankan oleh Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd… tiap2 bulan saya dapat duit mudah melalui program CBC ini melalui konsep ‘sell back policy’ kepada syarikat… setelah beberapa bulan menyertai dan mendapat duit dari syarikat yang telah memperolehi pelbagai award ini, termasuklah ‘Keris Award’ yang hanya dianugerahkan kepada perniagaan atau syarikat yang menjalankan perniagaan secara ‘bersih’ sahaja tiba-tiba sahaja tutup… kononnya sebab kena ‘rush’ dengan BNM (Bank Negara Malaysia)… wallahualam… Dalam masa yang sama saya juga menyertai program Imuone Diamond Club yang dijalankan oleh Imuone International Berhad… setelah berbulan-bulan saya mendapat duit mudah secara pasif ‘Duduk Diam Dapat Duit’ melalui IDC… akhirnya perniagaan yang mendapat naungan dari Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Bariah ini jatuh juga akhirnya… walau pun tak kena ‘rush’ dari BNM atau Sekuriti Malaysia tapi tiba-tiba saje syarikat ni tak membayar sehingga ke hari ini. Jadi… cuba anda fikirkan! Dengan syarikat yang pernah mendapat ‘Keris Award’ pun saya dah pernah join dan jatuh… dengan syarikat yang mendapat naungan Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Bariah (Bonda Agong Tuanku Mizan) pun dah pernah join dan jatuh… jadi… syarikat / program ‘passive income’ yang macam mana lagi saya boleh harapkan? |
|
|
|
|
| TAK PERLU MODAL | |
| Banyak peluang-peluang perniagaan di luar sana termasuk lah yang jenis affiliate atau MLM tapi hampir semua rata-ratanya memerlukan kita bayar ‘certain amount of money’ yang konon-kononnya jadi modal… ada yang berpuluh ringgit… ada yang beratus ringgit… ada yang beribu malah berpuluh ribu ringgit dan masih ramai yang join walau pun belum tentu dapat untung lagi… hanya percaya buta-buta kepada mereka yang memperkenalkan perniagaan tersebut kepada kita… dan berapa ramai juga antara kita yang akhirnya menanggung hutang tak pasal-pasal dan ‘habuk pun tarak’! Malah kalau anda join mana-mana perniagaan trading sekali pun memerlukan anda keluarkan seberapa banyak duit sebagai modal untuk beli stok untuk dijual kemudian. Kemudian bila stok abes, anda kena beli lagi, keluar duit lagi dan jual… kalau dapat jual, Alhamdulillah… kalau sebaliknya pula, bagaimana? Simpan bawah katil lah jawabnya… tak pun sedekah kat orang… Berbeza dengan perniagaan Streamyx, untuk join tak perlu keluar modal apa2! Walau 1 sen sekali pun! Hanya daftarkan email anda di laman Micropurple di http://www.micropurple.com/online/business/join_us.asp?no=WMP13482 dan ikuti langkah2 seterusnya (kalau tak faham boleh refer kat artikel di http://visi-sufi.com/journal/2010/01/cara-cara-nak-daftar-affiliate-broadband-micropurple/ ) dan kemudian anda dah boleh terus promosikan pakej2 Streamyx sedia ada |
|
|
|
|
| Sistem Online Disediakan (Tak perlu dokumen – ‘paperless’) | |
| Senang nak registerkan orang atau nak pantau permohonan-permohonan yang kita dah daftarkan melalui sistem online yang disediakan. ‘Paperless’ maksudnya tak perlu buat kertas kerja malah tak perlu nak isi apa2 borang secara offline! Segala-galanya boleh dilakukan secara online! Pernah juga ada beberapa pemohon yang menghantar maklumat mereka melalui SMS atau email dan dapat Streamyx dalam masa beberapa hari setelah saya ‘key-in’ ke dalam sistem. Saya ada sediakan video yang boleh membantu sedikit sebanyak untuk kita registerkan Streamyx orang lain atau diri kita sendiri. |
|
|
|
|
| Komisyen TINGGI (Ni yang best ni!) | |
| Berbanding dengan syarikat-syarikat atau agent-agent lain, di Micropurple anda boleh mendapat komisyen dua kali ganda dari harga pakej Streamyx yang pemohon langgan (kecuali untuk pakej Streamyx Combo atau Blockbuster Deals yang kena tolak RM25 terlebih dahulu sebelum digandakan – RM25 adalah bayaran telefon) Contoh: Sekiranya ada pemohon yang nak langgan pakej perniagaan yang harganya RM130, jadi kita terus dapat komisyen RM260! Atau kalau ada yang nak register pakej Blockbuster Deals yang harganya RM110… mula2 kena tolak RM25 dulu menjadi RM85 dan anda gandakan 2 menjadi RM170… RM170 tu lah komisyen anda! Gila kan? hehehe seumur hidup saya tak pernah lagi saya buat bisnes bila kita jual kita akan dapat lebih lagi daripada harga jualan kita! |
|
|
|
|
| Ada sistem affiliate (Keunikan yang ada dalam Micropurple) | |
| Micropurple adalah satu-satunya syarikat yang buat perniagaan Streamyx yang ada menyediakan peluang buat networking melalui sistem affiliate yang disediakan. Dengan adanya sistem affiliate anda berpeluang untuk mendapat ‘over riding’ setiap kali downline-downline anda membuat sales. Jadi anda sekarang ini ada pilihan sama ada nak buat sendiri atau nak buat networking dengan mengajak rakan-rakan atau saudara mara untuk join atau anda bersama-sama dengan downline-downline anda buat bisnes ni sama2… sama2 buat… sama2 masyukkk… |
|
|
|
|
| Sangat MUDAH | |
| Anda hanya perlu ‘promote’ sama yang macam anda lakukan pada bisnes-bisnes atau affiliate-affiliate lain. Anda boleh promote untuk sesiapa yang nak pasang Streamyx atau kalau sibuk anda boleh promote untuk dapatkan sesiapa yang nak jadi agent. Bila ada yang berminat nak pasang Streamyx anda cuma dapatkan maklumat dan key-in dalam sistem. Kalau ada yang nak jadi agent suruh mereka register dalam link affiliate anda. Anda tak perlu pasang sebab pemasangan dilakukan oleh pihak Telekom Malaysia. Kalau ada apa2 masalah selepas pendaftaran, pihak Telekom Malaysia yang akan uruskan masalah-masalah tersebut. Anda hanya perlu ‘guide’ sahaja mereka apa yang harus dilakukan seperti nasihat mereka untuk hubungi 100 macam tu… Mudah kan? | |
|
|
|
| Produk / Perkhidmatan yang memang dikenali ramai | |
| Siapa yang tak kenal Streamyx? Siapa yang tak kenal Telekom Malaysia? Dalam Malaysia hanya satu sahaja broadband dan hanya Telekom Malaysia sahaja yang ada menyediakan perkhidmatan broadband iaitu Streamyx. Sebagai agent anda tak perlu nak susah-susah memperkenalkan Streamyx di Malaysia. Iklan dan promosi Streamyx ada di mana-mana dan di semua media – di TV, radio dan surat khabar. Malah Telekom Malaysia sebagai suatu badan GLC (Government Linked Company) pastinya mendapat segala sokongan dari kerajaan Malaysia. |
|
|
|
|
| Produk / Servis yang merupakan suatu keperluan | |
| Streamyx adalah satu-satunya broadband yang paling stabil dan mempunyai capaian tinggi serta laju berbanding lain-lain broadband. Hanya dengan Streamyx sahajalah yang membolehkan pengguna internet dapat melayari laman web yang penuh interaktif, menonton siaran online TV dan radio, menonton rakaman video secara online, bermain ‘online game’ tanpa ada sebarang masalah disebabkan kelajuan dan kestabilan yang ada padanya. Streamyx adalah lebih diperlukan sekiranya anda adalah seorang blogger atau webmaster yang banyak membuat kerja-kerja upload/download. Ini termasuklah juga sekiranya anda menggunakan internet untuk buat trading saham atau forex atau komoditi termasuk emas dan lain-lain logam berharga. | |
|
|
|
| Sistem sokongan yang kuat dan mantap dari syarikat GLC (Government Linked Companies) – Telekom Malaysia Berhad | |
| Pihak Telekom Malaysia ada menyediakan pelbagai program promosi dan pemasaran yang anda boleh sertai di tempat anda seluruh Malaysia.
Contohnya seperti pengalaman yang saya kongsikan di http://visi-sufi.com/journal/2010/04/tm-raaga-fun-tour-seremban-parade-one-nation-concert-video-included/ |
|
|
|
|
Sebenarnya ada beberapa lagi kelebihan-kelebihan yang anda akan perolehi bila menyertai kami menjadi rakan niaga…
Tak sempat nak tulis semua…
So apa kata anda hubungi saje saya terus di 0173367678 / 0193355399 (Sufian)
atau chatting online menggunakan Yahoo Messenger atau Skype: visisufi

Entries (RSS)
[...] Nak tau apa kelebihan2 lain yang dimaksudkan? Boleh ushar2 kat sini: http://visi-sufi.com/journal/2010/04/kenapa-pilih-perniagaan-broadband-di-micropurple/ [...]