Catatan Visi Sufi...

| EzPayment2U | Blog - Catatan Visi Sufi... Magnetic Aura | Malaysia Broadband |

Alhamdulillah…

At last aku boleh belajar Reiki tanpa keraguan bila malam tadi ustaz yang mengajar Al Quran pun telah memberi respons yang baik bila aku bertanyakan tentang kursus Reiki yang aku nak join dgn MIR (Master in Reiki) Hazil…

Sebenarnya sebelum ni abah yang belajar dan pernah mengajar tasauf pun dah bagitau Reiki yang MIR Hazil ajar ni tak lari akidah sebab ia bukan lah pendekatan keagamaan atau ritual… ia hanyalah berupa terapi yang digabungkan dengan konsep psikologi dan sedikit perkaitan dengan tenaga dalaman… malam tadi pulak Ustaz Aswad yang mengajar Quran pun bagitau boleh belajar malah dia sendiri pun nampaknya berminat nak turut serta bila cukup duit nanti… ni lah yang menambah lagi semangat aku nak belajar Reiki ni…

Alhamdulillah… wife yang sebelum ni agak tertanya-tanya dan agak sangsi dengan Reiki ni pun nampaknya dah boleh terima hasrat aku nak tambah ilmu Reiki… aku faham… wife aku mungkin sangsi disebabkan ada unsur-unsur tenaga dalaman dan sedikit kerohanian yang diterapkan di dalam ilmu Reiki yang diajar oleh MIR Hazil ni…  sebenarnya itu lah keistimewaan Reiki yang diajar oleh MIR Hazil.. Istimewa sebab MIR Hazil menerapkan unsur-unsur kerohanian Islam di dalam pembelajaran Reiki yang dibawa olehnya… berbanding ilmu Reiki yang bukan diajar oleh orang Islam…

Jika difikirkan baik-baik… sebenarnya Reiki ni sama saja seperti kita belajar ilmu mengurut atau akupuntur… akupuntur sebagai contoh… memang ia adalah ilmu terapi kesihatan yang dibawa oleh orang Cina tapi tak salah untuk kita orang Islam belajar akupuntur… apatah lagi jika kita menerapkan unsur2 keislaman dan sedikit bacaan2 Al Quran dan selawat nabi… itu adalah lebih baik… Ustaz Aswad juga ada bagitau lagi sebenarnya belajar Yoga jugak tidak salah dan tidak bertentangan dengan syariat selagi ia tidak menyengutukan Allah…

Sebenarnya 29 & 30 ni ada kursus Reiki… harga pun murah setakat RM900 je… mungkin sebab dibuat dalam bulan Ramadhan.. tapi kebetulan pulak 29 & 30 tu abah kat kampung ada buat majlis berbuka puasa yang akan dihadiri oleh sedare mara… so aku terpaksa tangguhkan dulu niatku untuk belajar Reiki pada 29 & 30 ni walau pun harganya memang murah… tangguh sebab aku fikir ini lah masanya untuk aku bersama-sama family – abah, mommy dan sedara mara yang lain.. takpe lah aku berkorban untuk family… Insya Allah mudah-mudahan Allah murahkan rezeki untuk aku belajar Reiki lepas2 ni… Insya Allah… Amin…

Blog Widget by LinkWithin
2 Responses to “Alhamdulillah…”
  1. luth says:

    Salam En Sophy,

    En bertanya orang yang tepat. Saya kagum dengan research & survey yg dilakukan. Tawaran RM 900 tu adalah sepanjang bulan ramadhan ini dan jika En Sophy bayar pada 16 september pun ianya masih lagi boleh diterima cuma kursusnya akan diadakan pada tarikh 10 & 11 oktober nanti.

    Ayuh !! rebutlah peluang ini… kami di IQBC sentiasa mendoakan kesejahteraan En Sophy sekeluarga.

    Master Lutfi

  2. Salam Master Lutfi orang kanan MIR Hazil…

    Terima kasih tuan kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni… lebih-lebih lagi tuan sudi memberi serba sedikit komen di sini… Alhamdulillah… sesungguhnya Allah jua lah yang telah menggerakkan hati tuan untuk bersama-sama Visi Sufi di sini… Subahanallah… Alhamdulillah Wala Ilaha Ilallah Allah Hu Akhbar…

    Tawaran tuan tu amat lah dihargai dan Insya Allah… saya akan usahakan jugak untuk dapat pegi ke majlis ilmu yang pihak tuan anjurkan dengan tawaran RM900 tu… Insya Allah tuan… Semoga Allah merahmati dan memberkati… Aminnnn….

  3.  
Leave a Reply

You must be logged in to post a comment. Login »

Ping blog