AWAS! Penculik di Taman Kajang Impian
Posted by Visi Sufi in In Person, tags: culik, jiran, kawalan, Taman Kajang ImpianSemalam saya dapat SMS dari jiran bagitau tentang kes percubaan untuk menculik anak di kawasan Taman Kajang Impian…
SMS:
Smlm dlm pkl 8 mlm anak kami yasmin umur 4 thn hampir kena culik oleh 2 org bwk
motor cup. Nasib baik anak kami ikhwan cepat bertindak menarik adik dia.
Penculik berpura2 tanye alamat dan bg duit raya tapi angpau kosong. hati2lah
kita semua. Kejadian di simpang jln 2/5. Nampaknya kita kena tingkatkan kawalan.
Harap berita ni dapat disampaikan kepada rakan2 setaman terutamanya yang ada anak kecil supaya lebih berhati-hati bila anak-anak bermain di luar kawasan rumah di luar pemerhatian kita. Kalau hari ini anak jiran kita yang kena, tak mustahil ada kemungkinan untuk terkena pada anak kita pula. Nampaknya dah ada orang yang lebih berani membuat kerja2 jahat di kawasan rumah kita ni dan kita tiada pilihan lain kecuali untuk lebih berhati-hati terutamanya pada orang-orang yang kita tak kenal dan bukan ahli taman kita. Sebelum berlaku kes yang lebih serius seperti ugutan membunuh dan sebagainya baik lah kita prepare dari sekarang. Bayangkan kalau penculik tu dapat culik anak jiran kita dan tak mustahil akan ada ugutan membunuh dan tak mustahil akan melibatkan gangster2.
Biasanya penculik akan membuat pemerhatian dulu sebelum bertindak… anak siapa nak culik… di mana nak culik… jam berapa nak culik… bagaimana cara nak culik… dan tak mustahil mereka mungkin dah bercerita sesama mereka sebelum memulakan kerja-kerja menculik… maksudnya kat sini kita tak boleh nak tunggu dan lihat lagi… tindakan harus dilakukan sebelum berlaku kejadian susulan…Bertindak sekarang!

Entries (RSS)
memang gerun..yang penting..jangan biarkan anak main kat luar tanpa pengawasan kita..ni tengok kat taman kita tu..budak2 besar 3-4 tahun naik basikal sorang2..bahaya..bukan takat takut ngan penculik..takut jugak kalu ada keta/motorsikal bawak laju2 tak nampak budak tu..kang naya..
apa salahnya..alihkan kereta kita parking kat luar, biar anak2 main dalam kawasan rumah ngan pagar berkunci..
betul tu… harap2nya lepas ni ibubapa di Taman Kajang Impian lebih berwaspada dan serious dengan keselamatan anak-anak mereka sendiri…
jangan fikir anak-anak kita ni boleh berfikir sama macam kita orang dewasa… mereka masih takde pengalaman dan biasanya mereka hanya akan ikut gerak hati mereka sahaja… malah dari segi jarak juga mereka belum dapat pastikan sama ada sesuatu objek tu jauh atau dekat… jangan marahkan anak-anak yang bermain dijalanan… sebalikny ibubapa lah yang harus lebih bertanggungjawab…
anak melayu selalu x jaga anak mereka dgn baik. Hanya dengan kehilangan anak mereka yang pada masa tuh baru memahami perasaan kehilangan anaknya. Maybe they can give birth to dozens thats why they can afford to lose some..
You dont say this doesn't happen in other races but surely this doesn't happen much in other races.
oh… saya tinggal kat pangsapuri kajang impiana tak jauh … errmmmm kena perketatkan kawalan lagi…
Insya Allah… masa kejadian ni berlaku takde lagi pengawal…
sekarang ni kami di kawasan perumahan Taman Kajang Impian dah pun dapatkan servis guard… harap2 perkara sebegini tak akan berlaku lagi… aminnn…
Makkkk aii…. bahaya nye…..
Wawwawawaaaaaaaaaaaaaaaa nk balik cpt arr….